Tuesday, December 31, 2013

Pengalaman Bekerja di Kedai Makan


Assalamualaikum w.b.t..


Ini entry keterlaluan yang teramat.. hampir sebulan dah berlalu baru terkedek-kedek nak update entry ni.. tak kira!! Nak sumbat masuk jugak dalam tahun 2013 sementara belum 0000 am.. hehehe..

Cuti semester bulan 11 yang lepas, lebih kurang sebulan husna cuti tanpa part time.. tanya sana sini diorang tak nak part time.

Elok je 2 minggu lagi nak masuk belajar, semester baru, ada plak yang memerlukan pembantu.. itupun dapat tahu melalui jiran.. dya cakap kedai makan yang baru bukak tu nak pakai pembantu.. setelah fikir masak-masak sampai dah nak hangit, husna buat keputusan masuk je kerja.. abah cakap at least dapat jugak duit poket.. :) buktinya husna mampu belanja family makan kat mee udang banjir, sungai petani..

Walaupun berat hati tapi percayalah, setiap kerja yang kita lakukan, kalau buat dengan bersungguh-sungguh, rasa seronok tu akan datang dengan sendiri.. kesemua pekerja di kedai makan tersebut  bukan orang kita.. thailand mari.. hehehe.. mulanya husna ingat melayu kita, rupanya tak.. ada seorang dua jaa yang pandai cakap melayu.. habis laa.. payah husna yang tetengah ni..

kedai makan, desa aman
suasana sebelum masa puncak

Tugas husna hanya perlu ambil order dan hantar.. Nampak macam mudah gila tenuk kan.. tapi hanya yang menanggung tu je yang paham.. stress mak nak!!

Seminggu yang pertama, husna terpaksa bekerja keras nak pahamkan mereka (pekerja) since mereka payah nak paham bahasa kita.. kerja kat kedai makan ni bukan boleh buat sambil lewa je.. customer menunggu.. lambat sikit je mula la muka memasing macam kain basahan.. husna yang berhadapan dengan customer ni la kena adjust balik mood diorang.. serius penat.. start pukul 2 petang habis dalam pukul 11 malam.. balik malam je mesti lenguh habis sesendi tulang nih.. :(

Rasa macam nak give up!! Nak teriak!! Nak nangis!! Tapi sabar je.. walaupun dah menitis tigapatlima titik.. huhuhu.. waktu tu baru terfikir betapa nikmatnya belajar.. dan macam mana la alam pekerjaan saya nanti.. huh!!

Masuk minggu kedua, baru rasa lega sikit.. dah dapat menyesuaikan diri dengan suasana dan semua pekerjanya.. boleh la kurang kan sikit stress tu.. enjoy je buat kerja kan.. sampai mereka siap ajak husna balik Thailand.. pergi melancong.. hahaha..

jering
mereka selalu cakap orang kita ni pelik.. walhal mereka lagi pelik.. makan pepelik.. itu jering yang siap di rebus dengan air garam pastu makan dengan kelapa parut yang di gaul dengan garam dan gula.. jering yang busuk tu jadi tak busuk taw lepas masak macam tu.. husna tak berani nak makan.. asyik meratah nyok tu je.. hahaha..



















p/s-even dah suka tetap saya menanti detik kemasukan semester baru..


Makanan Kuat Daya Ingatan

  
Assalamualaikum w.b.t..


pepagi ni nak bercerita pasal makanan otak.. Ingat kita je ada makanan?? Otak pon ada makanan taw.. Menurut kajian American Dietetic Association (ADA) Bethany Thayer, MS, RD, otak adalah organ tubuh yang paling penting kerana otak adalah organ tubuh pertama yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan.

Semoga tips yang dikongsi ini dapat membantu anda menajamkan daya ingatan. =)




1. Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman.

2. Telur
Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur penuh dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan daya ingatan serta mampu mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.

3. Kismis
Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam sajian.

4. Susu
Susu mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak.. Susu juga adalah yang terbaik untuk ketajaman minda malah berguna untuk kesihatan dan dapat mempertajamkan ingatan, serta membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar penyakit lupa.

5. Oat
Oat antara makanan kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu membekalkan tenaga. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.




Sumber : yahoo




















p/s- pengambilan sesuatu sumber yang berelebihan juga  mampu beri kesan negatif dalam badan..

Monday, December 30, 2013

(Part 2) Kota Belanda, Pangkor, Perak


Assalamualaikum w.b.t..


Masih meniti hari untuk menyiapkan sambungan percutian hujung minggu lepas.. begitu juga dengan draft yang bertimbun dalam folder.. ingat nak settlekan sebelum tibanya dua ribu empat belas.. heharap berjaya lah..


Awal pagi lagi dah terjaga, sekitar pukul 4.. sebab suasana dorm yang kami nginap tu berkonsepkan rumah dedulu.. diperbuat daripada papan, bermula dari pintu, dinding dan juga lantai.. nak ngelak dari beratur panjang nak masuk toilet ada yang berjaga awal, taw jelaa bila dah berjalan atas lantai papan.. tengah sesedap mimpi tetiba bergegar satu dunia.. adehhhh.. potong betul.. -..-

Siap subuh di surau, balik dorm siap plak nak ke pantai.. tak menyempat nokk.. tapi sayang tak sempat nak tengok sunrise, dapat tengok sun ‘stay’ je.. =P itupun kejap.. pukul 8 lebih hujan turun.. sarapan nasi goreng dan mee goreng, lepak sambil ilek jap, hujan berhenti.. cuci tangan ke pantai lagi kita menuju.. free sikit pagi tu sebab sir cakap kami check out pukul 11.. so aktiviti bebas..

Rancangan nak ke Uitm Seri Iskandar pada mulanya, tak menjadi sebab bas tak de.. memang habiskan masa sungguh la kat Pulau Pangkor tu..

pantai, Pangkor, Lumut, Perak
aksi berlakon

pantai, pangkor, lumut, perak
sir bersama ajk JPNR 

Awan mendung kelabu.. husna dah siap cecantik ingat tak nak turun, kekonon nak main di tepi gigi air je.. acah-acah dengan ombak.. sekali terpandang budak lelaki berendam tak ingat dunia, ini tak adil.. mendatangkan kecemburuan.. balik dorm tukar baju, berlari-lari anak pulak ke pantai dan kedebush!! Berendam lagi.. hoyeahhhh!! Main air dalam hujan.. ombak pon boleh tahan..

pantai, pangkor, lumut, perak
menanti hujan

Husna rasa kalau ajak family berpindah ke pulau, memang itu je kot kerja husna tetiap hari.. har har har.. pukul 11 siap semua check out dan menuju ke Kedai Jual Hasil Laut (hentam tak ingat nama), Galeri Pangkor, dan Kota Belanda..

Untuk pengetahuan, bagi yang tak pernah naik roller coaster sebab risau gayat and what so ever, cuba naik teksi kat sini ajak pak cik driver round satu pulau.. baru dapat kesan anda spesies yang gayat ke tak, kecut perut ke tak dan memacam lagi lah..

kenapa husna cakap macam ni?? sebabnya, jalan kat pulau ni macam landasan roller coaster weyh!! Kejap tinggi, kejap rendah.. uncle tu tak larat main gear.. boleh ke dya cakap “ringankan sikit berat-berat anda.” -..- rasanya lebih hebat dari Langkawi.. mungkin sebab Pangkor kecik kot.. jadi terhad sikit penggunaan ruang kat sini..

kedai jual hasil laut, pangkor
*kabur sikit*

singgah kedai jual-hasil-laut, ikan kering, satay ikan, keropok dan memacam benda makan lagi lah.. borong sikit nak bawak balik kampung nanti.. buat adik-adik makan masa tengah bosan hadap tv..

biskut pun ada

teruskan perjalanan ke Galeri Pangkor.. maaf lah, kat sini husna langsung tak dapat input.. sebab saya tak minat sejarah.. hanya boleh masuk, tengok ada apa dan keluar.. terok sangat..

seterusnya ke Kota Belanda.. actually ni tempat bersejarah tapi bila dah di kunjungi oleh bebudak yang gila lensa, ini jelaa hasilnya.. hehehe..

ikan buntal di awet, pangkor,
housemate husna bersama replika ikan buntal yang telah di awet. ngeri!!

kedai craft, kota belanda, pangkor
barang-barang kat sini mahal sikit dari pekan

kota belanda, pangkor, perak
masih teguh berdiri

kota belanda, pangkor, perak
ada pak cik cakap kalau dari sini boleh nampak laut kat depan tu tapi kamera kite canggih sangat tak mampu nak nampak.. 

dan itu singgahan kami yang terakhir.. sementara menunggu bebudak lelaki solat Jumaat, kami ke Pekan.. dekat je dengan jeti.. berjalan pon tak pe.. tujuan: borong sikit buat kenangan.. hehehe..

Tip: berurusan dengan peniaga cina, kekadang menguntungkan, kekadang tidak.. nak untung, wajib bijak dalam tawar-menawar.. hasilnya memang berbaloi.. :)

Pukul 3 sampai Jetty Marina Island, naik bas terus bertolak balik uitm.. datang satu beg, balik berbeg-beg.. adat pergi tempat orang.. hehehe..

selamat pulang.. 






















p/s-suka cara orang cina berniaga.. pandai pasang strategi..


Sunday, December 29, 2013

Cara Pemakaian Minyak Wangi Supaya Tahan Lebih Lama


Assalamualaikum w.b.t..


Hampir setiap wanita mahupun lelaki sangat suka memakai minyak wangi. Pemakaian minyak wangi sedikit sebanyak boleh meningkatkan keyakinan diri serta menyerlahkan penampilan. Tapi, bagaimanakah caranya untuk membuat bau minyak wangi bertahan lebih lama? Terdapat beberapa cara yang boleh mengekalkan aroma indah tersebut:

Guna minyak wangi sebelum siap berpakaian
Ada beberapa sebab mengapa tips ini merupakan yang terbaik. Pertama, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian. Kedua, jika kita menggunakan minyak wangi secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan kita. Oleh sebab itu, bauan wangi akan kekal lebih lama berbanding sebelumnya.

Sembur, bukannya menggosok
Sangat tak digalakkan untuk menggosok minyak wangi kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian tersebut, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi, kira-kira 15-25 cm daripada kulit kita. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan.

Di mana perlu menyembur minyak wangi?
Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi adalah pada titik nadi badan. kita disarankan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut. Dengan cara ini, bauan minyak wangi anda akan bertahan lebih lama.

Lembapkan kulit sebelum menggunakan minyak wangi
Kajian saintifik menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering. Ramai orang melihat kulit berminyak sebagai satu masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan di mana boleh mengekalkan bau minyak wangi lebih lama. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.

Simpan wangian di tempat yang betul
Lindungi minyak wangi daripada kelembapan, haba dan cahaya. Tempat yang seeloknya ialah kawasan yang sejuk dan kering dan jauh daripada cahaya matahari secara langsung. Selain itu, digalakkan untuk membeli minyak wangi dalam botol semburan kerana ia akan membantu untuk mengelakkan penyejatan aroma dan tindak balas kimia dengan udara.


Sumber : yahoo.com


perfume,

harap berguna buat kalian.. =) sedikit sebanyak info ni telah ubah cara husna memakai perfume.. dari pemerhatian, sering kali ramai yang suka pakai perfume di luar baju.. gigih nak bagi wangi, dihabiskan sampai satu botol.. actually perempuan ni wangian tu berpada-pada je kalau nak pakai kan.. 


أيما امرأ ة استعطرت ثم خرجت فمرت على قوم ليجد و ا ريحها فهي زانية

“Siapa sahaja perempuan yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan zina.”


(Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i, Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan Abu Musa).

Wallahualam..



Till then!! See ya.. 


















p/s-keluar cari barang sekolah adik-adik hari ni.. =)

Saturday, December 28, 2013

Segmen | Jom Update Bloglist Husna!!


Assalamualaikum w.b.t..


dah hujung minggu, kemain goyang kaki ye.. ke ada jugak yang tengah buat kerja?? husna tengah cuti midsem sekarang, memang goyang cursor jelaa.. hehehe.. *assignment beratur kau tak pikir.. -..-"

di ambang penghujung tahun 2013 ni terasa nak bersegmen plak.. lagipon sepanjang 2 tahun berblog ni husna tak pernah lagi anjur segmen atau giveaway mahupun contest.. setakat sponsor je.. =(

banner segmen

tujuan utama nak update bloglist kat sebelah sebab husna dah malas nak tengok dashboard.. huhuhu.. sekarang ni kalau nak blogwalking je mesti husna terjah bloglist.. tapi rasa macam tak puas hati lagi sebab tak semua tersenarai.. kesian la pada pengunjung setia, rajin komen tapi husna tak balas jejak balik.. sebabnya blog tak tersenarai dalam bloglist husna.. 

untuk berlaku adil, meh sini tinggalkan link blog kat kotak komen.. tak perlu pun sesusah nak update entry.. buat mereka yang dah tersenarai tu, husna akan kekalkan.. =) 


tarikh akhir: 31 December 2013 (tepat jam 2359)















p/s-harap mendapat sambutan.. :)

Friday, December 27, 2013

Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara


Assalamualaikum w.b.t..


Selamat petang!! Perasaan bosan menyengat tatkala keseorangan dalam bilik melayan twitter.. sambil di temani sebiji epal rangup rakus husna habiskan.. serius hari ni lapar nak mengunyah je kerjanya..

Siapa pernah tengok atau layan drama bersiri Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara yang bersiar di Astro Ria bulan May yang lalu??

Cornetto Uda & Dara, pemenang contest uda & dara
barisan pelakon

Even dah lama berlalu, tapi husna baru sempat (bukan tak de masa) nak berceloteh, exercise jari kat sini.. mungkin ada yang tak pernah dengar pon kewujudan cerita ni.. tak de masalah, kalau nak taw lebih lanjut boleh rujuk Sinopsis Kisah Chenta Cornetto Uda & Dara..

Kalau nak tengok full episode pon boleh.. cari je kat google ataupun youtube.. bercambah je keluar.. husna plak tengok kat facebook je.. Page Cornetto.. kat rumah tak de Astro..

Orang yang ada Astro pon belum tentu tengok, husna plak gigih tengok kat facebook kejadah cari pasal?? Ntah laa waktu tu husna cuma tengok iklan je kat facebook lepas tu tengok page Cornetto.. diorang siap cakap kalau follow cerita tu dan kumpul mata dengan menjawab soalan mingguan berpotensi menang hadiah menarik..

Jujur husna cakap siapa yang tak nak kalau hanya perlu tengok dan jawab soalan.. kerja senang sangat tu.. lagipon bulan May lepas memang husna free kat umah.. jadi layan jelaa.. husna plak bila dah start tengok satu episode, rasa macam best je lepas tu terus follow.. ada 8 episod je.. spesies cerita yang tak meleret..

Tak sangka dek asyik sangat follow sampai diri tercalon pemenang mingguan.. tuah ayam nampak di kaki, tuah husna Allah yang tentukan.. :) perasaan gembira waktu tu memang tak dapat digambarkan lah.. syukur.. even tak menang tempat pertama.. lagipun melebih la kalau kau nak menang tapi tak sumbang apa-apa kan..

Cornetto Uda & Dara, pemenang contest

Husna dapat baucer makan.. 6 keping baucer Chatime, 3 keping baucer Kenny Rogers Roasters dan 4 keping baucer Starbucks.. rezeki yang datang tak semestinya dalam bentuk wang ringgit.. at least husna, family dan kengkawan (housemates) dapat rasa sorang sikit.. kalau nak beli sesaja memang tak lah.. especially ayam cik Kenny tu, mahal melutut..

Cornetto Uda & Dara, pemenang contest
baucer selamat sampai kat rumah sewa

Sebelum cuti midterm hari tu husna dah sempat habiskan baki 2 keping baucer Starbucks.. tarikh luput 31 dec 2013.. rugilaa kalau tak sempat nak habiskan..

Cakap pasal Starbucks, serius tak kekok masuk outlet diorang ni.. husna suka layanan staff Starbucks.. mesra gila vavis taw.. setiap kali (baru 2 kali) masuk kedai mesti diorang sapa mesra pelanggan.. yang tengah moody tak senyum pon boleh senyum.. diorang buat kita ni macam regular customer sangat.. terbaekk lah!! Hehehe..

Cornetto Uda & Dara, pemenang contest
bila plak nak merasa Starbucks ntah..















p/s- bukan nak menunjuk tapi nak cakap rezeki Allah tu luas.. =) Alhamdulillah..

Wednesday, December 25, 2013

(Part 1) Pulau Pangkor, Lumut, Perak


Assalamualaikum w.b.t..


PERINGATAN!!
Penulis nak abadikan setiap moment dalam entrynya.. 
jadi entry mungkin terlajak panjang..

Sudah tersurat jodoh, rezeki, ajal maut memang ketentuan Allah SWT.. kalau dah di takdirkan, siapa kita nak menghalangnya.. jadi begitu lah rezeki husna dan kengkawan bebaru ni..

Syukur.. dapat pergi bercuti sempena Program Muhibbah & Team Building di Kem Rimba Pangkor pada 19 & 20hb yang lepas.. program berlangsung di bawah Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident (JPNR).. di pimpin oleh Sir Nurridzwan.. sir yang sentiasa baik dari dulu sampailah sekarang.. hehehe..

Perjalanan bermula pagi Khamis, 9 pagi, mujurla Khamis ada satu kelas je.. pepagi lagi dah siap kemas beg, kemas rumah, pastu siapkan bekal dalam bas.. goreng karipap, hot dog dan nugget.. kitaorang memang macam ni, setiap kali travel bersama mesti ada saja bekal yang nak di kendong sekali.. hehehe.. baru fefeeling travel kan..

Macam husna cakap dalam entry Teluk Batik yang lepas, perjalanan ke destinasi hanya ambil masa dalam 3 jam.. itu pon terpulang pada encik driver berapa km/j dya nak bawak.. tapi encik driver kami hebat kata kau.. atas highway tak tunjuk belang lagi, turun je tol Changkat Jering, dya mula dah.. jalan kat situ dah la macam ular kena palu, dya bawak tak guna brek plak tu.. menyenget je kami kat belakang.. huh!! Tak pepasal dapat mabuk darat.. pening~ -..-"

Untuk pengetahuan, nak ke Lumut, Tol Changkat Jering adalah tol yang paling dekat.. yang ambil masa dalam sejam lebih.. dengan jalan kampung yang sempit, berbengkang-bengkok, driver plak tah ape-ape, sabar jelaa anda dalam bas tu..

Pulau Pangkor, percutian, Perak, Lumut
kemain bawak beg macam tak maw balik

Pulau Pangkor
muka suka gembira dapat jejak Pangkor

Sampai je Jetty Marina Island, dalam pukul 12 lebih, syukur rasa selamat dah.. hehehe.. kami ambil tiket group-adult hanya RM10/person.. naik ferry pon tak sempat nak panaih punggung dah sampai Pulau Pangkor.. sewa 3 van (teksi) terus ke Kem Rimba Pangkor.. tak dak la macam kem sangat suasananya.. situ ada chalet dan dorm.. sementara nak tunggu check in, masuk je kawasan kem tu, bayu laut meneroboh masuk lubang hidung.. ya Allah tak taw nak gambar kan macam mana betapa hebatnya suasana kat situ.. Subhanallah.. sungguh tak nak balik.. kaki terlekat kejap kuat kat pasir.. :'(

Pulau Pangkor, kem rimba pangkor
dari surau sempat lagi snap buang dua tiga keping =D

Lepas dah check in kat dorm, siap tukar baju semua, solat, pukul 4 aktiviti bermula.. belum pukul 4 pon laju je kami menerpa pantai.. memang spesies tak pernah tengok pantai ke ape?? -..-" kononnya aktiviti snorkeling di di tengah laut yang ada pulau kecil cinonet je.. tapi bila dah sampai pulau tu lain pulak aktiviti kami.. memasing tak pandai guna goggle.. muahahaha.. ada yang baru belajar dan berjaya.. ada yang tak berjaya dan ada jugak yang langsung tak nak cuba takut air masuk hidung.. =P main air jelaa kat situ..

Pulau Pangkor
dorm kami yang bersebelahan dengan budak lelaki.. 

bagi husna dorm dya boleh tahan la.. siap ada aircond.. dalam tu ada 6 buah katil 'double decker'.. katil tu pon tak de lah kuat mana.. siap ada bunyi lagi.. hehehe.. tapi sayang bilik airnya satu.. =( jenuh tunggu nak masuk bilik air.. jadi semua berpada-pada je masuk nak mandi pon.. hehehe.. 

Pulau Pangkor
sebelum turun laut..

Pulau Pangkor
sebahagian budak lelaki yang join.. 

Pulau Pangkor
dengan sir.. (encik wan)

Pulau Pangkor
main bunga kembang kuncup laa.. main kereta api laa.. angkat kaki tangan..

Pulau Pangkor
kami memang suka main air.. hahaha..

Aktiviti sampai lewat petang, balik ke pulau mintak izin sir nak naik banana boat.. dah lama teringin.. kalau mengandung time tu, alamatnya keluar budak nanti meleleh je air liur dya.. hahaha.. first time naik rasa confident ya amat.. kami mintak tak nak buang tetengah laut.. takut jerung.. mintak buang kami dedekat je.. selamat sikit nak kayuh balik pantai.. hehehe.. *alasan untuk orang yang tak reti berenang..

Pulau Pangkor
bukan 4 tapi 5 pinggan kerang.. =O

Malam tu, dinner kami berasaskan makanan laut.. memacam ada.. ikan pari, kerang, ikan siakap, ayam, ikan kembong.. semuanya bakar.. sedap hoiii.. nikmat makanan laut..  cicah plak air asam.. memang cari pasal mengandung ta*k plak la lepas tu.. tak sempat pukul 10, memasing mata dah berat.. penat main air.. lagipon risau esok takut tak jaga..

Ada apa esok?? Next entry.. =)

















p/s- penat taip, jangan tengok gambar je taw.. huhuhu..


Monday, December 23, 2013

Filem Ular Arahan Jason Chong


Assalamualaikum w.b.t..


Selasa minggu yang ketiga still tak dapat nak masuk kelas macam biasa, sebab clash dengan degree.. jadi lecturer ubah pergi hari lain.. maknanya Selasa di isytihar cuti tanpa sebab.. macam minggu sebelumnya siap buat Nasi Tomato sebab bosan..

Ular (2013) arahan Jason Chong

dan dua minggu lepas kami tempah tiket wayang Ular.. dek kerana terpengaruh dengan iklan tv dengan radio, juga semangat datang dari pelosok mana tah teringin sangat nak tengok wayang, makanya malam tu is girls day out.. jarang dapat keluar sekali semua.. kalau tak, ada saja yang kurang..


Filem Ular arahan Jason Chong, telah mendapat tempat di hati peminat filem aksi.. terus terang husna cakap, setakat nak masuk wayang tangkap leleh baik tak payah.. akan datang nanti banyak tersiar di kaca tv.. Ular filem pertama melayu yang husna tengok kat wayang.. lain semua English.. husna pasti ramai yang taw apa sebabnya.. eh! Bukan sebab adegan 18SX ye.. selalu layan aksi je.. baru best!!

Cerita ni mengisahkan seorang wartawan yang terpaksa membuat liputan di Pulau Batik Panjang yang dibuka oleh seorang banduan di tempat terpencil.. umum percaya bahawa di pulau itu ada sesuatu yang luar biasa.. tak sangka memang betul.. beribu ular sawa batik hanya dikurung dengan pagar elektrik.. pengujung yang menang percutian ke pulau tersebut memang tak tahu langsung kewujudan ular-ular itu.. malangnya pada satu malam, seorang pengunjung telah mematikan suis pagar elektrik untuk cari privasi di tempat ular-ular itu.. dan malam tu jugak kesemua pengunjung termasuk wartawan dan photographer nya meninggal dek kena baham dengan beribu ular sawa batik.. tak siapa yang berjaya keluar dari pulau tersebut..

Pendapat husna, kurang setuju bila semuanya mati.. sepatutnya wartawan, Lisa Surihani dan photographer nya, Yursy Abdul Halim, patut keluar dari pulau itu dan bagi taw perkara sebenar pasal pulau tu.. at least tak de la orang lain tertanya-tanya.. tak pun mereka berdua hidup bahagia bersama mungkin??

Penuh debaran.. husna tengok siap tutup muka macam tengok cerita hantu.. agaknya kalau tengok cerita hantu macam mana la rupanya??



Till then!! See ya..  




















p/s- dalam cerita ni hampir semua mati dalam keadaan yang hina.. Nauzubillah..

Jom Terjah Blog ERAZFADLI.COM


Assalamualaikum w.b.t..


selamat sore!! eh.. selamat petang!! buat apa je tu?? ish sedapnyaaa kalau pepetang macam ni dok bawah pokok lepas tu menyicah pelam dengan kuah rojak mak bee.. omak oiiii.. tap, tap, menitis air liur.. hahaha.. 

tapi kalau tak dapat pelam, dapat topup RM10 pon boleh menitik air liur nih.. siapa tak nak kalau orang nak bagi free kan.. hehehe.. lelagi kalau fon memasing dah lama benor tak topup.. sampai selalu sangat buat credit advance.. tak pon request kat member.. sampai bila?? jadi, kalau tengah menyulur je tu ada baiknya kome join Segmen Jom Terjah Blog ERAZFADLI.COM ni.. tak susah pon.. 

kalau tak pon, rasa macam malas tahap tak taw nak kata apa dah, boleh je singgah site blogger Eraz ni.. seorang bapa moden yang bekerja sambil belajar.. salute sangat dengan blogger Eraz ni.. dah ada family, anak seorang, Zara Faleesya yang masih kecil cinonet tapi sanggup belajar demi mengukuhkan lagi pendapatan keluarga di samping menambah ilmu.. 

dalam era globalisasi ni, ingat mudah ke nak buat semua tu.. husna yang full time belajar pon rasa macam perit je.. tapi inshaAllah perit jerih tu nanti pasti akan hilang tatkala hasil yang dituai memberansangkan..

Jom Terjah Blog ERAZFADLI.COM














p/s-bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah.. :)

CPUV #4 | INTI Cycle 1 Degree Extension


Assalamualaikum w.b.t..


Selamat tengah hari!! dah makan ke?? husna belum lagi nih.. khusyuk dengan blog kejap.. dalam proses nak reply habis semua komen yang di tabur.. 

sampai je kat entry Keyword Minggu Ini, terdetik nak usha encik nuffy.. sangat teruja sekali nak check, page earning lah.. dan tak sangka setelah berkali-kali submit ticket, akhirnya sangkut jugak satu.. rezeki hujung tahun.. syukur~ 




jangan lupa terjah ye.. =) terima kasih!! 



Till then!! See ya..  














p/s- dah start cuti mid sem.. =)