Wednesday, December 25, 2013

(Part 1) Pulau Pangkor, Lumut, Perak


Assalamualaikum w.b.t..


PERINGATAN!!
Penulis nak abadikan setiap moment dalam entrynya.. 
jadi entry mungkin terlajak panjang..

Sudah tersurat jodoh, rezeki, ajal maut memang ketentuan Allah SWT.. kalau dah di takdirkan, siapa kita nak menghalangnya.. jadi begitu lah rezeki husna dan kengkawan bebaru ni..

Syukur.. dapat pergi bercuti sempena Program Muhibbah & Team Building di Kem Rimba Pangkor pada 19 & 20hb yang lepas.. program berlangsung di bawah Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident (JPNR).. di pimpin oleh Sir Nurridzwan.. sir yang sentiasa baik dari dulu sampailah sekarang.. hehehe..

Perjalanan bermula pagi Khamis, 9 pagi, mujurla Khamis ada satu kelas je.. pepagi lagi dah siap kemas beg, kemas rumah, pastu siapkan bekal dalam bas.. goreng karipap, hot dog dan nugget.. kitaorang memang macam ni, setiap kali travel bersama mesti ada saja bekal yang nak di kendong sekali.. hehehe.. baru fefeeling travel kan..

Macam husna cakap dalam entry Teluk Batik yang lepas, perjalanan ke destinasi hanya ambil masa dalam 3 jam.. itu pon terpulang pada encik driver berapa km/j dya nak bawak.. tapi encik driver kami hebat kata kau.. atas highway tak tunjuk belang lagi, turun je tol Changkat Jering, dya mula dah.. jalan kat situ dah la macam ular kena palu, dya bawak tak guna brek plak tu.. menyenget je kami kat belakang.. huh!! Tak pepasal dapat mabuk darat.. pening~ -..-"

Untuk pengetahuan, nak ke Lumut, Tol Changkat Jering adalah tol yang paling dekat.. yang ambil masa dalam sejam lebih.. dengan jalan kampung yang sempit, berbengkang-bengkok, driver plak tah ape-ape, sabar jelaa anda dalam bas tu..

Pulau Pangkor, percutian, Perak, Lumut
kemain bawak beg macam tak maw balik

Pulau Pangkor
muka suka gembira dapat jejak Pangkor

Sampai je Jetty Marina Island, dalam pukul 12 lebih, syukur rasa selamat dah.. hehehe.. kami ambil tiket group-adult hanya RM10/person.. naik ferry pon tak sempat nak panaih punggung dah sampai Pulau Pangkor.. sewa 3 van (teksi) terus ke Kem Rimba Pangkor.. tak dak la macam kem sangat suasananya.. situ ada chalet dan dorm.. sementara nak tunggu check in, masuk je kawasan kem tu, bayu laut meneroboh masuk lubang hidung.. ya Allah tak taw nak gambar kan macam mana betapa hebatnya suasana kat situ.. Subhanallah.. sungguh tak nak balik.. kaki terlekat kejap kuat kat pasir.. :'(

Pulau Pangkor, kem rimba pangkor
dari surau sempat lagi snap buang dua tiga keping =D

Lepas dah check in kat dorm, siap tukar baju semua, solat, pukul 4 aktiviti bermula.. belum pukul 4 pon laju je kami menerpa pantai.. memang spesies tak pernah tengok pantai ke ape?? -..-" kononnya aktiviti snorkeling di di tengah laut yang ada pulau kecil cinonet je.. tapi bila dah sampai pulau tu lain pulak aktiviti kami.. memasing tak pandai guna goggle.. muahahaha.. ada yang baru belajar dan berjaya.. ada yang tak berjaya dan ada jugak yang langsung tak nak cuba takut air masuk hidung.. =P main air jelaa kat situ..

Pulau Pangkor
dorm kami yang bersebelahan dengan budak lelaki.. 

bagi husna dorm dya boleh tahan la.. siap ada aircond.. dalam tu ada 6 buah katil 'double decker'.. katil tu pon tak de lah kuat mana.. siap ada bunyi lagi.. hehehe.. tapi sayang bilik airnya satu.. =( jenuh tunggu nak masuk bilik air.. jadi semua berpada-pada je masuk nak mandi pon.. hehehe.. 

Pulau Pangkor
sebelum turun laut..

Pulau Pangkor
sebahagian budak lelaki yang join.. 

Pulau Pangkor
dengan sir.. (encik wan)

Pulau Pangkor
main bunga kembang kuncup laa.. main kereta api laa.. angkat kaki tangan..

Pulau Pangkor
kami memang suka main air.. hahaha..

Aktiviti sampai lewat petang, balik ke pulau mintak izin sir nak naik banana boat.. dah lama teringin.. kalau mengandung time tu, alamatnya keluar budak nanti meleleh je air liur dya.. hahaha.. first time naik rasa confident ya amat.. kami mintak tak nak buang tetengah laut.. takut jerung.. mintak buang kami dedekat je.. selamat sikit nak kayuh balik pantai.. hehehe.. *alasan untuk orang yang tak reti berenang..

Pulau Pangkor
bukan 4 tapi 5 pinggan kerang.. =O

Malam tu, dinner kami berasaskan makanan laut.. memacam ada.. ikan pari, kerang, ikan siakap, ayam, ikan kembong.. semuanya bakar.. sedap hoiii.. nikmat makanan laut..  cicah plak air asam.. memang cari pasal mengandung ta*k plak la lepas tu.. tak sempat pukul 10, memasing mata dah berat.. penat main air.. lagipon risau esok takut tak jaga..

Ada apa esok?? Next entry.. =)

















p/s- penat taip, jangan tengok gambar je taw.. huhuhu..


32 comments:

  1. bestnya pergi pangkor.. huhu..
    teringin nak pergi :)

    ReplyDelete
  2. terlajak pjg dan hrp2 terlajak laris la eh entri ni.. hihi.. amboiii lps solat ker seblm solat tu snap pic bertelekong bagai tu?? ;p.. syoknye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. terlajak laris nanti susah plak kak deq.. =P

      lepas solat la tu.. dah siap baru boleh ambil mood.. hehehe..

      Delete
  3. bestnye join xtvt camni..masa belajar ni layan je semua xtvt. nnti dah kawen xde can dah..rindu pulak time belajar dulu.

    ReplyDelete

  4. as-salam. bestnya. ciksu tak pernah sampai pangkot lagi la.

    cepat updated. x sabat nk baca dah ni. hikhik

    dik tima kasih tau, doakan utk ciksu. ciksu syukur sgt dapat member blog yg supporting. lapang dada ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam.. husna pon harap lawatan kelas je.. =D

      hehehe.. sabar ye..

      husna paham ciksue.. berat mata yg memandang berat lg bahu memikul..

      Delete
  5. macam nak lari rumah masing2 punya bag..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. xdelah kak.. kengkonon bawak banyak baju spare nanti senang nak terjun laut.. =P

      Delete
  6. wah.. memang patut pun abadikan setiap moment kat blog. ala..blog kita kita punya suka la kan. org lain bukan boleh nak edit edit kan. hhahaha...

    BTW mcm best je tengok korang berjimpa kat laut tu. nak join tak dapat. anak anak masih kecik le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu diorang besar nanti mesti best.. angkut semua ajak beraktiviti kan.. hehehe..

      Delete
  7. seronok reramai cmni..lawtaan sambil belajar la ni ekk..teserlah muka kehepian masing2.

    ReplyDelete
  8. waaa seronoknya husna bercuti di pangkor dengan kengkawan..kalau dah rezeki ke sini kan..enjoy your trip :)

    ReplyDelete
  9. Once again,nak inform already promote your travelog

    http://www.azhafizah.com/2013/12/panduan-dan-tips-sebelum-bercuti_27.html

    Terima kasih sudi join dan sudi berkongsi :)

    ReplyDelete
  10. Seronoknya gi pulau..tak pernah sampai lg sana..

    ReplyDelete
  11. wahh seronoknya dapat pergi dengan kawan-kawan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok.. inshaAllah nanti boleh pergi dgn family plak.. =)

      Delete
  12. Replies
    1. silap tak ambil no akak hari tu.. kalau tak boleh jumpa kan?? :D

      Delete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.