Showing posts with label uitm. Show all posts
Showing posts with label uitm. Show all posts

Monday, December 12, 2016

Membesar Di Merbok Dengan Nasi Hujan Panas Lembah Bujang


Assalamualaikum w.b.t..


Membesar Di Merbok Dengan Nasi Hujan Panas Lembah Bujang | like seriously? Memang pon! Hahaha rata-rata manusia kat Merbok, Kedah, pelajar atau bukan pelajar memang semua membesar dengan nasi hujan panas kalau nak taw.. sampaikan ada yang jenis siang dan malam wajib beli, husna pulak hanya setakat sebagai makan malam jelaa..

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Husna mula kenal nasi hujan panas sejak masuk belajar semula pada awal tahun 2015 dan sampai sekarang, perasaan jemu tu tak jumpa lagi.. husna tak pasti apa laa yang berhantu sangat Nasi Hujan Panas ni, kalau dalam seminggu tak makan tidur tak lena dibuatnya.. ekekkeke.. 😆

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Sedap ke Nasi Hujan Panas ni??

Mestilah sedap! Kalau tak, tak dak makna sampai termimpi-mimpi, tersebut-sebut.. siap gigih tapaw bawak balik kat keluarga husna, sebabnya penat dah asyik bawak balik cerita je.. komen diorang, abah macam biasa tak suka pedas, mama pulak bagi thumbs up!

Husna suka sambal dya, pedas manis lain macam.. dan peliknya walaupun pedas tapi tetap semorang mintak sambal lebih.. sesetengah pedas sambal kalau pedas melampau tu kita dah tak boleh nak teruskan makan, tapi yang ini sambal banyak macam mana pon husna tetap boleh teruskan.. durasi masa makan pon ambil masa sikit laa sebab nak ambek nafas satu hal, nak nikmati satu hal, kemudian nak kesat hingus lap ayaq mata lagi, selalunya husna makan sambil tengok cerita pukul 7, hihihi baru layannn..


Berapa Harga Nasi Hujan Panas ni??

Harga mengikut saiz; S – RM2.00, M – RM3.00, L – RM4.00 dan Ayam Berempah – RM5.00..

Husna selalu beli S, M atau S + nasi lebih = RM2.50.. apa yang berbeza kat sini adalah berapa ketul ayam dalam setiap saiz, nasi pulak jangan risau banyak macam biasa, cuma nya kalau datang mood pelahapfobia husna tu terbeli laa nasi lebih.. ekekkeke..

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Waktu Operasi Nasi Hujan Panas..

Nasi Hujan Panas ni dijual pada waktu pagi pada jam 7-11 pagi, dan petang pada jam 4-10 malam.. tapi nya jangan harap pergi lewat-lewat nak ada lagi, kekadang on the way nak pergi kelas pukul 10 pagi tu pon dah tak nampak kelibat, punya awal tutup.. waktu malam lagi laa, kalau nak pergi beli, memang tak berani nak pergi lepas maghrib, kang balik dengan tangan kosong, nangis tak berlagu..


Lokasi Nasi Hujan Panas, Lembah Bujang..

Kalau dulu diorang hanya bukak gerai kecil tepi jalan je macam dalam gambar, tapi sekarang dah berubah tempat.. Masih depan MRSM Merbok tapi dalam kiosk pondok perhentian bas bebetul depan Restoran Shiema Corner..


Till then! See ya~

Thursday, March 28, 2013

Final Examination



Assalamualaikum w.b.t..


selamat tengah hari murid-murid.. =) di sini cikgu nak maklumkan bahawa peperiksaan akhir kamu dah semakin dekat.. maka dengan itu, jagalah diri kamu baik-baik dan jangan study ye.. berserah pada takdir je bulat-bulat.. muahahaha.. *gelong punya cikgu.. -.-

xdak usaha, jangan nak memandai serah pada takdir..


seperti yg awok dapat lihat, final exam kite untuk semester 4 bakal bermula.. woahhhh.. =O cepat je masa berlalu kan.. sem 4 yg terlalu sibuk nih bakal berakhir.. syioknyaaa.. tapi agak r kan, nak habis pon kena hadap exam nih dulu.. nak belajaq tu best tapi nak hadap exam tuh yg x best.. sighh~ -.-

atas sebab itulah lately nih, entry blog asyik penuh dengan segmen dan giveaway bagai.. dah xtaw dan x sempat nak merepek dalam blog.. so bila ada yg tag, jemput husna join, husna pon apa lagi, x menolak lar.. bagai orang lapar di suap nasi daging dalam mulut, terus sendawa bau ayam.. eh??  



Doakan kami semua ye.. ^^V

semoga di beri hati yg tenang, ingatan yg kuatpenulisan yg lancar
dan tiada gangguan bisikan syaitonirrojim..
Ameen.. 






p/s- Harap maaf..=) blogwalking dan sesi jejak kasih akan dilakukan selepas 13hb Apr.. 


Friday, February 22, 2013

Cerita Semalam



Assalamualaikum w.b.t..


Selamat petang!! buat apa je petang-petang cenggini?? yg kat rumah tu ada plan nak menggoreng x?? sedapnyaa.. dah goreng nanti jangan lupa pos sini sikit taw.. hehe..
*taip petang publish dah maghrib.. sebab ada kerja.. =P

Xnak merepek merapu meraban dengan lebih maju.. sebab kali nih nak cerita pasal ze classmates kite.. yang banyak habiskan masa dengan kite.. hehe.. :3


Warning!! propa is everywhere!!
Keep calm and keep reading.. =)


Untuk pengetahuan, minggu lepas uitm merbok dah menternak zombies dengan jayanya.. bukan setakat zombie je.. beruang panda?? beruang kutub?? teddy bear mata sembap?? cakap je semua ada.. hehe.. kami sebagai penghuni nak x nak terpaksa berkawan antara satu sama lain.. ajak makan sekali.. bincang keje sama-sama.. riuh rendah buat macam kolej nih kami punya.. gelak terbahak-bahak sampai x leh nak berhenti.. gelak macam nih depan mak mertua konfem kena reject.. -.-

Malam-malam dok dalam satu bilik buat projek.. almost setiap malam untuk satu minggu lepas.. yeahh~ lama kan?? Actually tiap minggu ada.. kalau kitaorang ada task yang nak kena siapkan sama-sama, bilik tuh akan jadi sarang kitaorang.. buat projek hingga larut malam.. pedulik hape kiri kanan nak cakap.. nak pandang serong?? Arghhh!! Nak pandang sorang-sorang pon boleh aih..

Minggu lepas husna dah langgar pantang larang.. kalau jadi mak budak yg tengah berpantang konfem kena hempuk.. seminggu asyik tidow lewat.. bukan lewat sikit macam kite selalu cakap kat monster hacker tuh.. nih lewat banyak.. 3 4 pagi baru tidow.. berpeleseran dengan diorang lar.. haa.. ini semua diorang punya pasal.. ajar benda x baik kat kite.. terok betoi.. kan dah jadik x baik.. -.-


Eh~~ xde!! xde!! sapa reka cerita nih?? memandai je..


Like I said before, propa is everywhere.. xdenya diorang punya pasal.. ini assignment punya pasal.. salah assignment ye kawan-kawan.. -.- yelaa.. semua nak minggu lepas.. present dengan report.. jenuh nak hadap.. sebab tuh ramai je muka-muka zombie kat sini.. haha.. lega je bila dah dapat cuti nih.. macam ada orang tuh cakap nak tidow, tidow, tidow dan terus tidow then ahad baru bangun.. muehehehe..

nih kumpulan husna.. =)

yg nih satu lagi kumpulan.. housemates to be.. campur dua orang dari kiri kat atas tuh.. ^^V

Meet ze classmates.. waktu ni baru habis kelas operation management.. time ni lar presentation yg ketaq bulu hidung habis tu.. konon lecturer tu akan tanya soalan susah lah.. soalan yg relate dgn apa yg kitaorang belajar lah.. macam-macam.. tapi bila masuk.. xde maknanya.. rilex je dya.. haha..





P/s - need to date another hectic month.. 

Tuesday, February 12, 2013

Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M)



Assalamualaikum w.b.t..


haa tudiaaa.. dah lama tinggal blog.. update pon x.. blogwalking pon x.. hari tuh kemain tweet dengan kak ruha cakap bila dah cuti nak update blog sampai x cukup masa.. tapi sekarang, start dari cuti hari khamis sehinggalah hari nih, dah 3 hari berlalu, still x bergerak untuk menaip..

Malam nih, dengan gigihnya menaip jugak.. mana tidaknya, komen semakin kurang.. means pelawatmya pon semakin kurang lar kan.. haha.. =P  actually, tengah pikir tadi nak start dari mana tengok-tengok dah dua perenggan dah mukadimahnya.. =D


Eh.. husna ada pelawat berbangsa cina x?? kacukan sikit ke??
X terlambat kan nak wish Happy Chinese New Year!! =)


semalam husna dah pergi habiskan RM100 baucer buku.. susah woo bila diorang cakap hanya 20% je boleh habiskan untuk alat tulis.. dah lar alat tulis je yg boleh husna mainhentamamek.. =D cemuih memikirkan buku ilmiah apa yg husna nak beli.. buku motivasi pon macam-macam fesyen.. dah lar masa terhad.. kalau nak pilih betul-betul sehari pon x cukup..


memandangkan husna pergi dengan family, husna sempat habiskan RM100 je.. terjah Hasani dalam Kulim Landmark.. ragut al-Quran, *warna Oren uolls kalkulator, testpad, pembalut buku, dan notebook..

kalau tanya pasal novel, hehe, sapa nak tolak.. tapi mengingatkan novel hasil baucer tahun lepas pon ada yg x terusik lagi, so hadam nafsu pelan-pelan.. lagipon husna xdela minat novel sangat.. sebab tu x abeh baca lagi.. =P

kalau nak habiskan untuk buku-buku kat merbok, memang x lar, sebabnya kitaorang banyak guna manual.. nak beli untuk sem depan xtaw buku apa yg patot di beli.. or else masih guna manual lagi..  hmm.. lagi RM150 nak perabih untuk apa pon xtaw lar.. haha.. ada idea ke?? ^^






Friday, January 11, 2013

Vaksin HPV


Assalamualaikum w.b.t..


selamat petang!! hai hai hao!! buat apa je petang-petang cenggini?? berdengkur ke?? bangun lar buat sit up sikit.. lompat bintang ke.. ketuk ketampi 2 3 set.. eh husna?? dya buat apa je petang nih?? husna sakitt.. ye dya sakit.. sakit ngada nak kena ketuk!! haha.. =P



ada dengar pasal program suntikan vaksin HPV (Human Papilloma Virus) untuk wanita?? ye husna selaku remaja yang lahir pada tahun 1993 telah diberi suntikan percuma pada hari ini di unit kesihatan UiTM Merbok.. akan ada lagi dua suntikan.. =)


Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, program itu adalah usaha mempromosi suntikan vaksin bagi mencegah kanser serviks (pangkal rahim).


so pagi tadi dah dapat satu dos.. pergi dengan muka cuak habis.. isi borang lengkap.. dapat makanan free, masuk dalam, pergi kaunter, pilih tarikh untuk dos seterusnya dan sedia menanti untuk di panggil.. nak kena cucuk, sapa x takut kan.. tapi memikirkan masa depan, wajib saya di suntik!! =D elok lepas kena suntik tu dah x rasa apa-apa pon.. sakit tu boleh tahan.. =) rasanya still kebas sampai sekarang.. *pening lalat~ =(



baca lagi maklumat kanser servik.. 





p/s- esok nak ke Langkawi.. sapa nak ikut?? 


Monday, January 07, 2013

Seketul Lagi



Assalamualaikum w.b.t..


hai.. hai.. sempat lagi kan nak update seketul entry.. =) on the way nak tidoq dah nih tapi tongkat kelopak mata segagah mungkin nak up jugak seketul.. mana taw boleh buat bed time story ke?? x pon lullaby kan.. hehe..


hati dah beransur ok.. Alhamdulillah.. =) husna pon xnak sebenarnya risaukan semua orang tapi biasa lar kan.. orang cakap bila kita luahkan sikit, some how boleh ringankan apa yg kita fikirkan tu.. =) lagi-lagi bila dah dapat berdozen-dozen kata-kata semangat.. =D *banyak pulak kata ganda kat sini.. -.-‘


as husna dah cakap pagi tadi, di entry barang lama, family (abah, mama, adik last) husna nak datang merbok.. bukan sebab homesick atau di suruh datang ye.. tapi husna tertinggal kasut sukan.. kasut sukan ni diperlukan time kembara nanti.. under program ppkp.. husna dah tanya abah, husna nak balik ke, atau abah nak tolong hantarkan?? Abah cakap xpaa, nanti dya hantar.. wahh.. teruja ++ lah..




pastu dah taw macam tu sengaja report kat mama, husna kekurangan zat.. susah nak dapat sayur.. =( mama masak daging goreng dan sayur kangkung goreng belacan pastu tapau je bagi husna.. sebab nak makan malam sini macam awal plak kan.. then side dish nya mama goreng cempedak.. wallahhh~ =P






p/s- Alhamdulillah.. nikmat hari ini.. =)


Friday, November 09, 2012

Alhamdulillah hanya mampu terluah


Assalamualaikum w.b.t..


Jumuah Mubarakah sahabat.. =)


*situasi- tengah tenang kan hati yg xberapa nak tenang nie.. >.<


pagi tadi bangun dengan perasaan yg berdebar-debar.. bukan pagi tadi ja, semalam pon nak tidoq dah rasa lain macam.. member siap cakap nak tunggu 'si dya' macam nak tunggu org masuk meminang.. debaran tatkala nak bersua lebih teruk dari time nak pergi amek result SPM.. *propa much?? 


hal ini x lain x bukan berkaitan result UiTM yg di jangka keluar hari ini pada pukul 9 pagi tadi.. apa lagi nak tengok ke tidak, tetap kena tengok kan.. dan.....


**jeng je jeng**


Alhamdulillah.. even unlisted in dean list im very grateful enough as i tought im gonna r*p*at some subject.. and i really did my best.. masih tersenarai 3.0 and above.. =) diri ini masih cuba untuk teruskan buat yg terbaik.. dan x sangka ianya berbaloi.. *tapi x puas hati lagi nih..>.<


kenapa nak mintak lebih, kalau awak bagi kurang?? 


so dengan ini husna nak mengucapkan terima kasih buat mereka yg terus mendoakan husna.. especially mama and abah.. also big thank to him yg terus bagi support dan berdoa.. i'll appreciate them much.. =D



p/s- ptptn dah nak habis.. =( sedekah sikit jom.. =) http://bit.ly/UyfgOI