Sunday, January 29, 2017

Isnin, 9 Januari 2017 bersamaan 10 Rabiulakhir 1438


Assalamualaikum w.b.t..


Isnin, 9 Januari 2017 bersamaan 10 Rabiulakhir 1438 | syukur Alhamdulillah genap 24 tahun dilahir dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh mama abah, adik-adik, dikelilingi dengan insan-insan yang penuh dengan aura positif..

Tak dinafikan usia makin menginjak dewasa, terasa masa turut kian cepat berlalu.. tak nak pikir banyak, hanya nak jalani kehidupan dengan sepenuhnya dan perbaiki diri.. pedulikan apa orang nak cakap, yang baik jadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan dan pedulikan bisik-bisik negatif dari hati sendiri..

Speak and open up your mind
It's something you should do all the time
Keep exploring, seek and find
You know you might surprise yourself..

“Surprise Yourself” by Jack Garratt, Soundtrack Me Before You (2016).


Tahun ni dapat sambut dengan kawan-kawan rumah merangkap kawan sekelas.. diorang ni sempat lagi rancang nak mandikan husna dengan bedak pada malam tu, kurang asam betul.. nasib baik bedak, rambut putih beruban pon takpaa, beserta pakej wangi husna semalaman.. ekekkeke..

Terima kasih Ummi, Azie dan Eera! Pandai rancang ye, konon nak keluar rumah ambek purse dalam kereta, taw taw je dah muncul di pintu bilik dengan kek beserta bedak di genggaman tangan masing-masing.. hahahha.. kelu lidah kita, diam seribu bahasa..


Terima kasih jugak buat mereka yang masih dan sentiasa mengingati tarikh lahir husna.. perasaan bilamana tahun kedua sorok tarikh lahir di facebook, tanpa peringatan tapi masih ada kawan-kawan yang mengingati dan menyampaikan ucapan, rasa terharu ya rabbi! ๐Ÿ˜„

Tahun lepas nangis sedu sedan sengsorang, rasa tak percaya.. hahahahaha 
Kind of surprise for me!



Till then! See ya~

Sunday, January 22, 2017

Serum Mawar Anti-Penuaan, Serum Muka Terbaik Zeeta


Assalamualaikum w.b.t..


Serum Mawar Anti-Penuaan, Serum Muka Terbaik Zeeta | sejak kebelakangan ni siang malam asyik bermain dengan serum muka je husna ni, sembur-sembur terus rasa muda.. kira muda lagi laa sebab baru 24 tahun pada 9 hari bulan yang lepas ekekkeke..

Kita yang perempuan ni kalau tak dak masalah kulit muka memang tak sah.. Cemburu tengok diorang yang sejak azali kulit muka licin bersih tanpa sebarang cela.. Dedulu antara usaha dan rutin harian yang biasa kita lakukan ialah mungkin dengan mengisar buah tomato, kemudian jadikan ia sebagai mask muka sebelum nak tidur..


Sekarang ni tak perlu lagi dah nak susahkan diri buat semua tu, melainkan kalau diri dah terlebih-lebih rajin ekekekke.. husna perkenalkan Serum Mawar Anti-Penuaan, Serum Muka Terbaik Zeeta..

Apa Itu Serum Mawar Zeeta??


Serum Mawar Zeeta merupakan Serum Mawar Anti–Penuaan yang mengandungi estrak pati kelopak bunga mawar, juga diperkaya dengan Vitamin C dan E yang membantu meremajakan kulit dan awet muda..

Patutlaa bau pon harum je, waktu pertama kali sembur rasa macam tengah sembur air sirap yang guna pati jenama ros, wangi dan husna rasa macam nak minum ekekkeke..

Kelebihan Serum Mawar Zeeta


Asyik bercerita je dari tadi tapi tak tahu kelebihan mengenai Serum Mawar Zeeta ni pon tak guna jugak kan ekekkeke.. 

Antara kelebihan dan kebaikan serum muka terbaik Zeeta ni ialah:

·         Memberi kesegaran serta merta
·         Mampu menyembuhkan luka dengan cepat
·         Mengekalkan keanjalan kulit wajah
·         Mengecut dan menghilangkan jerawat
·         Mengecilkan liang-liang pori wajah
·         Menjadikan kulit wajah lebih gebu
·         Menjadikan solekan di wajah lebih menyerlah & tahan lama
·         Terapi minda & anti stress
·         Berupaya menghilangkan mengantuk
·         Boleh melegakan selesema dan resdung

Semburan getaran aura mawar ini memang sesuai untuk semua peringkat umur tak kira lelaki mahupun perempuan terutamanya kepada mereka yang selalu sangat mengadap skrin komputer kat tempat kerja dan sudah semestinya jugak buat pelajar macam husna ni..

Yelaa perkara biasa dalam kalangan pelajar asal bukak buku nak study je, mesti waktu tu jugak nak menguap kononnya mengantuk, tak paham betul! Selain dari teknik cara belajar yang betul dan waktu belajar yang sesuai, serum muka terbaik ni juga merupakan salah satu cara mengatasinya.. ๐Ÿ˜

Bagaimana Cara Menggunakan Serum Mawar Zeeta??


Cara nak menggunakan serum muka terbaik ni ialah hanya perlu semburkan pada kulit muka dengan seberapa kerap yang kita mahukan tak kira siang mahupun malam..

Husna faham mesti kalau dah sekali sembur tu rasa nak sembur berkali-kali kan sebab bau yang dikeluarkan dari serum muka terbaik ini sangat lah tak boleh di pedulikan, bau haruman bunga mawar..

Bagus betul, buat orang rasa tertarik nak sembur berkali-kali, lagipon susah nak jumpa perempuan yang tak suka bau bunga ros.. dan sudah semestinya, hasilnya akan memberi kesan yang menakjubkan serta kesegaran yang berpanjangan..

Testimoni Terbukti Serum Mawar Zeeta

Ini adalah beberapa testimoni-testimoni berkesan dan terbukti daripada para pengguna serum muka terbaik Zeeta..







Harga & Cara Membeli Serum Mawar Zeeta


Kalau husna sebut harganya mesti ramai yang tak percaya, sebab husna sendiri pon rasa macam tak percaya ekekkeke.. dengan hanya RM20 kita dah boleh miliki sebotol untuk 70ml serum muka terbaik Zeeta ni.. tertakluk kepada caj pengeposan RM6..

Serum muka produk keluaran Zeeta ini bukan sahaja mampu mengatasi masalah kulit berminyak, ia juga merupakan serum muka yang bagus dan murah..

Bagaimana ingin membeli serum muka terbaik Zeeta ni?? Hanya perlu Whatsapp segera ke nombor 019-220 9069 / 013-330 8583 atau terus komen PM di facebook mahupun instagram..

Instagram: @zeetaofficial
#zeetamagisaura #zeetanista #mawarista




Till then! See ya~

Saturday, January 21, 2017

3rd Mini Giveaway by azyyatiliah.blogspot.my



Assalamualaikum w.b.t..






Klik banner untuk join! 
Giveaway berlangsung sehingga 31 January, jam 12 malam.. Goodluck! ๐Ÿ˜„


Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com



Assalamualaikum w.b.t..



Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 17 Januari 2017 hingga 11.59 malam 31 Januari 2017Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. Senarai hadiah ada di SINI...

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
2. Wajib Like Fanpage Sponsor 

3. Wajib Follow Instagram Sponsor
4. Tambah Google Plus Sponsor
 | AerillHassan | Belogs JM |

5. Buat entri bertajuk Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com

 6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

9 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 2 Februari 2017
Good Luck !!


Friday, January 06, 2017

Cubaan Membuat Coq Keria Gula Melaka Resepi Tular


Assalamualaikum w.b.t..


Cubaan Membuat Coq Keria Gula Melaka Resepi Viral | dua minggu lepas kot heboh kat timeline facebook cerita pasal Resepi Kuih Keria Gula Melaka nih, tengok ke resepi tu nampak macam mudah je, sebab prosesnya takde laa rumit sangat.. nampak jelaa, sebab belum cuba buat lagi.. ๐Ÿ˜†


Kemudian bebaru ni husna nampak atas kabinet dapur mama ada keledek oren dok berasa macam lama tak berusik, sebab tetiap hari nampak dya ada kat situ.. apa lagi, ambek fon google lelaju resepi kuih keria gula Melaka.. bila google memacam versi keluar, dan kebanyakan resepi sama saja..

Tapi husna tertarik nak cuba buat menggunakan resepi dari blog kak Saidila.. keledek pon ada lebih kurang 500 gram, elok sangat laa tu.. keluar pergi kedai jap beli gula gerek 2 keping pastu selesai, bahan-bahan lain pon semua dah ada..

Masa tengah rajin, nak keluar ke kedai semata nak beli gula gerek tu pon sanggup! ๐Ÿ˜’

Resepi Kuih Keria Gula Melaka

Bahan-Bahan Kuih Keria

500gram ubi keledek oren/putih
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
½ sudu teh soda bikarbonat

Bahan-bahan Sira Gula Melaka

2 keping gula Melaka *sini panggil gula gerek! 
1 sudu besar gula putih
1 cawan air *husna cuma guna ¼ cawan air
1 sudu besar gula batu **jika ada
1 sudu besar gula merah **jika ada

Cara-caranya:


1. Memula buang kulit si keledek tu.. husna guna peeler je senang, tak payah risau kot terbuang sekali dengan isi.. Kemudian rendam sekejap, lepas tu rebus..
2. Nampak macam ubi dah lembut, tos dan lenyekkan guna benda alah macam dalam gambar tu.. Kalau tak dak boleh je guna bontot gelas.. Kemudian uli dengan bahan-bahan kuih keria tadi; tepung gandum, tepung beras dan soda bikarbonat..
3. Bila tepung dah jadi doh, bermula laa sesi nak membentukkan si keria tu.. Adunan ni dapat dalam 19 ketul kuih keria, cukup laa satu keluarga sekali makan..
4. Selesai membentuk, panaskan minyak dan bolehlaa mula menggoreng.. Sementara tu dapur kosong kat sebelah boleh guna buat sira gula melakanya..



5. Dalam kuali yang berlainan, masukkan kesemua bahan sira gula melaka tadi.. Kalau guna gula gerek tak perlu dah nak tapis tapi kalau guna gula merah mesti kena tapis lepas dah cairkan sebab mama husna cakap boleh jadi dalam tu ada ketulan bendasing..
6. Lepas dua ketul gula gerek tu dah cair, masukkan kesemua kuih keria yang selesai digoreng tadi.. Kacau dan ratakan gula Melaka pada setiap kuih keria..
7. Sepatutnya tunggu beku sedikit gula tu, tapi kuih keria tengah dalam kuali pon dah ada orang main calit-calit gula Melaka kat sudip, macam mana nak tunggu gula beku.. 
8. Kering je gula melaka tu, tutup api dan hidang.. Tak sempat nak tunggu gula beku, kita hidang laa dengan rupa berkilat macam tu.. ekekkeke..

Makan pepanas masa kuih tengah lembut memang serius sedap! ๐Ÿ˜

Kesimpulannya, nampak macam mudah je kan tapi sebenarnya waktu menguli tu husna dah fail bhahahahahaha.. nasib baik masa nak uli tu mama dah balik, kalau tak, tak taw laa apa jadi pada kuih keria husna ni.. mama tolong uli dan bentukkan jelaa, seterusnya baru husna sambung.. ๐Ÿ˜



Till then! See ya~

Wednesday, January 04, 2017

Daftar Adik Masuk Asrama Bagi Sesi Tahun 2017


Assalamualaikum w.b.t..


Daftar Adik Masuk Asrama Bagi Sesi Tahun 2017 | Selamat kembali ke sekolah buat mereka yang masih bersekolah.. hari ni dah masuk hari keempat sesi persekolahan bermula, Kedah tak ambil cuti jadinya dah nak dekat seminggu jugak laa adik-adik kita ni masuk belajar semula..

Kali ni tinggal adik husna yang bongsu tu je masih di alam persekolahan, naik tingkatan empat.. tinggal seketul ni lagi je mama abah nak ulang alik masuk Badlishah, tahun ni masuk tahun ke-11 lepas ni dah tak dak dah kot pewaris.. itupun tak taw laa sempat habis ke tak, adik sibuk sangat nak pindah sekolah.. ๐Ÿ˜ซ

asrama badlishah
dewan makan asrama













Sabtu yang lepas, husna sempat jumpa dengan Cikgu Noriaini, Ustazah Zainab dan Mak Cik Milah.. jumpa dengan cikgu Noriaini pon lepas kena panggil dengan nama penuh, kahkahkah.. sungguh tak perasan cikgu kat meja batu depan asrama lelaki tu, menonong je berjalan nak masuk dewan asrama tak pandang kiri kanan.. sekali kena panggil dengan nama penuh terkezut terus.. kihkihkih.. ๐Ÿ˜

asrama badlishah

Selepas sesi taklimat dan pendaftaran berlangsung, masa untuk angkut segala mak nenek naik asrama.. dah besar renjong ni mama husna hanya tolong pasangkan cadar dan buat apa yang patut sesikit jelaa untuk adik, lain tu dya punya pasal.. hahaha..

Akak dya lagi tak rajin nak tolong, sebab benda-benda macam ni kena ambek masa duduk mengadap sengsorang, pikir nak susun atur lagumana.. ye dak? Kalau kalut-kalut tak dak pasai laa dya nak jadi.. waktu lapang memang seronok susun atur barang, dan dan idea pon sampai..

gambar throwback, adik sejenis tak suka bergambar..  

Selesai simpan barang, tiba masa untuk angkat kaki dan balik.. sebab nak ke tempat lain pulak nak selesaikan seperkara lagi.. selesai je satu hal tu, sebelum balik singgah makan dulu, perut memasing dah bergurindam berseloka kemain.. ๐Ÿ˜ฃ


husna macam biasa laa mesti pesan kuew teow bandung.. merata pergi kalau tak dak selera dengan western, mesti pilih si kuew teow bandung ni.. paling seronok, kalau dapat kuew teow bandung yang jenis telur kuning sebijik kat dalam masih cair, separuh masak laa makna kata.. ya allahhh, rasa macam sayang je nak usik taw! hahahaha.. 




p/s–orang jauh suka sangat panggil kita ni budak sekolah sebabnya masih belajar lagi.. ๐Ÿ˜’



Till then! See ya~