Showing posts with label husna bebel. Show all posts
Showing posts with label husna bebel. Show all posts

Tuesday, November 26, 2019

Singapura atau Australia - Rancang Perjalanan Anda


Assalamualaikum, hai hampa!


Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan ceria seperti selalunya. 💕

Cuti sekolah dah pun bermula, husna percaya masa sekarang ni laa mak ayah sibuk nak pilih tarikh untuk bawak anak-anak keluar bercuti kan. Menurut sumber, bercuti mampu meningkatkan kesihatan fizikal anak-anak dan seterusnya membantu perkembangan minda mereka. Terpulang sama ada tempat yang dekat mahupun jauh, luar bandar atau dalam bandar sekalipun.

Dan kebanyakan mak ayah mesti dah rancang awal setiap tahun kan, lagi-lagi jika ianya melibatkan perjalanan yang jauh. Bagus sebenarnya kalau dapat rancang awal, sekurang-kurangnya kita dapat tentukan segala perkara asas yang melibatkan tempat tersebut. Pesyen husna kalau nak pergi tempat orang mesti nak kena ambil tahu serba sedikit mengenai tempat yang husna rancang nak pergi tu.

Biasanya husna suka survey dekat Traveloka. Mudah sebab dekat sini ada pelbagai jenis servis yang ditawarkan, bermula daripada flight, hotel, airport transfer dan pelbagai aktiviti pun turut tersedia. Kita cuma kena pandai pilih dan bandingkan saja.

Ada dua tempat menjadi pilihan husna, pergi bercuti ke Singapura menggunakan Singapore Airlines flight atau Australia menggunakan Jetstar flights. Nak bercuti ke negara yang nilai mata wang nya tinggi nih kita kena berangan je dulu sambil survey buat persiapan apa yang patut. Pemilihan tarikh yang sesuai juga memainkan peranan yang sangat penting, sebab tu kena rancang awal.

Singapore
Sumber: google.com
Singapura

Negara yang sangat terkenal dengan industri pelancongannya. Sekarang nih dah ada banyak cara nak ke Singapura selain flight, sama ada naik bas ataupun pandu sendiri. Semua kemudahan pun ada kelebihan dan kekurangannya, yang penting tertakluk kepada bajet masing-masing dan bagaimana cara kita merancang percutian tersebut. 

Buat mereka yang mempunyai bajet yang terhad, Singapura bukanlah semata-mata mengenai Universal Studio saja, ada beberapa tempat menarik dan jimat yang turut boleh dilewati ketika disana. Antaranya Marina Bay, Esplanade – Theatres on the Bay, Merlion Park – The Iconic Statue, Fountain of Wealth dan China Town untuk membeli-belah.

Fountain_of_Wealth
Sumber: google.com
Kebanyakan tempat di Singapura ini adalah sangat sesuai untuk bergambar dan bercuti secara santai. Walaupun husna rasa sedikit terganggu dengan nilai mata wangnya yang tinggi tapi kalau kita usaha dan bijak merancang mungkin kita boleh bercuti dengan tenang dan seronok. Malah boleh penuhkan galeri dengan gambar-gambar yang cantik.

Sydney_Opera_House
Sumber: google.com
Australia

Ini lagi satu negara tumpuan pelancong, tapi Australia ni semestinya lebih besar kalau nak dibandingkan dengan Singapura tadi. Penting untuk kita kenal pasti tempat yang kita nak tuju dan aktiviti apa yang kita nak buat sepanjang percutian. Hal ini kerana, setiap tempat seperti Perth, Sydney ataupun Melbourne mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Tetapi sebelum tu kenalah pastikan visa kita dah lulus terlebih dahulu. Bukan apa, husna rasa kesian dan naya kalau sesiapa yang dah beli tiket flight dan buat tempahan hotel tapi akhirnya visa tak diluluskan. Nangis tak berlagu tuu. Sebab tu pentingnya merancang dekat sini, terutama untuk negara-negara yang memerlukan visa macam Australia.

Blue_House_Boat
Sumber: google.com

Pesyen husna memang kena rancang dulu, tak dapat banyak, sikit pon cukup. Sebab husna tak suka bila percutian atau short escape tu jadi percutian yang sia-sia, tak dak arah nak dituju. Dan mungkin bagi sesetengah orang mereka lebih suka santai, lebih suka kejutan, redah je kat mana-mana selagi boleh. Biasalah setiap orang kan tak sama, memang laa rambut sama hitam tapi hatinya lain-lain tau.

Banyak lagi tempat yang menarik sebenarnya, tapi tak mampu husna nak senaraikan semuanya. Kalau google saja macam-macam tempat dan aktiviti yang keluar. Naik pening, dah laa kita nih cepat rasa teruja, sana nak pergi, itu nak buat, akhir sekali habuk pon tak ada. huhuhu. Jadi sebaiknya rancang perjalanan anda, macam pesanan PLUS Malaysia setiap kali nak balik bercuti kann. Apa pun semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Allahumma Ameen.



Sampai bertemu lagi!
husna zahidi

Saturday, November 02, 2019

Cara Link Akaun Bank Dengan Akaun Tabung Haji


Assalamualaikum, hai hampa! 

Selamat berhujung minggu, dan Salam 2 November. 

Dua tiga hari lepas sebenarnya husna ada urusan dengan Tabung Haji (TH), macam urusan besar duit juta-juta pulak kan hehee tak dak lah, urusan biasa ja, keluar masuk duit je pon.

husna baru dapat tau yang sebenarnya kita dah tak payah susah-susah lagi nak ke kaunter untuk urusan keluar masuk duit TH. yelaa sebab dulu kan apa-apa urusan mesti melalui kaunter. lepas ni hanya perlu withdraw kat ATM yang berhampiran je, ikutlah memana akaun bank yang hampa ada. 


buku_tabung _haji

Urusan Tabung Haji (TH) dah Tak Guna Buku

Kata pegawai TH tu lagi, hampir 6 bulan dah kot, Buku Kuning TH tu dah tak diguna pakai. tapi boleh je kalau nak mohon untuk kemaskini akaun, manalah tau tetiba rasa macam tak pasti berapa baki jumlah dalam akaun. nanti pegawai TH tu akan cetak atas Slip Simpanan Wang (warna kuning) atau Slip Pengeluaran Wang (warna biru) bergantung kepada urusan kita selepas tu. 


link_akaun_TH

Cara-cara Nak Aktifkan Kad Bank CIMB dengan Akaun Tabung Haji (TH)

Lepas dapat taw cara nak link tu terus kami laki bini ke cawangan bank berhampiran. terpulang hampa nak link dengan bank apa, macam husna link dengan akaun bank CIMB. suami pulak, dia link dengan CIMB dan Maybank sekaligus.

1. Masukkan Kad ATM dan No Pin kita
2. Pilih Menu Lain-lain, untuk Pilihan Tabung Haji (TH)
3. Pilih Pendaftaran Akaun TH Sendiri; atau Pilih Link Akaun
4. Masukkan No Kad Pengenalan Pemilik Akaun
5. dan Masukkan No Akaun TH - boleh dapatkan di Buku TH
6. Resit penyata akan keluar memaklum kan bahawa pautan berjaya

Cara Mudah Transfer Duit Tabung Haji Tanpa Perlu Beratur di Kaunter


Hampir setengah tahun husna guna cara mudah ni untuk masukkan duit simpanan di TH. Cara mudah yang dikongsikan tanpa perlu beratur panjang menunggu giliran di kaunter. sekarang ni dah tak perlu risau kalau tak sempat nak curi masa setiap bulan ke TH berhampiran.

Untuk pengguna CIMBClicks. Log in saja dan buat urusan melalui "Pay Bills" CIMBClicks akan mengenakan caj sebanyak RM0.50 setiap transaksi. Bagi husna berbaloi sangat dari nak kena drive pergi pekan, bayar parking dan ambil nombor giliran. kalau nak asing setiap bulan, konon letak tepi nanti satu kali masuk rasa macam tak yakin dengan diri sendiri pulak hehehhe baik masukkan terus.

InshaAllah semoga sama-sama kita istiqamah menyimpan untuk masa hadapan. 


Sampai bertemu lagi!
husna zahidi