Assalamualaikum w.b.t..
Hi, hari ni rasa terpanggil
nak cakap pasal buah hati kesayangan husna dan jugak rakan-rakan blogger, siapa
lagi kalau bukan si sepat ronggeng Nuffnang.. bheheee.. rasanya kalau nak
diikutkan husna ni blogger amatur je, dan masih belum fahami lagi isi hati
Nuffnang ni, aicehh Nuffnang ada hati ke?? tapi tak paa, husna sekadar
berkongsi, dan husna taw ramai jugak yang diluar sana sedang merasa apa yang
husna rasa sebelum ni.. maksudnya kat sini manusia yang baru nak mulakan hidup sebagai
blogger lah, risau kecundang lepas tu merajuk dengan Nuffnang.. sokayy lah,
Nuffnang date je dengan semorang.. ngeheee..

dulu husna jenis blogger yang
hidup segan mati tak mahu, buktinya tengok lah senarai cpuv yang husna dapat
sepanjang dua tahun lepas.. blogger lain kalau campur darab tolak bahagi, dah
berpuluh cpuv mereka.. cisss habaq mai sini siapa yang tak sedih dan cemburu tengok
blogger lain kemain update tiap bulan tiap tahun cpuv tergantung, cpuv menari
tergelek-gelek, cpuv tengah bermadu asmara dengan blog mereka?? boleh kecewa patah hati wooo.. *srooott lap
hinguih*
tapi husna percaya,
perkongsian tu bukan nak menunjuk atau bangga diri tapi untuk menaikkan lagi
semangat manusia macam husna untuk rebut hati degil Nuffnang.. husna mula berblog
hujung tahun 2011, cpuv tahun 2011?? hahaha memang haram lah dya nak lekat, tak
aktif lagi pon waktu tuh.. tak paa sabar, usaha lagi.. masuk je tahun 2012 dan
2013, husna mula fokuskan untuk satu kategori, buat kawan, singgah blog mereka
dan apply tips and tricks apa semua, syukur hasilnya sekarang husna dah boleh
bersama mereka update cpuv yang bertenggek.. ekekekke.. mungkin lepas ni boleh laa merasa income dari blog ni kan, inshaAllah..:)
Tips Berkesan Untuk Dapatkan CPUV, Berdasarkan Pengalaman.
1. Update blog tetiap hari,
kalau rajin sangat 3 ke 4 ketul entry sehari pon tak paa.. sebab waktu nih kita
tengah nak bina trafik, nak tarik pembaca untuk lekat kat blog untuk beberapa
ketika.. kalau pembaca tak baca serentak sekaligus, at least diorang akan
datang lagi lepas tu.. means tak sunyi lah blog tu dari kunjungan pembaca kan..
dan percayalah itu yang blogger otai amalkan selama ni.. ok noted!!
2. Kunjung-mengunjung,
ziarah-menziarahi.. acecee tak sabar nak raya ke cane? :p ini paling penting,
sebab sepanjang husna berblog, pembaca tak kan datang kalau kita tak mula kenal
dan singgah blog mereka.. bukan singgah kosong lepas tu ‘done follow’.. husna
lebih suka yang singgah blog, baca apa yang husna bebel lepas tu tinggalkan
komen, komen pon haruslaa sesuai dengan entry.. inshaAllah slow-slow lepas tu
husna akan jejak balik.. so kat situ dah ada give and take..
3. Hantar tiket kepada
Nuffnang, untuk sedarkan Nuffnang yang blog kita wujud.. biasalaa banyak sangat
kekasih gelap sebab tu tak sedar bhahaaa.. hantar secara berterusan pon tak
paa, tak kisahlah soalan apa pon, berbahasa melayu pon boleh, as soon as possible
Nuffnang akan balas, kekadang siap besertakan tips lagi, baikkan Nuffnang..
muehehehe.. ok jangan lupa sentiasa update survey..
4. Letakkan iklan Nuffnang
mengikut tempat yang disarankan.. jangan risau bukak je site Nuffnang memang
ada tersedia lengkap cara nak pasang iklan kat blog.. sesetengah orang mungkin
bernasib baik, letak iklan kat memana pon tetap Nuffnang pandang.. kita yang
tak bernasib baik nih, kenalah usaha lebih sikit.. kita nak iklan dya mestilah
kita akan cuba sedaya upaya nak tarik hati dya bagi dya nampak sikit usaha kita
tu.. alaaa macam kita bercinta lah, sama je konsepnya.. ngeheee..
ok selesai, husna rasa yang tu je
kot yang selama ni husna buat.. syukur Alhamdulillah berkesan.. yang selebihnya
usaha nak tingkatkan trafik je sebab blog personal ni payah benor nak dapatkan
pembaca tetap.. macam blogger otai sana sini cakaplah, blog personal kena cari
sesuatu yang boleh tarik pembaca.. tak paa slow and steady..:)
Till then!! See ya~♥
p.s-niat husna hanya ingin berkongsi..:) kalau ada terlebih terkurang
bagitaw lah ye..^_^V *peace*