Thursday, March 06, 2014

Shopping Tudung Online di Zalora Malaysia


Assalamualaikum w.b.t..


Leka tengok outfit Felixia Yeap hari demi hari.. semenjak dya dah berubah ni, husna tengok dya makin comel bertudung.. terletak indah  dengan bermacam-macam gaya.. husna tak berapa minat sangat nak menggayakan tudung ni.. kalau boleh nak pergi kelas tu, nak pakai sesimple yang boleh tapi dalam waktu yang sama mestilah nampak cantik.. gile tak cantik?? abang tuff lalu sebelah pon dya tak perasan taw, apatah lagi nak pandang sebelah mata.. :p

Tak dinafikan bahawa, seiring dengan pembangunan yang semakin pesat, fesyen tudung kini pon tak nak kalah.. terdapat dalam pelbagai rekaan dan style yang moden.. dan untuk mendapatkan sehelai tudung yang cantik, tanpa perlu bersungut malas nak keluar shopping, pakwe sibuk tak nak tolong temankan, trafik jem gara-gara sepuluh tiang lampu isyarat sepanjang jalan, amatlah mudah apabila wujudnya koleksi tudung online di laman web ZALORA Malaysia..

Sebagai Malaysia Online Shopping Portal yang terbesar, ZALORA  menyediakan pelbagai koleksi tudung yang selesa dipakai dengan harga yang amat berpatutan.. Lagi menarik kebaboom, kalau dapat tengok banyak warna dan corak dalam satu masa tanpa perlu hadap salesgirl yang kerek asyik ikut bontot pelanggan mana je orang p.. baru syok nak pilih kan..:p

dah berkenan ke?? ^_^

Inginkan sesuatu yang ringkas tetapi bergaya?? hanya perlu tudung bercorak kosong untuk dipadankan dengan blaus atau dress labuh bermotif serta lengkapkan gaya dengan sepasang kasut ballerina.. nah!! kejap je nampak comel.. hehehe..

Sebaliknya, jika ingin sesuatu yang lebih ceria, pakai je sehelai tudung bermotif yang berona ceria untuk dipadankan dengan baju-t lengan penjang berwarna hitam bersama seluar jean kegemaran.. Walaupun dengan hanya memakai baju-t ringkas berona gelap, tak mungkin mamat yang tengah pandu audi tak perasan.. kan??

salah satu rekaan di Zalora 
Apa tunggu lagi?? layari laman web ZALORA sekarang.. dengan melakukan beberapa langkah mudah, tudung cantik anda akan dihantar ke rumah secara percuma!! tak perlu risau kalau tetiba nak tukar fikiran, ZALORA juga  menyediakan perkhidmatan pemulangan percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian.. hebat kan??

Untuk tidak terlepas daripada mengikuti segala tawaran hebat daripada mereka, pastikan anda mengikuti laman web sosial ZALORA di Facebook, Twitter, Instagram dan GOOGLE PLUS hari ini juga.. :)


















p/s- husna sendiri pon dah pernah shopping dengan Zalora!! :D

18 comments:

  1. cantik cantik juga selection yer husna, zalora akak beli baju banyaknya tapi belum try tudung lagi... ok should try then...

    ReplyDelete
  2. wahhhhh..mcm2 produk dah kat zalora tu..
    x pernah shopping kt zalora lagi..heehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. try laa.. zalora selalu utamakan customernya.. segala2nya ada discount.. dahlaa x perlu shipping fee.. :)

      Delete
  3. suka ngan shawl. tapi tak tau la shawl kat zalora tu panjang mana kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang ada provide detail setiap item kak.. try la check!!.. :)

      Delete
  4. Assalammualaikum...husna,

    bestnyer dapat beli online tudung di zalora nie...

    mselim3

    ReplyDelete
  5. lelaki nampak tudung sebagai tudung, perempuan pula tau padanan warna tudung, jenis2 tudung, kat mana nak beli, harga, macam2..hasil perbualan dengan sorang teman.Jom singgah ke blog saya, ada giveaway menarik :)

    http://ridoma.blogspot.com/2014/03/ridoma-giveaway-salun-mata-di-eye-center.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. sama la mcm mana lelaki tengok bola.. husna sbgai perempuan hanya taw itu sbji bola.. :p

      Delete
  6. assalam dik
    sihat ke?
    lama tak singgah.ciksu pin jrg updated blog.huhu

    zalora mmg best.tp ciksu jrng la nak beli online

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam ciksue..
      alhamdulillah husna sihat..:)

      husna ada la 2 or 3 kali beli on9 ni..

      Delete
  7. pha is tak pandai sangat shoping online. sbb x lepas part nk transfer duit.. hehehe
    selamat ber-shoping..

    ReplyDelete
  8. hehehe..husna dulu pon tak berapa teror bab nak transfer duit nih tp bila dah hati ckp nak, degil, bolehkan aje.. :p

    ReplyDelete