Friday, September 04, 2015

Resepi | Kerabu Taugeh dengan Kerang


Assalamualaikum w.b.t..


Hi..

tiga hari lalu merupakan cuti umum sempena Malaysia merdeka kali ke-58, yang tak keluar sambut merdeka buat apa je?? rehat sakan kot?? takpun keluar jenjalan dengan family?? cuti umum kali ni adik-adik husna yang kat asrama tu tak dapat balik, tinggal laa husna dengan yang no 2 tu je sebab kitaorang cuti semester.. tak plan keluar memana sebab abah husna ada keja dengan kengkawan dya.. kendian apa lagi, main memasak jelaa kalau dah semua cuti tak buat apa.. hihihi..

Kerabu

siapa sini suka makan kerabu?? sebenarnya kerabu ni ada memacam jenis dan rasa.. contohnya kerabu sotong, kerabu suhun, kerabu pucuk paku, kerabu udang dan pelbagai lagi lah.. cakap pasal kerabu hurmm menjejes-jejes je air liur.. belum lagi masuk bahagian kerabu pelam, kerabu perut, atau memana kerabu yang terkenal tu pendek kata kalau sebut je dah dapat bayang siap boleh bawak mimpi kalau tak diusahakan.. hihihihi.. parahh..

alkisahnya minggu lepas orang surau tempah hidangan nasi dan lauk daripada mama husna.. katanya ada ceramah bersama ustaz dari Sarawak tapi dah lama tinggal di Kedah.. tempahan untuk 10 orang makan selepas habis ceramah.. okay laa mama husna pon buat gulai udang dengan kacang buncis, kerabu taugeh, ikan kembung dan ikan tamban masin goreng serta ulam petai, kacang kelisa bersama sambal belacan..

dek kerana tak cukup puas merasa kerabu taugeh minggu lepas makanya husna request lagi tempoh hari.. hihihi.. sebenarnya nak buat kerabu ni tak susah pon, asal bahan-bahannya lengkap cukup syarat dah boleh buat dah..

Cara-cara Buat Kerabu Taugeh

kerabu taugeh
bahan-bahan kerabu taugeh


bahan-bahan yang diperlukan:

- taugeh yang dicelur
- isi kerang siap rebus
- kerisik
- asam jawa pengganti asam limau nipis
- santan
- beras yang digoreng keperangan **dikisar sampai hancur**
- cabai melaka, halia, lengkuas, serai, bawang besar **perlu dikisar bersama santan**
- garam dan gula

cara-caranya:


1- selepas dah siap di kisar, rebus, celur semua boleh laa campurkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam satu bekas dan gaul dengan sebati.. kemudian perasakan dengan gula dan garam..


2- dah siap rasa dan berlemak elok boleh lah hidangkan bersama nasi panas.. tanpa sedar tertambah nasi berpinggan-pinggan..kihkihkih :D


Till then!! See ya~