Saturday, November 09, 2019

Review | 2 Layers Multi-Function Electric Cooker (1.7 Litre)


Assalamualaikum, hai hampa! 

Salam Maulidur Rasul 1441H, semoga sihat sejahtera semuanya. 💕

Kalau dah nama kaki shopping tu, duduk rumah ke, duduk luar ke sama jaa. tak keluar pon tetiba ada jaa barang nak dibeli. abang akak posmen pon sampai dah cam, asyik orang yang sama dia kena hantar barang. ehekkk.. 

nak shopping memang laa boleh, tak ada siapa sekat, tak ada siapa larang tapi biasanya husna akan bezakan dulu yang mana kehendak, yang mana keperluan. bukan apa, takut terlajak nanti, pepaham jelaa kann. ehekkk..

tapi disebabkan barang ni memang dah lama dalam wishlist husna dan dalam kategori keperluan, ada bajet je terus masukkan dalam shopping cart, laju betul buat kerja hehehhe. husna beli sebab nak letak electric heating pot ni kat pantry tempat kerja. senang nak panaskan lauk jenis berkuah. 

Alhamdulillah lepas dah kahwin pon masih lagi sibuk dengan bekal, tak pernah lagi keluar makan luar, sebab malas keluar sepasal. Zul pon jenis tak kisah kalau bawak bekal, katanya lagi dia suka. Cumanya kekadang kalau husna tak sempat masak tu, kami akan tapau sesiap on the way nak ke tempat kerja saja. 


periuk_kukus_elektrik

2 Layers Multi-Function Electric Cooker (1.7 Litre)

Kalau dulu orang tengah gilakan periuk doraemon, sekarang trending periuk pelbagai guna ni pulak kot. dekat media sosial pon dah banyak iklan pasal periuk kukus nih. tak tau laa hampa perasan atau tak. buat pelajar untunglaa kalau ada sebijik, senang nak masak makanan berkuah, kukus atau panaskan lauk. tapi kena tengok jugak kampus hampa tu lulus atau tak nak bawak barangan elektrik macam ni, satgi tak pasai kena rampas pulak, nayaa. 


periuk_kukusperiuk_kukus_murah


Satu set pembelian didatangkan dengan penutup kaca, dulang kukus, bekas telur, dan periuk. apa yang menariknya lagi, hampa dah tak perlu cari universal adapter, sebab dah lengkap dengan 3-pin plug. sebelum husna beli ni pon, husna dah survey 4-5 orang penjual, dan kebanyakan periuk ni datang dengan 2-pin plug. ada satu shopper nih, kalau nak mintak adapter boleh, tapi ada extra charge. eh macam tu pulak ye! cari-cari lagi nasib jumpa yang sesuai.

Saiz periuk ni hampa jangan ingat besar macam periuk nasi pulak. saiz dia comel je, 1.7 liter. cukup laa buat syarat untuk 2-3 orang makan. hehehhe.


masak_periuk_kukus

Bila badan rasa kurang sihat, dapat hirup sup panas, memang rasa nikmat dah. Yang ni bekal sebulan yang lalu kot, nampak tak punya lama simpan. ehekk. Bekal singgang ikan kembung, pesyen husna suka letak bawang putih bawang merah dan halia bebanyak. 

Masa ni kali pertama nak cuba periuk kukus pelbagai guna nih. Nampak tak pada gambar di atas, buih-buih putih tu maknanya dia sedang dalam proses nak mendidih. memang sangat cepat dia bertindak balas, sekejap saja dah mendidih menggelegak. 

Alhamdulillah berfungsi dengan jayanya, tapi sampai hari ni husna tak berani nak hentam dia kuat-kuat lagi, cukup lah sebagai alat pemanas. Harga nya pon berbaloi, cuma RM24.36 setelah ditolak diskaun penghantaran dan shopee coins. 




Sampai bertemu lagi!
husna zahidi 

10 comments:

  1. Dah ada sympstom mak-mak dah, sejak kahwin ni, dok review periuk pulak... Hahahha

    ReplyDelete
  2. Best juga ada multifunction cooker ni. banyaklah menu boleh dimasak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau best dapat yang bebetul kualiti punya. baru boleh bawak travel hihiihi

      Delete
  3. Tengok color pun dah cantik sangat-sangat ni. Mudahkan urusan kerja masak masak untuk makon makon heheheh bagus ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada warna hijau dan pink, walaupun hijau adalah warna kegemaran tp takpalah utk periuk kita pilih pink hahahaha

      Delete
  4. sentiasa ada dalam cart tapi tak terbeli haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakk hahaha. tunggu masa yg sesuai ke tu. husna biasanya tak letak dlm cart lagi, save je dulu. kalau letak dlm cart lelama nanti dia boleh hilang sendiri. huhuuhu

      Delete