Assalamualaikum, hai hampa!
Selamat berhujung minggu, dan Salam 2 November.
Dua tiga hari lepas sebenarnya husna ada urusan dengan Tabung Haji (TH), macam urusan besar duit juta-juta pulak kan hehee tak dak lah, urusan biasa ja, keluar masuk duit je pon.
husna baru dapat tau yang sebenarnya kita dah tak payah susah-susah lagi nak ke kaunter untuk urusan keluar masuk duit TH. yelaa sebab dulu kan apa-apa urusan mesti melalui kaunter. lepas ni hanya perlu withdraw kat ATM yang berhampiran je, ikutlah memana akaun bank yang hampa ada.
Urusan Tabung Haji (TH) dah Tak Guna Buku
Kata pegawai TH tu lagi, hampir 6 bulan dah kot, Buku Kuning TH tu dah tak diguna pakai. tapi boleh je kalau nak mohon untuk kemaskini akaun, manalah tau tetiba rasa macam tak pasti berapa baki jumlah dalam akaun. nanti pegawai TH tu akan cetak atas Slip Simpanan Wang (warna kuning) atau Slip Pengeluaran Wang (warna biru) bergantung kepada urusan kita selepas tu.
Cara-cara Nak Aktifkan Kad Bank CIMB dengan Akaun Tabung Haji (TH)
Lepas dapat taw cara nak link tu terus kami laki bini ke cawangan bank berhampiran. terpulang hampa nak link dengan bank apa, macam husna link dengan akaun bank CIMB. suami pulak, dia link dengan CIMB dan Maybank sekaligus.
1. Masukkan Kad ATM dan No Pin kita
2. Pilih Menu Lain-lain, untuk Pilihan Tabung Haji (TH)
3. Pilih Pendaftaran Akaun TH Sendiri; atau Pilih Link Akaun
4. Masukkan No Kad Pengenalan Pemilik Akaun
5. dan Masukkan No Akaun TH - boleh dapatkan di Buku TH
6. Resit penyata akan keluar memaklum kan bahawa pautan berjaya
Cara Mudah Transfer Duit Tabung Haji Tanpa Perlu Beratur di Kaunter
Hampir setengah tahun husna guna cara mudah ni untuk masukkan duit simpanan di TH. Cara mudah yang dikongsikan tanpa perlu beratur panjang menunggu giliran di kaunter. sekarang ni dah tak perlu risau kalau tak sempat nak curi masa setiap bulan ke TH berhampiran.
Untuk pengguna CIMBClicks. Log in saja dan buat urusan melalui "Pay Bills" CIMBClicks akan mengenakan caj sebanyak RM0.50 setiap transaksi. Bagi husna berbaloi sangat dari nak kena drive pergi pekan, bayar parking dan ambil nombor giliran. kalau nak asing setiap bulan, konon letak tepi nanti satu kali masuk rasa macam tak yakin dengan diri sendiri pulak hehehhe baik masukkan terus.
InshaAllah semoga sama-sama kita istiqamah menyimpan untuk masa hadapan.
Sampai bertemu lagi!
husna zahidi ❤
Sekarang dah senang, musim haji lepas ada try transfer duit utk family kat sana, Alhamdulillah mudah...
ReplyDeleteyelaa apa guna kalau teknologi semakin maju tapi kemudahan tak setanding, betul tak
Deletegood sharing
ReplyDeleteterima kasih
Deletekalau yang bekerja, boleh buat potongan gaji bulanan aje
ReplyDeletea'ah tp biasanya kalau loan husna buat direct debit sahaja.
DeleteTerima kasih share. Selalu guna maybank2u cas RM1. Haha CIMB nampak lebih murah. hihi
ReplyDeletehusna pon dapat tau lepas ada org share jugak.
DeleteThank Husna share. Lebih mudah urusan kalau boleh link akaun dengan TH
ReplyDeletesama-sama kak fiza, sangat mudah urusan lepas ni.
Deletegood sharing Husna..skrg ni semua mudah dgn hanya di hujung jari jer kan hehee
ReplyDeleteterima kasih kak fuzy. inshaAllah semoga bermanfaat..
DeleteMmg dok guna online ja masukkan duit dlm tabung haji. . Xpernah lagi la p kaunter TH. .
ReplyDeletedulu sebelum dapat kerja tetap memang husna p kaunter, sekarang ni dah terhad masa memang online saja laa.
Delete