Saturday, November 30, 2013

D’King Mee Udang Banjir, Sungai Petani


Assalamualaikum w.b.t..


Tengah membosan kat rumah sewa, tetiba teringat pengalaman satu family makan di D’King Mee Udang Banjir, Sungai Petani, Sabtu malam tempoh hari.. selalu hari Sabtu memang mood layan Hindustan jer tapi hari ni punya cerita tak best langsung.. jadi ada baiknya husna cerita pasal kejadian minggu lepas..

Maaf lah, kalau cerita yang di sampaikan dah tergolong dalam cerita basi.. actually banyak je cerita basi.. tapi tak kisah lah, husna nak cerita jugak.. muehehehe.. =P

Dua hari sebelum berhenti kerja, dah plan gaji yang husna bakal dapat tu nak belanja family makan makanan western.. tapi macam mana tah, plan tu tak jadi.. yelaa kita hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan.. =)

Pastu teringat satu restoran ni kalau on the way nak balik jer mesti nampak sipi-sipi.. tak taw plak famous.. sebab kedainya macam tersorok sikit.. abah husna ni penggemar mee.. tak kisah lah mee masak apa pon.. mee kuah?? Mee kari?? Mee goreng?? Semua dya suka.. kami satu family pon tak dak yang tak makan mee.. so why not give them a try..

Sabtu lepas, on the way nak hantar husna balik merbok, kami singgah di D’King Mee Udang Banjir.. menu utama kat sini of course la mee udang.. kalau nak makan nasi pon boleh.. hasil laut semua fresh, siap boleh pilih nak yang macam mana dan masak apa.. pintu masuk pon menarik je.. restoran ni bertemakan warna oren.. lagi lah menarik.. =P

elok dah duduk pak cik yang ambil order sampai.. lepas dah order minum semua, kami pesan 6 mangkuk mee udang.. pak cik tu terkejut!! Dya cakap 2 mangkuk cukup kot.. kami makin pelik, banyak sangat ke kalau satu mangkuk tu?? Pak cik tu cakap, dya buat 2 mangkuk.. 1 mangkuk 2 orang makan.. kami yang first time nak try, hanya mampu cakap ok!! Hahaha..

D'King Mee Udang Banjir, Sungai Petani

bila order dah sampai, nah!! Semua terkejut.. siap cakap boleh habis ke kita nih.. hahaha.. nasib baik pak cik tu bijak nak explain dulu kat kami.. kalau tak memang muntah mee la lepas tu.. udang pon kemain besar.. rupanya konsep makan kat sini hidang bebanyak terus, lepas tu agih dalam pinggan lain ye.. =) baru tahu..

D'King Mee Udang Banjir


menu pilihan mee udang special.. udang laut.. RM12 untuk sorang makan.. nak makan udang bela pon boleh tapi time tu stok tak dak nak rasa udang bela..

Alhamdulillah, kenyang semua.. =) lepas ni kalau teringin mee udang besar nak mampos boleh lah singgah lagi.. =D


Till then!! See ya~ 














p/s- rasa kuahnya lebih kurang kuah char kuew teow.. =)


Thursday, November 28, 2013

Blogger's Birthday Segment by Vee Lea


Salam sejahtera!


Segment untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara bloggers :D
For more info + to join, click on the picture :)

*****

Saya dilahirkan pada: 
09 Januari 1993
("\( ^_^ )/")










Tuesday, November 26, 2013

Shopping Di Avon


Assalamualaikum w.b.t..


Sabtu baru-baru ni husna ke Butik Avon, ala tempat jual memacam produk perempuan tu.. selalunya Avon jadi tumpuan buat husna sebab minyak wangi dan private stuffs.. uhuk.. uhuk.. benda lain tak minat sangat..

avon company for woman


Nak dijadikan cerita pada hari tu, yang layan husna is budak lelaki.. adehhh~ resah dah.. tak dak orang lain ke diorang nak kasi kat aku nih.. nak selak catalogue tu pon rasa segan taw.. ini lah kali pertama husna pilih barang cenggitu di temani sales boy.. sebelum ni angkut guna agen je.. kali ni dah tak sempat.. terpaksa tebalkan je muka nih..

Husna terpikir, diorang ni tak segan ke??

Bila balik rumah sewa kat merbok, selepas habis cerita yang ke namplohlapan di ceritakan, baru husna taw yang housemate husna pon berada di situasi yang sama dengan budak lelaki tadi.. dya jaga bahagian perempuan, dan kawan husna plak sebaliknya..

Terkejut husna!! Mula lah nak soal memacam kat dya..

Rupanya dya terpaksa.. masuk kerja plak kat tempat jual baju, memang nasib lah orang atas nak letak kau kat mana.. untung dya tak jumpa customer yang pelik-pelik.. hahaha.. budak lelaki yang kat Avon tu pon husna rasa terpaksa jugak kot.. mungkin dya kerja situ atas sebab-sebab tertentu.. tak pe lah dek, pengalaman.. ke rezeki?? muahahaha..
















p/s- tipu sangat cerita yang ke namplohlapan tuh.. -.-"

Saturday, November 23, 2013

Sesi Melepas Rindu Bersama Mereka


Assalamualaikum w.b.t..


Pagi Jumaat semalam sempat lagi husna dan kengkawan berjumpa.. bertamu di rumah kawan husna, Farhana di Kampung Lindungan Raja, Sedim, Kulim.. kami berempat je yang berkelapangan.. awal rancangan nak berenam, tapi apakan daya lagi dua bertarung dengan komitmen lain..

Seminggu lagi dah plan nak ajak jumpa.. dengan cuaca yang tak menentu sekarang buat kami rasa, jadi ke tak ni?? malam semalam kawan husna, Amalina mesej cakap dya nak plan lokasi ke rumah husna.. sanggup dya dari Serdang drive sengsorang nak ke Sedim.. dah laa singgah ambil husna lagi.. perjalanan tu ambil masa lebih kurang sejam jugak laa.. akhirnya ketemu jugak semua.. syukur~ =)

precious moment

bila dah memasing sambung belajar, peluang nak berjumpa semula sangat la tipis.. jadi bila dah ada waktu yang boleh consider sesuai, memang patot ajak berjumpa.. dah la cuti tak sama.. so memain curi jelaa waktu yang ada..

bukan tak nak soal khabar dari jauh melalui fon atau media lain tapi serius rasa tak puas.. bagi husna lebih baik bersemuka dan sembang lah kau sampai ke lewat petang pon tak pa.. hehehe.. lewat malam tak boleh.. anak dara tak elok balik lewat malam.. =P


walau tak bersua, doaku sentiasa bersamamu wahai sahabat..



Till then!! See ya~ 











p/s- ada jugak yang dah lost contact.. =(

Wednesday, November 20, 2013

Simple GA - 3D Puzzle


Assalamualaikum w.b.t..




so far, tak pernah lagi beli atau buat kat mana-mana.. selalu je nampak kat kedai tapi tak teringin nak beli.. kali ni join giveaway, inshaAllah kalau bertuah boleh cuba.. nak taw jugak susah ke tak?? =)




tarikh tutup : 29 November 2013 - pukul 12 tengah hari 








Monday, November 18, 2013

Misteri Kehilangan di Villa Nabila


Assalamualaikum w.b.t..


hari ni selesai jer buat apa yang patut, ambil laptop nak online, terpampang cerita pasal Villa Nabila di timeline facebook mahupun twitter.. kecoh sana sini pasal misteri kehilangan 23 individu di Villa Nabila, yang untuk makluman terletak di Johor Bahru, Johor.. 

Villa Nabila
sumber: google

actually husna pon baru taw kewujudan Villa Nabila nih.. nama sedap kemain.. dan rupanya cerita pasal Villa Nabila nih dah lama..  dah lebih setahun.. bila tengok gambar, villa tu tak nampak macam rupa bentuk villa dah.. tumbuhan hutan meliar sana sini.. husna dapat bayangkan Villa Nabila ni mesti cantik dulu.. tapi sayang di tinggalkan dan terbiar macam tu sahaja..

curious nak tahu cerita di sebalik Villa Nabila nih!!


nak view gambar Villa Nabila??

cerita sebenar dakwaan kehilangan 23 individu di Villa Nabila klik sini 


tengah view gegambar tadi teringat novelis Ramlee Awang Murshid (RAM), dan terus terpikir kalau dya buat novel singkap cerita pasal Villa Nabila nih mesti best kan.. tak tunggu lama dah, sekarang jugak pergi beli.. =D



Till then!! See ya~ 










p/s- beli sebijik letak nama Villa Husna plak.. LOL~ 

Sunday, November 17, 2013

Link or Unlink Page to Twitter


Assalamualaikum w.b.t..


Semenjak ada dua akaun yang memerlukan update terkini, facebook page dan twitter, husna rasa susah benor nak handle.. walhal update di twitter dan fan page sama saja.. jadi untuk tidak membuat kerja berulang kali, husna link kan saja fan page dengan twitter.. jadi dedua akaun dapat update dengan serentak tanpa perlu sesibuk copy paste.. hehehe..

Mesti ramai yang dah taw kan?? Husna je ketinggalan zaman berbatu-batu.. -.-" yelaa baru sekarang rasa macam nak link page dengan twitter.. pada yang tak taw tu meh sini husna tunjuk..


1. Sign in twitter dan facebook 


link page to twitter

3. klik link a page to twitter seperti yang bertanda bulat oren dalam gambar


link page to twitter

jelas tersenarai facebook page yang kita urus..

4. hanya perlu klik link to twitter 

link page to twitter

lepas tu pepandai la adjust setting yang tersenarai tu ye!! =)

and by the way, kalau nak unlink balik, 
just klik unlink from twitter macam tertera dalam gambar.. 


goodluck!! ^_^






Credit : digitalfireflymarketing.com









p/s- hati resah gelisah..

Tuesday, November 12, 2013

Utusan Buat Para Bloggers


Assalamualaikum w.b.t..


hye semua!! baru lepas makan tengah hari?? tak taw nak buat apa?? 
come join this contest!!




anda ada blog atau tidak?? peduli plak semua tu.. apa yang penting, anyone yang suka menulis ataupun mengarang, lelagi ayat-ayat jiwang karat nak mati , disarankan untuk anda cabar diri masuk contest #DetikTerindah ni.. mudah je.. 


contest #DetikTerindah


jangan di tanya lah pasal hadiah.. kalau rezeki cerpen anda terpilih, nahhh, berjujuran air mata patploh takung bawak balik RM5000.. 

contest #DetikTerindah


menarik kan?? tunggu apa lagi.. mulakan langkah di sini bit.ly/17jaADC
tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.. =)



Till then!! See ya~ 









p/s- serius penat~ 

Saturday, November 09, 2013

Santai Malam Minggu Dengan Bowling


Assalamualaikum w.b.t..


Dah tiga hari SPM bermula, husna baru nak update perihal yang berkaitan SPM ni.. Jumaat malam minggu lepas, abah bawak kami pergi main bowling kat Landmark Kulim atau gelaran biasanya Giant.. walhal Giant tu kat dalam Landmark.. tak dak kena mengena dengan tempat main bowling pon.. -.-"
 
bowling time
ini yang bongsu harap maklum 

Ini bukan kes santai hujung minggu bersama family, atau mungkin ya, tapi sebenarnya lebih kepada menunaikan permintaan adik husna yang no 2 tu.. konon nak lepaskan tension lah sebelum mulanya peperangan di dewan nanti.. ye, adik husna calon SPM by the way..

tapi dua hari sebelum tu dya demam dan tibanya hari nak pergi main, demam dya still tak kebah.. dah rancang kan, mungkin rezeki dya tak dak nak main.. hanya mampu tengok je malam tu.. itupun gigih la jugak pegang sekali dua nak rasa..

bowling time


kami yang sihat ni apa lagi, harus tak lepas peluang.. hehehe.. nak di jadikan cerita malam tu memang full house.. ada yang siap booking.. kiri kanan ada orang, yang siap tunggu turn pon ada.. dah la memasing first time pegang bola bowling.. memacam adegan terjadi.. siap bola terlepas ke belakang.. aisehhh.. gelak sakan kami control malu.. hahaha.. :D

tapi apa yang paling penting masa kami sesama family terisi.. jarang dapat peluang macam ni, so bila dah dapat memang patut all out lah.. =)



Till then!! See ya~ 










p/s- dapat kerja!! tetiba.. -.-"

Thursday, November 07, 2013

Keyword Minggu Ini | Lempeng Susu


Assalamualaikum w.b.t..


resepi lempeng susu


Saja gegodek nuffnang, usha keywords minggu ni terpampang plak resepi lempeng susu.. eh rasa macam pernah baca resepi ni, tapi kat mana ya?? o.O?

Pastu teringat, semalam ada melawat tiffinbiru.com dan secara kebetulan che mat update pasal lempeng susu cair.. rasanya awak yang mencari resepi lempeng susu nih salah blog kot.. hehehe.. husna pernah buat lempeng tapi tak melibatkan susu dan seingat husna, belum lagi resepi lempeng masuk sini.. hehehe..

Kalau nak jugak boleh terjah tiffinbiru.com.. kat situ bukan resepi lempeng je, nenek lempeng pon ada taw.. =P


Till then!! See ya~ 









p/s- kalau di beri pilihan, party yang macam mana korang suka?? http://bit.ly/1cEePRX


Wednesday, November 06, 2013

Saya Memang Bukan Robot


Assalamualaikum w.b.t..


Setiap kali bila nak blogwalking, benda macam ni la buat husna risau.. risau diri tak sabar dari menekan butang pangkah.. tutup terus tanpa meninggalkan jejak..

word verification


Husna merungut hal ni kat twitter, ada akak tu reply, kadang jenuh dya nak buktikan bahawa dya bukan robot sampai patlimanam kali.. yelaaa, kalau tak tilik bebetul huruf dengan nombor kat situ memang tak dak la jejak.. husna plak cukup la sekadar dua kali try, lepas tu kalau tak boleh jugak konfem husna tutup.. mohon ampun!!

Jadi untuk mengelakkan perkara kejam sebegini berulang apa kata, anda yang masih setia dengan word verification tu buang je.. setidak-tidaknya, boleh mengurangkan kerisauan beta.. mehmehmeh..

word verification
1. buka dashboard --> settings 

word verification
2. Pilih posts and comments  

3. Scroll sampai jumpa show word verification --> pilih No 
4. Dan jangan lupa save setting ye.. =)


Kadang ada blogger yang tidak tahu bahawa dya menggunakan  word verification untuk komen.. selalunya blogger yang baru nak berblog.. jadi kita yang taw ni patut tegur.. baru boleh reramai tinggal jejak.. ngehngehngeh.. =D

word verification

 one of my feedback lepas blogwalking hari tu ^_^



Till then!! See ya~ 









p/s- ehem.. ehem.. dah cuba dapatkan sample untuk produk best ni?? bit.ly/1cDoHLO


Friday, November 01, 2013

New Stocks Available!!


Assalamualaikum w.b.t..

Semenjak menganggur selama satu bulan lebih ni, husna ter'involve' kan diri dalam online business pulak.. hanya part time sambil belajar.. mungkin boleh tambah duit poket.. inshaAllah rezeki usaha masing-masing kan.. ada lebih boleh la turut sama merasa.. =)

Jadi husna nak tempek iklan kejap kat sini buat tontonan semua ye.. boleh cuci mata sekali.. muehehe..


Joint Color Chiffon Jubah With BeltJoint Color Chiffon Jubah With Belt

Joint Color Chiffon Jubah With Belt
RM 65 free postage
Measurement:
Size L: Length: 142cm Bust: 96cm Sleeve: 60cm Shoulder: 38cm
Material : Pearl Chiffon With Full Silk Inner Lining




Quality Joint Color Chiffon JubahQuality Joint Color Chiffon Jubah


Quality Joint Color Chiffon Jubah
RM 65 free postage
Measurement:
Size M : Length: 140cm Bust: 92cm Waist: 60-90cm Shoulder: 36cm Sleeve: 60cm
Size L: Length: 142cm Bust: 96cm Waist: 62-92cm Shoulder: 38cm Sleeve: 61cm
Material : Pearl Chiffon With Silk Full Inner Lining 



Banyak lagi pilihan warna di HZ’s Houseshop..
Dan sebarang soalan boleh pm husna taw.. jangan malu jangan segan.. aicehhh~ :3









p/s- syukur~ =)

Anugerah Top Commentators Oktober 2013


Assalamualaikum w.b.t..

Hye semorang!! Mata kite dah berat nih tapi gagah sibuk nak taip jugak.. muehehe.. dah lama sangat tak buat anugerah top commentators lepas tu tetiba rasa macam nak muncul balik.. hampeh betol la kite nih.. tak sepakat membawa berkat langsung.. >.<

Mungkin ada yang perasan dan ada yang tak.. bilangan entry kite setiap bulan tak konsisten sikit pon.. rujuk past & present.. dan jarak antara anugerah top commentators kali ni dengan yang lain sangat la jauh.. 3 purnama kot.. tak taw la mana hilang perasaan waktu tuh nak taip entry precious ni..

Anyway, terima kasih buat anda yang tak peputus singgah di blog husna ni.. sama ada yang tersenarai dalam kotak bawah ni atau pun tidak.. Hargai sesangat.. tanpa kalian, blog ni tak mampu hidup lama pon.. tepuk tangan sikit!! Acewahhh~ :D

top commentators


Terpapar di sini mereka, jejari yang rajin komen sampai tersenarai dalam top commentators.. tahniah!! Kite dah masukkan awok dalam bloglist top commentators.. (“\( ^_^ )/”)

Kalau free boleh la terjah rumah mereka.. =) bersua kenal mungkin.. 
  1. Wirda Amir
  2. Qasehnya Rania
  3. Puan Kutu
  4. Ayie Abas
  5. Shakira Pathi
  6. Encik H
  7. Wantie
  8. Hanif Idrus
  9. Nanieybarnieylurviey
  10. Shiela Salim



Till then!! See ya~ 









p/s-result dah keluar.. -_-