Showing posts with label awak patut tahu. Show all posts
Showing posts with label awak patut tahu. Show all posts

Wednesday, May 27, 2020

Maybank QRPay Tawarkan Rebat Tunai 20% di PG Mall



Assalamualaikum w.b.t

Hai hampa! ❤️
Semoga sihat sejahtera buat semuanya. Lamanya Husna tak bersiaran. Teringin nak aktif macam dulu balik, sekurang-kurangnya 2-3 post setiap bulan. Tapi ada beberapa kekangan yang buat Husna tangguh dulu sekejap, kita fokus pada tugas yang hakiki saja dulu.

Terlebih dahulu, sebelum terlambat Husna dan Seisi keluarga nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua umat Islam yang merayakannya. Siapa sangka tahun ni kita sambut Aidilfitri dengan cara yang baharu yang bakal menjadi kebiasaan, yang mana salah satunya, kebersihan dititikberatkan.

Kalau dulu kita tak pandai nak selindung bila batuk atau bersin, sekarang kita dah terbiasa. Kalau dulu jumpa anak orang main tenyeh je hidung dia dengan hidung kita tanpa rasa bersalah, sekarang kita dah pandai hormat mak pak dia. Kita dah semakin berjaga-jaga dengan kebersihan diri kita sendiri. Alhamdulillah, ada hikmahnya.

Banyak sebenarnya kalau nak dihuraikan, tapi bukan itu motifnya Husna muncul hari ni. Sebabnya ada isu yang lagi penting Husna nak kongsi dengan hampa.

Maybank QRPay Tawarkan Rebat Tunai Sebanyak 20% di PG Mall


PGMall_eCommerce_Platform

Apa itu PG Mall?

PG Mall adalah platform e-dagang tempatan No. 1 di Malaysia, yang dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. dan disokong penuh oleh Kumpuan PG. PG Mall telah ditubuhkan sejak tahun 2017, bertujuan untuk menghadirkan platform perniagaan yang boleh dipercayai untuk para peniaga dan seterusnya kepada para pembeli.

Untuk pengetahuan, menerusi laporan iPrice Insight, PG Mall sebenarnya berada di kedudukan ke-3 teratas yang menjadi pilihan para pembeli atas talian selepas Shopee dan Lazada. Seperti di laman yang lain juga pembeli di PG Mall ditawarkan pelbagai pilihan produk mulai dari elektronik, fesyen, buku, kelengkapan rumah, makanan dan minuman, alatan sukan dan riadah, kelengkapan bayi, kesihatan dan kecantikan, dan sebagainya.

iPrice_Insight

Maybank QRPay Cashback

Istimewa buat pelanggan Maybank, PG Mall menawarkan Rebat Tunai Sebanyak 20% buat mereka yang membeli-belah atas talian dengan menggunakan Maybank QRPay.

*Tertakluk pada terma dan syarat.
  • Diskaun 20% terhad pada RM20 dengan perbelanjaan minimum RM30
  • Penggunaan sebanyak 2 kali selama promosi berlangsung
  • Tempoh promosi 04 Mei 2020 – 26 Jun 2020
  • Durian runtuh: 2 kali x RM20 = RM40 bagi setiap akaun Maybank untuk shopping di PGMall.
Maybank_QRPay


Konsep ConsuMerchant

Bukan itu sahaja, PG Mall turut menghargai para pelanggannya dengan memperkenalkan Konsep ConsuMerchant, yang mana para pembeli ni layak untuk “Forever Cashback” sehingga 3.5% dengan hanya Shop, Share and Earn.

Sangat mudah! Caranya kita cuma perlu membuat pembelian atas talian di PG Mall, kongsikan pengalaman dan dapat ganjaran setelah pengguna yang lain berjaya daftar keluar (check out) menggunakan pautan yang dikongsikan.
PGMall_Cashback
Peratusan rebat tunai bergantung pada kedudukan pembeli - Super Shopper, Premium Shopper dan Elite Shopper. Senang cerita lagi banyak kita membeli-belah di PG Mall, lagi tinggi peluang tersebut. Klik pautan Konsep ConsuMerchant untuk maklumat lanjut ya.

Jom Shopping di PG Mall! Siapa je yang tak suka cashback betul tak. Kebanyakan dari kita kalau boleh nak membeli sambil berjimat. Apa tunggu lagi, sangat berbaloi bagi mereka yang suka sangat membeli-belah atas talian, lagi-lagi di musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini. Masing-masing belum berani sepenuhnya untuk keluar rumah kan. Stay safe Everyone!


Untuk maklumat lanjut mengenai PG Mall, boleh layari laman tersebut:

Website: www.pgmall.my
Facebook: PGMall Official
Instagram: PGMall.my


#PGMall #OnlineShopping #Shopping #MalaysiaNo1ECommercePlatform #ECommercePlatform #MaybankQRPayCashback #Maybank2u #Maybank #ShopOnline #ShopFromHome





Saturday, November 02, 2019

Cara Link Akaun Bank Dengan Akaun Tabung Haji


Assalamualaikum, hai hampa! 

Selamat berhujung minggu, dan Salam 2 November. 

Dua tiga hari lepas sebenarnya husna ada urusan dengan Tabung Haji (TH), macam urusan besar duit juta-juta pulak kan hehee tak dak lah, urusan biasa ja, keluar masuk duit je pon.

husna baru dapat tau yang sebenarnya kita dah tak payah susah-susah lagi nak ke kaunter untuk urusan keluar masuk duit TH. yelaa sebab dulu kan apa-apa urusan mesti melalui kaunter. lepas ni hanya perlu withdraw kat ATM yang berhampiran je, ikutlah memana akaun bank yang hampa ada. 


buku_tabung _haji

Urusan Tabung Haji (TH) dah Tak Guna Buku

Kata pegawai TH tu lagi, hampir 6 bulan dah kot, Buku Kuning TH tu dah tak diguna pakai. tapi boleh je kalau nak mohon untuk kemaskini akaun, manalah tau tetiba rasa macam tak pasti berapa baki jumlah dalam akaun. nanti pegawai TH tu akan cetak atas Slip Simpanan Wang (warna kuning) atau Slip Pengeluaran Wang (warna biru) bergantung kepada urusan kita selepas tu. 


link_akaun_TH

Cara-cara Nak Aktifkan Kad Bank CIMB dengan Akaun Tabung Haji (TH)

Lepas dapat taw cara nak link tu terus kami laki bini ke cawangan bank berhampiran. terpulang hampa nak link dengan bank apa, macam husna link dengan akaun bank CIMB. suami pulak, dia link dengan CIMB dan Maybank sekaligus.

1. Masukkan Kad ATM dan No Pin kita
2. Pilih Menu Lain-lain, untuk Pilihan Tabung Haji (TH)
3. Pilih Pendaftaran Akaun TH Sendiri; atau Pilih Link Akaun
4. Masukkan No Kad Pengenalan Pemilik Akaun
5. dan Masukkan No Akaun TH - boleh dapatkan di Buku TH
6. Resit penyata akan keluar memaklum kan bahawa pautan berjaya

Cara Mudah Transfer Duit Tabung Haji Tanpa Perlu Beratur di Kaunter


Hampir setengah tahun husna guna cara mudah ni untuk masukkan duit simpanan di TH. Cara mudah yang dikongsikan tanpa perlu beratur panjang menunggu giliran di kaunter. sekarang ni dah tak perlu risau kalau tak sempat nak curi masa setiap bulan ke TH berhampiran.

Untuk pengguna CIMBClicks. Log in saja dan buat urusan melalui "Pay Bills" CIMBClicks akan mengenakan caj sebanyak RM0.50 setiap transaksi. Bagi husna berbaloi sangat dari nak kena drive pergi pekan, bayar parking dan ambil nombor giliran. kalau nak asing setiap bulan, konon letak tepi nanti satu kali masuk rasa macam tak yakin dengan diri sendiri pulak hehehhe baik masukkan terus.

InshaAllah semoga sama-sama kita istiqamah menyimpan untuk masa hadapan. 


Sampai bertemu lagi!
husna zahidi ❤