Assalamualaikum w.b.t..
Jitra, Mei 28, 2020 – Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar
akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling
percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti
pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru.
Inisiatif pantri makanan
#AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara
kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu
komuniti setempat yang memerlukan.
Sebagai contoh, di Kedah, Pusat Jagaan Insan
Kesayanganku di Taman Mahsuri meneraju usaha membantu komuniti setempat
ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.
“Kami bimbangkan kebajikan
sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami
sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah
menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam
Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan
mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok
rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan
gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami
gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Pusat Jagaan Insan Kesayanganku, Puan
Yusnita Mohd Yusuf.
Pantri kalis cuaca ini
dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat
dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar
maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial
dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini
diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.
“Kami menghantar khidmat
pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk
bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang
memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan
kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak
ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan
bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang
mulia dan sikap murah hati,” kata Puan Yusnita.
Respon terhadap inisiatif ini
amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna,
kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan
penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli
komuniti.
“Kami menemui beberapa item
yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma,
susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita
itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini
amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia,
sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini
membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah
beliau.
Menerusi program Tanggungjawab
Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah
menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal,
seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524
buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.
Tahun ini jenama tersebut
membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah
rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan
Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak
lagi organisasi dan komuniti.
“Covid-19 telah mengubah sama
sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care
Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil
daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan
kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan
penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep
pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran
kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus
Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.
Kakitangan Ayam Brand™ turut
sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat
manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama
dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut.
“Kami menghantar senarai
barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai.
Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada
kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan
lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh
membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang
tinggal di kawasan projek pantri ini.
Pantri makanan #AyamWithYou
terletak di No 852, Taman Mahsuri (Jasmina) 06000 Jitra, Kedah. Jadilah
sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai
inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my. ❤️
Alhamdulilah, moga dengan usaha murni ini lebih ramai yang datang meyumbang, so lebih ramai yang datang memerlukannya...
ReplyDeleteSatu usaha yang murni
ReplyDeletetest
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletememang program yang sangat bagus
harap diteruskan lagi