Saturday, May 31, 2014

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih


As-Salam


[Siala nak join sila tekan banner di atas]


Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik .


p/s- tarikh tamat pada 17.06.2014 sebenarnya..:)










Wednesday, May 28, 2014

Wordless Wednesday #44


Assalamualaikum w.b.t..






sempat lagi diorang buat macam nih.. -.-
ragam twitter.. hehehe..















Mencari Dress Labuh Untuk Digayakan??


Assalamualaikum w.b.t..


Selamat tengah hari!! dah makan?? husna belum lagi tengah tunggu adik balik keje kejap, lepas tu baru makan sesama.. eh awak semua, husna nak beriklan kejap tetengah hari nih.. special dari HZ’s Houseshop.. 

mana taw ada yang mencari dress labuh untuk di sarungkan pergi kenduri, majlis tunang, sambut birthday, majlis akikah mahupun jenjalan pergi shopping.. tak cari lagi, tengok dulu pon tak pe.. buat cuci mata, sekali kan cuci purse/wallet.. baru dapat gaji kan?? opss hehehe..:p

Measurement:
Size M: Length: 140cm Bust: 96cm Waist: 82cm Shoulder: 38cm Sleeve: 59cm
Size L: Length: 142cm Bust: 100cm Waist: 86cm Shoulder: 39cm Sleeve: 60cm
Size XL: Length: 143cm Bust: 104cm Waist: 90cm Shoulder: 40cm Sleeve: 61cm
Material: Chiffon With Full Silk Inner Lining
Description: Side Zip


Measurement:
Size M: Length: 140cm Bust: 96cm Waist: 82cm Shoulder: 38cm Sleeve: 59cm
Size L: Length: 142cm Bust: 100cm Waist: 86cm Shoulder: 39cm Sleeve: 60cm
Size XL: Length: 143cm Bust: 104cm Waist: 90cm Shoulder: 40cm Sleeve: 61cm
Material: Chiffon With Full Silk Inner Lining
Description: Side Zip


Measurement:
Size M: Length: 140cm Bust: 96cm Waist: 82cm Shoulder: 38cm Sleeve: 59cm
Size L: Length: 142cm Bust: 100cm Waist: 86cm Shoulder: 39cm Sleeve: 60cm
Size XL: Length: 143cm Bust: 104cm Waist: 90cm Shoulder: 40cm Sleeve: 61cm
Material: Chiffon With Full Silk Inner Lining
Description: Side Zip


Measurement:
Size M: Length: 140cm Bust: 96cm Waist: 82cm Shoulder: 38cm Sleeve: 59cm
Size L: Length: 142cm Bust: 100cm Waist: 86cm Shoulder: 39cm Sleeve: 60cm
Size XL: Length: 143cm Bust: 104cm Waist: 90cm Shoulder: 40cm Sleeve: 61cm
Material: Chiffon With Full Silk Inner Lining
Description: Side Zip


Measurement:
Size M: Length: 140cm Bust: 96cm Waist: 82cm Shoulder: 38cm Sleeve: 59cm
Size L: Length: 142cm Bust: 100cm Waist: 86cm Shoulder: 39cm Sleeve: 60cm
Size XL: Length: 143cm Bust: 104cm Waist: 90cm Shoulder: 40cm Sleeve: 61cm
Material: Chiffon With Full Silk Inner Lining
Description: Side Zip



ada banyak lagi pilihan warna dan design.. kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh contact husna di:
atau facebook husna..:)


Till then!! See ya~  















Tuesday, May 27, 2014

Review Blog Top Commentators | Blog Langkah Kaki Kanan


Assalamualaikum w.b.t..


rata-rata yang melawat husna punya blog, dan husna pon turut singgah kembali adalah yang berkeluarga.. husna suka baca pengalaman orang yang ada keluarga ni.. ada banyak sebab sebenarnya.. tapi sebab yang paling utama, mestilah pasal si kecil.. ngeh ngeh ngeh..

tetiba teringat pendapat pak saudara husna yang nak sepupu tinggalkan anak dya yang baru lahir tu kat mak dya.. alasan sebab tinggal jauh, tak de siapa nak jaga anak dya kat sana.. sepupu kerja as dietitian kat hospital johor, suami kat kedah.. nak jumpa balik lepas transfer, itupon dalam masa dua tahun.. ya allah, walau terdesak macam mana sekalipun janganlah tinggal.. rugi tersangat rugi, dalam tempoh dua tahun tu memacam perangai dan keletah dya kita boleh belajar.. sayang lah kalau tak dapat nak hadapi semua tuh.. :( lagipon anak kan amanah Allah.. :)


cukup membebel sampai situ, sambung topik asal.. husna nak review blog akak shidasyakirin.. tapi termukaddimah sampai dua perenggan.. -.- pemilik blog Langkah Kaki Kanan, seorang isteri dan ibu.. mempunyai sorang anak kecik yang comel.. 

akak shida nih selalu kongsi pasal clearance warehouse untuk baby dan kanak-kanak yang berlangsung kat memana.. bila dah ada clearance, mestilah akan ada sales.. tidakkah itu akan menganggu gugat hati dan biji mata yang pantang tengok sales?? hahaha yang belum jadi mak budak pon sibuk nak teruja membaca.. :p

kekadang ada jugak kak shida kongsi pasal tips.. dan kalau nak lebih cerita, wajiblah terjah blog kak shidasyakirin..("\(^_^)/")

eh dah dapatkan tiket free ke South Korea?? kalau belum, boleh dapatkan di SINI..


Till then!! See ya~  















Saturday, May 24, 2014

Bubur Kacang Hijau Menu Minum Petang


Assalamualaikum w.b.t..


bubur kacang hijau

menu minum petang tadi.. perancangan pada awal mulanya, rebus kacang hijau semalam untuk buat  kopau (baca: kuih pau) pagi ni sebab abah mengadu lama tak makan dan dya teringin sangat.. then pagi ni tak jadi kopau, simpan untuk petang.. buat bubur kacang, pon abah teringin jugak.. hahaha.. tadi siap bawak bekal jumpa adik-adik kat sekolah asrama.. husna tak ikut pon, sebab ada kerja..

lepas tu kena makan sengsorang.. sengsorang pon apa nak hairan, dah biasa kot.. husna gandingkan bubur kacang hijau dengan roti putih gardenia.. carik-carik roti masuk dalam mangkuk bubur, lepas tu siram sikit, siap untuk masukkan dalam mulut, perghhh memang sodapp.. muehehehe.. gaya cerita macam orang lain tak pernah buat..-.- tak pe lah nak tunjuk feel..:p

bubur pulut hitam

tapi itu bukan kegemaran husna sangat.. sebab husna tak berapa suka kacang hijau dalam bubur.. tambah kalau bukan yang mama husna buat, lebih memilih untuk tak makan.. kekadang sebab santan cair.. ataupun kacang hijau tak cukup kembang.. kalau bab bubur, husna lebih suka bubur pulut hitam.. haa yang tu baru kegemaran.. dah cakap pasal kegemaran, mestilah orang lain masak husna akan makan.. hehehe..

buat minggu lepas.. waktu husna tak berapa nak sihat.. kes sakit tekak dapat sekali pakej yang lain.. makan pon tak banyak.. sekadar jamah je..T_T

Hari Bapa dah nak dekat.. tapi still tak taw apa yang nak diberi pada ayah anda?? boleh try INI..:)


Till then!! See ya~  
















p/s-dedua tu mama yang buat so tak dapat nak kongsi resepi.. ngehngehngeh..

Friday, May 23, 2014

Beri Penghormatan Pada Yang Tengah Solat


Assalamualaikum w.b.t..


sumber: google
susahnya nak khusyuk masa solat.. selalunya gangguan nih akan datang dalam bentuk bunyi lagu dari radio, suara dalam tv, dengar orang sembang, dengar orang nyanyi dan memacam lagi lah.. tapi bila dah berada di tempat yang sunyi, lain pulak gangguannya.. gangguan paling agong dah tentulah dari syaitan yang direjam.. elok nak start solat mulalah terfikir memacam.. fikirkan baju tak iron lagi, kejap lagi abah balik air belum masak, dan entah apa lagi yang di fikirkan.. kekadang rasa macam geram dengan diri sendiri.. sebab tak boleh nak fokus..

husna ada baca, tak khusyuk solat itu sah, tapi pahalanya kurang.. dan ada jugak alim ulama' berpendapat bahawa khusyuk dalam solat itu wajib.. terlalu banyak hadis dan pandangan.. tak berjaya husna nak coret kesemuanya.. adalah lebih baik kalau kita fahamkan sendiri..:) 

berbalik pada masalah khusyuk dalam solat, selalunya husna akan ada masalah tak fokus sebab bunyi suara dari tv.. lepas tu kalau ada yang bukak lagu dan nyanyi.. husna nih pantang orang nyanyi mulalah nak sambut nyanyi sekali.. bila dah takbiratul ihram, terdengar lagu, mulut baca lain, kepala otak ingat lagu susun semula liriknya.. apa benda laa..-.-' kalau dulu masa kat rumah sewa, jenuh mencari tempat yang sunyi sikit.. yelaa nak bicara dari hati ke hati, mestilah tak nak gangguan..

kita plak kalau uzur, dah tengok orang tu nak solat, janganlah bising.. cuba hormat dan faham sikit.. sebab tak semua individu akan mudah khusyuk dalam solat, macam husna lah.. beri individu tersebut ketenangan.. inshaAllah kita pon akan dapat penghormatan tu balik..

sumber: facebook..


Till then!! See ya~  
















p/s-bukan mudah sebenarnya, tapi cubalah..

Thursday, May 22, 2014

Sakit Kepala Migrain??


Assalamualaikum w.b.t..


petang tadi lepas gorengkan abah keropok lekor, sempat join sekaki makan, tetiba terasa berdenyut semacam je di kepala.. oh mannn rasa macam something ada melekat kat kepala nih.. tak boleh tahan terus basuh tangan, minum air, masuk bilik then berguling atas katil.. rasa sakitnya, ya Allah, hanya tuhan yang tahu.. puas di picit-picit, di tekan-tekan kepala nih untuk redakan sakit.. mulut dah jampi serapah baca memacam.. mama panggil suruh masak pon dah tak mampu, terpaksa mama yang bertukang sengsorang..

ini kali pertama husna rasa sakit macam tu.. kalau dulu nak sakit kepala pon hanya rasa macam berat je.. tandanya dya perlukan rehat.. ini tandanya apa?? nak suruh hempuk kat dinding?? 


ini ke yang dipanggil migrain?? kalau lah sakit macam nih, sumpah husna tak nak.. perit sangat.. tapi nak tak nak, kita bukan boleh pilih.. lepas dah reda sikit, pergi mandi basahkan kepala, makan malam lepas tu telan panadol.. sekarang dah boleh menaip.. kejap lagi nak tidow.. harap sangat boleh buat perkara seterusnya..


Till then!! See ya~  
















p/s-hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang terjadi.. 

Shopping di Wang Kelian, Sempadan Thailand


Assalamualaikum w.b.t..


Entry hari pertama (siang): Tasik Darulaman JItra, Kedah
Entry hari pertama (malam): Menara Alor Setar, Kedah

kalau nak travel tapi tak de perancangan, konon kata nak travel secara tetiba dan tanpa apa-apa persiapan, hanya mampu siapkan pakaian sendiri, duit, mental dan fizikal, adalah lebih baik sekiranya mintak jasa orang terdekat untuk bawak anda pusing-pusing destinasi tersebut.. at least ada jugak arah tuju.. lain lah kalau dah siap google kat mana korang nak pergi.. arah tuju kami waktu nih hanya mengiakan tempat yang dicadangkan.. sangat lah tak tahu perlis nih ada apa..-..-

memandangkan jitra dah dekat dengan perlis, keesokkan harinya siap sarapan nasi goreng sedap dari mak Dalila, terus kami gerak ke Arau.. sebab Aizat stay sana, so nak kena singgah rumah dya dulu.. diberi pilihan untuk ke Wang Kelian atau Padang Besar.. kami pilih yang dekat, Wang Kelian.. bukan untuk shopping teterok pon, cuma nak melihat suasana di sana..

husna difahamkan untuk ke sana ada dua jalan, kalau tak silap.. jalan yang kami lalu ini sangat berbukit.. terus-terusan kena naik, siap ada selekoh berbahaya, Aizat dah suruh tukar kereta naik dengan dya.. senang apa-apa hal nanti.. waktu nak naik tu, lebih kurang sama je pengalaman macam naik bukit kat Pulau Pangkor.. kalau yang arif bawak boleh lah nak fefeeling roller coaster, tapi kali nih tak mampu, semua muka cuak pucat nak meninggal.. hahaha..

sampai je sana, hujan rintik pulak.. tapi dah alang-alang sampai baik redah je.. gunakan khidmat penjualan payung yang ada.. Aizat cakap selalunya kat situ panas dan sangat susah nak shopping.. jadi hujan rahmat lah waktu tuh, suasana pon jadi sejuk.. semua kedai kami pergi dan memacam jenis barang terjual.. dan waktu ni skill tawar-menawar harus dipraktikkan supaya anda tak menyesal di kemudian hari.. husna tak shopping sangat pon sebab tak plan dari segi kewangan.. kah..

di pintu masuk paling utama..

welcome to thailand.. meh meh meh..>_<
rambang mata semua nak beli..T_T

suasana di seberang jalan..

Mira, Dalila, the one yang kami tumpang bermalam di rumah dya dan Husna..
penat berjalan perut pon dah lapar, apa lagi cari tempat nak makan lah.. jumpa satu gerai makan dalam bebanyak gerai jualan barang.. dengan yakin kami menerjah masuk.. husna dengan sorang member order nasi putih, tomyam, dan telur dadar..  yang lain order maggi tomyam..

niat hati waktu pilih kedai nih, sebab gerainya terletak dalam sempadan Thailand, so nak merasa tomyam diorang yang kaw tu.. bila dah dapat, kami terima kejutan yang pertama, husna rasa tomyam siam kat Malaysia nih lagi sedap.. T_T serius tak kena dengan tekak, plain sangat rasanya.. terpaksa habiskan semua sebab lapar punya pasal..

tiba waktu nak bayar, terkejut kali kedua dengan bil plak.. satu mangkuk maggi tomyam harganya RM8.. gila kau.. harap kepala udang je besar.. mungkin ada yang tak terkejut, tapi bagi kami sangat kaut untung.. kami dah biasa terima murah dan lebih sedap jika nak dibandingkan.. jadi balik petang tuh semua muka macam tak puas hati.. berduka dengan tomyam.. hahaha.. tapi tak leh lelama sebab benda dah masuk dalam perut dah pon..:p

cuba baca setiap menu.. harharhar..

mineral nih wajib buat husna.. kedahagaan sepanjang hari ini je yang dapat membantu..

inilah maggi tom yam yang digembar-gemburkan..

sebelum turun, Aizat ajak singgah salah satu puncak bukit kecil.. kami ikut je sebab dya yang bawak.. hehehe.. walaupun rintik hujan menimpa tetap tak lepas peluang untuk tengok suasana macam nih.. bukan senang nak dapat.. Subhanallah.. suasana kat atas tuh dingin je, disebabkan hujan, so boleh nampak kabus tebal bergerak.. tenang sekejap.. 

hijau je pemandangan.. this is why I love being at the Perlis..

Aizat dengan Atikah..
terima kasih pada Atikah, sebab tanpa dya memang kami tak sampai kot..

sekejap jelaa, kang balik demam plak.. payung ada berlagak tak nak guna..-.- masa turun risau jugak hati kecil nih, sebab jalan licin.. kalau tak kena gaya, boleh silap langkah.. tapi Alhamdulillah dapat turun dengan selamat.. ada lagi destinasi seterusnya, nanti husna sambung.. inshaAllah..

jangan lupa dapatkan tiket free ke Seoul Korea di SINI.. syarat mudah, boleh pergi dengan kawan baik.. 


Till then!! See ya~  
















p/s- banyak lagi hutang blogwalking..

Wednesday, May 21, 2014

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Mangkat


Assalamualaikum w.b.t..


bebudak sekolah pakat balik awal hari nih.. rupanya pemangku Sultan Kedah mangkat.. Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..


Sembah Takziah, Menjunjung Kasih di atas kemangkatan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Annuar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah (Tunku Bendahara Kedah Darul Aman).. Al-Fatihah..


Berikut adalah kenyataan media dari Pejabat Menteri Besar Kedah.

KENYATAAN MEDIA

Teks Pengumuman Kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah Darul Aman

Bismillah Hirrahmanirrohim.

Bahawa dengan sedih dan dukacitanya dimaklumkan Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tan Sri Tunku Annuar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, telah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada pukul 12.20 pagi, hari Rabu, 21 haribulan Mei 2014 Masihi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi maksud penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar dan orang kenamaan, manakala oleh orang ramai mulai pukul 1 petang hingga 3 petang.

Jenazah Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan dimakamkan di Makam Di Raja Langgar selepas solat Asar pada hari ini, Rabu, 21 Mei 2014 Masehi, bersamaan 21 Rejab 1435 Hijriah.

Bendera Negeri, Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan pada separuh tiang selama tiga hari mulai 21 Mei 2014. Tempoh perkabungan adalah selama tiga hari mulai 21 Mei 2014 sehingga 23 Mei 2014. Sepanjang tempoh tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.

Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini, Rabu, 21 Mei 2014, diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Negeri Kedah Darul Aman.

Marilah sama-sama kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, semoga roh Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para syuhadah dan solihin.

DATO' SERI HAJI MUKHRIZ TUN MAHATHIR
Menteri Besar Kedah Darul Aman

Tarikh : 21 Mei 2014















Berburger Bakar di Menara Alor Setar


Assalamualaikum w.b.t..


sambungan dari hari kejadian di Tasik Darulaman Jitra.. sangat mengambil masa untuk habiskan yang seterusnya.. walau dah lama, kan ku coret jua untuk kenangan di masa senja.. menjadi saksi pertemuan antara kita..

balik dari tasik dah nak dekat maghrib, penat dari perjalanan sampai pon tak habis lagi kami dah decide nak keluar ke Alor Setar malam tu, memburu Burger Bakar Abang Burn.. kemain melonjak perasaan teringin nak makan sebab first time.. siap ambek plan dalam google.. akhir kata, tak sangka sesat.. sedih hidup.. T_T

P-E Burger, Alor Setar

sebenarnya dah ikut map tu, tapi yang kami jumpa hanya P-E Burger.. tak kan nak tanya abang tu, mana gerai BBAB.. kang tak sedih hidup kami, sedih lagi hidup dya.. dah dapat pelanggan alih tanya gerai BBAB.. tapi serius orang memang ramai.. dalam menu list pon ada je burger bakar.. 


tak taw la ramai sebab burger ke, ramai sebab ada tiga punca makanan kat situ.. gerai P-E Burger nih depan kedai Tat Nasi Ayam dan bersebelahan kedai sate.. sate siap ada delivery.. memang hebat lah.. tapi husna lagi suka sate semeling.. murah oii..:p sedap pon sedap.. 


burger kami order tapaw je sebab nak makan kat menara Alor Star.. member husna cakap malam tu ada uptown.. burger sedap.. eleh, burger biasa pon sedap bagi husna kalau dah namanya makanan..>_< husna pilih apa ntah tak ingat.. ada daging burger bakar besar dari kebiasaan, sosej dan telur.. separuh daging terpaksa husna buang sebab perut dah tersangat mampat.. -..-  

perasan tak husna yang pegang kamera tuh.. depan diorang ni laa..
macam biasa laa habis makan, tiba masa nak selfie sampai pitam.. dan ini bukti kami dah sampai Alor Star.. muehehe.. bunyi macam susah sangat nak sampai.. balik rumah dalam pukul 12, hebat kan anak dara kuat berjalan.. kah.. nanti sambung cerita keesokkan harinya di Perlis.. nanti tu tak taw la bila.. -.-

berita kucing ungu comel ditemui di Stesen LRT Masjid Jamek di SINI..


Till then!! See ya~  















Tuesday, May 20, 2014

Review Blog Top Commentators | Blog Hikayat Budak Pening


Assalamualaikum w.b.t..


lately nih selalu sangat dengar bunyi motor enjin besar.. sekali pulas minyak, vroom, vroom dari jauh dah boleh dengar.. dulu masa kerja dekat gerai makan tepi highway, setiap sabtu dan ahad, boleh tengok diorang konvoi reramai.. dalam hati berangan nak ada sebijik, nak pergi ambek lesen B full.. tapi bila pikir balik, husna bukan reti menyelit pon.. bawak moto lepas tu lori pintas sikit dah rasa nak melayang..T_T



ehem.. mukadimah memang paling kurang satu perenggan..:p cakap pasal moto, abe kita nih, si pha is memang minat motor.. dengan senang hati dya boleh cerita kat korang setiap jenis moto berkuasa besar.. punya teruja sampaikan wordless Wednesday husna yang gambar moto EX5 tu pon dya huh je.. -.-' siap perli memperkecilkan.. kalau ada minat yang sama boleh share dengan pha is..

pha is nih student farmasi kat USM.. sebelum ni dya ada cerita pasal BE.. kes jadi tikus makmal.. inject ambek darah lepas tu dapat duit free-free.. senang hidup.. tapi husna tak cukup kuat, takut jarum oii.. kalau nak maklumat lanjut pergi tanya dengan pha is..

apa yang menarik lagi, si pha is nih rajin bagi tips macam mana nak buat duit dengan blog.. so far banyak kali jugak lah dya dah cashout.. husna je yang belum.. tak nafi dya rajin share iklan dan guna teknik yang betul.. so memang habuan dya lah.. jom terjah pha is, pemilik blog Hikayat Budak Pening..

dan jangan lupa untuk dapatkan tiket free ke Seoul, Korea di SINI..


Till then!! See ya~
















Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1


Assalamualaikum w.b.t..


http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.










Keenakan Cookies Galleta Tiada Tandingan


Assalamualaikum w.b.t..


suka makan cookies?? konfem lah suka kan.. rangup rapuh je bila di gigit, lepas tu, cair dalam mulut.. kekadang sekali hadap je dah habis.. pernah dengar tentang Cookies Galleta tak?? untuk makluman lanjut boleh rujuk klik bitesize

Sedikit maklumat tentang jenama Galleta:



Galleta dalam Bahasa Sepanyol bermaksud biskut leper atau cookie kecil yang biasanya mengandungi tepung, telur, gula, dan sama ada mentega atau minyak masak, serta sering mengandungi bahan-bahan seperti kismis, oat, atau cip coklat..

Bitesize Galleta adalah produk edaran Bite Size Marketing (002307433-U), syarikat makanan Melayu Bumiputra yang mengedarkan pastri homemade dengan jenama “Bitesize Galleta“..

Semua produk Bitesize Galleta adalah buatan tangan (homemade) & di buat oleh sekumpulan suri rumah melayu muslim secara sambilan dari rumah..



ish, buatan Malaysia kot.. bila lagi nak sokong buatan bumiputra sendiri.. ketepikan kejap si lazat famous amos tu dan cuba cookies Galleta.. Bayangkan balik kerja je dapat cookies Galleta nih, minum plak dengan secawan teh o panas tak pun teh tarik.. perghhh sedap kan.. dan tak sedar, kejap je cookies nih dah habis.. T_T  



Bahan-bahan untuk Chocolate Cookies:

Butter, Gula Kastor, Gula Perang, Tepung, Telur, Emalco, Kacang Almond, Chip Coklat, Garam & Soda Bikarbonat..

Berat Bersih: 150 gram/botol..
Quantiti: 50 – 60 pcs/botol..
Produk Buatan Muslim..




Bahan-bahan untuk Oat Cookies:
Butter, Gula Kactor, Gula Perang, Tepung, Telur, Oatmeal, Kacang Almond, Chip Coklat, Vanilla, Garam, Sirap Jagung & Soda Bikarbonat..

Berat Bersih: 150 gram/botol..
Quantiti: 50 – 60 pcs/botol..
Produk Buatan Muslim..




Ingin merasa keenakan cookies Galleta, anda boleh buat tempahan sekarang dan dapatkan potongan harga istimewa.. terjah website Bitesize..















Monday, May 19, 2014

Hadiah Dari Blog Si Hati Merah Jambu


Assalamualaikum w.b.t..


tak rugi sebenarnya bila kita singgah blog seseorang tu dan tinggalkan jejak.. jejak tu dalam erti kata lain komen lah.. kalau jejak kat shoutbox, rasanya tak de lagi application yang boleh detect berapa kali singgah atau berapa banyak komen yang telah di tinggalkan.. husna lagi suka orang tinggalkan komen dari tinggalkan mesej kat shoutbox.. that’s why husna remove shoutbox.. ntah laa, husna tak nampak lagi apa kepentingan shoutbox buat husna..

hadiah, rajin, komen

well, hadiah dari kak fiza, pemilik blog Si Hati Merah Jambu, dah sampai petang tadi.. terima kasih kak.. bertambah lagi koleksi button husna.. hehehe..

so lepas ni siapa yang rasa tak rajin nak tinggalkan komen tu, baik buang perasaan tu jejauh.. mana taw pemilik blog baru lepas kena loteri, tak pun dapat durian runtuh, rezeki melimpah ruah nak bagi asset kat pengomen tegar diorang.. haa kan dah rugi kalau nama sendiri tak tersenarai..  muehehehe..

ada masalah kulit berminyak?? lihat bagaimana mereka atasi masalah tersebut di SINI..


Till then.. See ya~











Segmen Blogging + Menang Hadiah!


Assalamualaikum w.b.t..



KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam










Sunday, May 18, 2014

Review Blog Top Commentators | Blog Love Is All Around


Assalamualaikum w.b.t..


meneruskan perjalanan reviewing next top commentators.. bunyi dah macam Tyra Banks mencari Next Top Model.. hahaha.. ok ladies and gentlemen, hari ini husna perkenalkan kak wantie.. pemilik blog Love Is All Around.. kak wantie bahasakan dirinya kak Tie, memandangkan namanya Fatimah.. tapi entah kenapa husna yang lebih-lebih letak wan kat depan.. mungkin sebab url akak wantie kot.. hehehe..


as you guys can see, header kak wantie terserlah gambar sepasang anak comel miliknya.. abang diberi nama Naiim dan adik bernama Aleesya.. rapat benor diorang berdua nih.. comel betol.. kalau dah gini gaya adik perempuan di sayangi dan di ambil berat oleh seorang abang, husna pon nak ada abang jugak.. T_T

blog kak wantie berkisar kehidupan seorang isteri dan ibu yang bekerjaya.. berkongsi pengalaman dan kisahnya sendiri.. pada yang sudi, rajinkan lah diri anda untuk melawat blog kak wantie.. tambah kawan dunia maya.. mana taw rezeki, suatu hari boleh berjumpa.. :)


That’s All..