Sunday, May 04, 2014

Tasik Jitra, Jitra, Kedah


Assalamualaikum w.b.t..


salah satu cerita tersadai dalam draft yang belum sempat husna habiskan gara-gara malas mula menakluki takhta.. itu sebelum, sekarang dah rasa macam, ok dah boleh sambung kot..

14 & 15 Mac lepas adalah weekend terakhir sebelum  kami start study week.. jadi ingat nak habiskan masa jenjalan di rumah salah sorang housemate husna, si Dalila.. memandangkan rumah dya di Jitra, Kedah, apa lagi ambek kesempatan pusing-pusing alor star dan perlis lah.. hehehe..

kami berlima dalam satu kereta bertolak pagi Jumaat, sampai Alor Star dalam tengah hari, hantaq housemate husna, si Affini yang tinggal di Alor Star kejap baru singgah makan.. dah kenyang baru teruskan perjalanan ke Jitra.. sampai je rumah kawan husna tu, solat rehat buang satudua jam, petang plak gerak pergi Tasik Jitra..

tasik jitra, jitra
dari jauh tengok suasana..

tasik jitra, jitra
nampak bulan?? sebelah dya layang-layang kepala ular..

rupanya ramai jugak yang datang termasuklah budak remaja, kecik besar, mak bapak, atuk nenek.. dan sudah semestinya datang dari pelbagai kaum.. aktiviti mereka ada yang beriadah, berkelah makan-makan kat situ.. tak kurang jugak dengan budak-budak main layang-layang, tiup bubble, jogging, main skateboard memang luaslah tempatnya.. siap ada foodcourt lagi..

tasik jitra
ramai jugak yang naik itik tuh..

dan kami harusla tak tunggu lama, terus ke tasik untuk tunaikan hajat hati.. kengkonon nak kayuh itik.. tapi terpaksa batalkan niat suci lagi murni itu.. sebab pikirkan harganya yang mahal.. satu kepala RM8, satu itik boleh naik dalam 2 or 3 orang, total dalam RM24.. perghh kemain diorang buat duit!! -.- kayuh itik tu bukan kena minyak pon..  kalau pak cik tu tak kira kepala dapat jugak la kami share.. nyaris-nyaris nak keluarkan kad diskaun je.. grr..

giant bubble, tasik jitra, jitra, kedah
khusyuk adik tu bagi penerangan kat kawan2 husna..

tak dapek nak kayuh, tengok diorang kayuh pon boleh laa.. dah bosan sikit kami ke tempat orang jual giant bubble.. nak jadi kanak-kanak riang semula.. main bubble tak tentu hala.. kejar sana-kejar sini.. tanpa peduli orang sekeliling.. kahkah.. >.<

yang ni murah.. ada macam-macam jenis.. bukan jenis bubble tapi jenis stick untuk main bubble tuh.. satu lubang, dua lubang, berlubang-lubang.. kami pilih satu lubang je, harga RM3 sekali dengan 100ml air bubble, lepas tu tambah lagi 100ml, RM1.. biasalaaa mana puas sikit-sikit.. :p

giant bubble, tasik jitra, jitra, kedah
puas gilir main sorang sikit..


oraite!! nanti sambung kisah malam tu plak..:)




















p/s-bila dah sakan berjalan mana taw erti penat.. 

27 comments:

  1. Rindu dgn Perlis...tambah² nasi berempah dan nasi kandar yasmeen....dulu mse belajar kt perlis...teringin nak g tasik ni..tp tak tau mana nak masuk...dan akhirnya kempunan tak dpt pergi sbb dah abes study kat perlis...rugi²

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa..husna pon perasan jugak hari tuh, nak masuk tempat nih agak berliku2.. mujur kawan dah expert sgt..

      Delete
  2. Wah bestnyaaa... Dah lama tak singgah sini.. Dulu masa study ade gak g lepak2 ctu

    ReplyDelete
  3. wah byk juga perkembangan tasik jitra ni ekk..dulu2 pernah sekali smp sini masa zaman bercinta.naik itik macam nk karam ja.muahaha..

    bubble tu menarik gak sbb murah..itik mahai sgt aih kan husna.tak berbaloi lgsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. makin ramai, diorang pon makin tingkatkan perkembangan lah..:)
      dulu mesti itik murah je kan..-.- jeles!!

      Delete
  4. Tasik tu setiap masa ada orang, dulu pernah pergi sekali dgn kawan2 untuk jogging :))

    ReplyDelete
  5. tak perasan pun jitra ada tasik :) semulajadi ka manmade ni. menarik dan cantik dalam foto tu. giant bubble tu macam best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..maap lah kak.. husna pon tak taw semula jadi ka buatan..
      puas main giant bubble..

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. okay, giant bubble tu mmg seronok. hehehe.. mmg kanak2 riang sgt! XD

    ReplyDelete
  8. Alamak dia main belon da.hehe..mcm best ja jenjln,berkelah dan bermain belon tu.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..nak main jugak, moh le ke tasik jitra..

      Delete
  9. assalamualaikum syg...

    akak dh pergi ke tasik ni masa berkunjung ke rmh adik di taman tengku sarina...tak jauhkan dari situ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam kak..
      alamak..husna tak berapa taw nama tempat kat sana..
      inipon kawan yang bawak..:)

      Delete
  10. lama dh tak ke situ.last pi tahun 2006 kalau x silap. naik juga kayuh kayuh tu .tp lupa dh harganya berapa. org ramai itu yg naik rege tu. biasalah peniaga kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa.. jeles kat ciksue jugak dapat naik itik tu..>_<

      Delete
  11. seronoknya..tak pernah sampai sini pun.sobs sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah nanti ada rezeki datang jengah kedah dan perlis plak..:)

      Delete

Copyright © 2017 husnazahidi
| Distributed By Gooyaabi Templates