Wednesday, May 07, 2014

Cara Atasi Mulut Pahit Ketika Demam


Assalamualaikum w.b.t..


encik hati raja buluh betung husna demam.. dya tak lalu makan sebab mulut terasa pahit.. biasalah tengah demam kan, memang macam tu.. sempat makan sup panas je katanya.. pastu telan ubat.. even husna masa kecik-kecik dulu pon pernah alami jugak.. mama husna bagi makan buah oren nak bagi neutral balik rasa lidah tu.. selesa lah sikit.. terima kasih mama..:)

husna ada buat pembacaan sikit tadi tentang mengapa bila demam mulut terasa pahit dan cara mengatasinya.. yelaa nak nasihatkan orang pon kenalah ada ilmu sikit.. pengalaman mungkin.. baru nasihat yang diberi tu tak sia-sia.. hubungan pon makin erat gituuu.. :p

merepek je!!


menurut sumber..

Rasa pahit dilidah saat kita sakit adalah disebabkan kerana berkurangnya produksi air liur. Ini bermaksud oksigen di mulut juga berkurang sehingga menggalakkan pertumbuhan bakteria anaerob. Bakteria-bakteria tersebut menghasilkan sulfur yang menyebabkan bau tidak sedap dan rasa pahit dilidah. Selain itu rasa pahit dilidah dikaitkan dengan mual-mual dan muntah. Penyebab utamanya yakni asid di perut (gastric acid) yang naik kemulut meninggalkan rasa pahit untuk beberapa waktu.

Perubahan rasa dilidah juga disebabkan kerana terganggunya deria bau. Kemampuan menghidu seringkali dikaitkan dengan kemampuan merasa. Kalau deria bau sedang dalam kondisi tidak baik seperti pada saat selsema, demam, resdung, infeksi hidung, polip, mahupun rhinitis alergi, kemampuan lidah untuk merasa juga akan terjejas.

Cara mengatasi pahit lidah ketika demam atau seangkatan dengannya:

1. Berus gigi. Gastric acid akan dineutralkan oleh ubat gigi yang sifatnya alkali. Selain itu ubat gigi juga kebanyakannya mengandungi pudina yang memberikan sensasi segar pada mulut.
2. Hindari kopi dan rokok.
3. Berkumur dengan ubat kumur.
4. Makan makanan yang mengandungi banyak serat. Iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanlah dengan cara mengunyah lebih lama kerana selain membersihkan mulut, ianya berupaya mempermudah kerja sistem pencernaan sehingga mengurangkan rasa mual.
5. Banyakkan minum air putih untuk meningkatkan produksi air liur dan mencairkan lendir di hidung.
6. Supplement multivitamin untuk meningkatkan kondisi tubuh.























p/s-cuaca kot sekarang.. mama husna pon ngadu sakit kepala.. 

23 comments:

  1. akak kalau pahit akak suka minum air putih je

    ReplyDelete
  2. nice share.. saya kalau dah tak berselera, biar macam tu je.. so, mmg kurang makan sikit la masa demam..

    ReplyDelete
  3. ohh boleh atasi rupenya..kalau demam ni boleh lah mecuba tips tu

    ReplyDelete
  4. Akak suke makan asam kalau pahit mulut..

    ReplyDelete
  5. ooo.bru tahu.tpi kalau dmm mmg buk mnm air.

    ReplyDelete
  6. a'ah kan.. coklat boleh tambah tenaga jugak..:)

    ReplyDelete
  7. Saya alaminya sekarang.. berat turun sampai 2 kg sbb xdapat makan apa apa...

    ReplyDelete
  8. Zumal ada satu cara lagi, tapi tak baik untuk kesihatan. Minum coke atau pepsi lepas tu kita akan ada selera semula nak makan. Rasa pahit tu pun hilang...

    ReplyDelete
  9. Bila mulut rs pahit minum air kosong pon rs pahit, mual dan loya. Mcm nk muntah :(

    ReplyDelete
  10. Timm pulk suka mnum 100+ dgn mkn kropok, itu je yg sdap..hehe..

    ReplyDelete
  11. Sy suka makan belimbing buluh. Berkesan gak la

    ReplyDelete
  12. Kalau senyum boleh hilangkan tak rase pahit mulut.. senyuman manis katakan..ekeke

    ReplyDelete
  13. Assalam , nak tanya. Saya baru lepas baik demam tetapi batuk masih ada. Tidak selsema . Tetapi deria rasa masih tak kembali. Apa pendapat korang?

    ReplyDelete
  14. banyakkan makan buah berserat supaya deria rasa kembali normal.

    ReplyDelete
  15. Npe la bru baca😭😭😭😭...dh 2 hari sy xmkn sbb lidah rse pahit..lapar sgt2...😖😖😖

    ReplyDelete
  16. Saya kalau demam saya makan hanya dua suap 1 hari sbb lidah pahit sangat

    ReplyDelete
  17. Kalau untuk yg x bleh mnum air gas mcm mna?

    ReplyDelete
  18. Saya x btuk.cuma demam..& saya rsa susah nk teln air liur.rsa trsekt.saya cuba batuk sebb nk buang benda yg rsa tersgkut kt tekak tpi tiap kli saya cuba nk btuk saya akan jdi mual dan nk muntah.mcm mna nk buat ya

    ReplyDelete
  19. Terima kasih infonya...memang tengah demam dan rasa pahit tekak..nak makan pun takda selera

    ReplyDelete