Friday, May 02, 2014

Cara Mudah Habiskan Al-Kahfi


Assalamualaikum w.b.t..


waktu memula husna dapat taw setiap hari Jumaat kena langsaikan kahfi, terus rasa macam alaaaa banyaknyaa.. selalu kalau lepas pon 2 atau tiga muka surat je lepas maghrib.. tapi itu dulu laa, sekarang nih Alhamdulillah..

macam mana caranya?? ikuti perbualan ipin dengan abang longnya..

"Give. Up."

"Kot ye pun..."

"Give up dah... give up give up... GIVE UP!" Muka berkerut serabut, kalah rupa aluminium foil kena renyuk.

"Drama la kau ni, Ipin." Kepala di tetingkap video-chat tu geleng dari tengah skrin PC.

"Bang Long lain la, Bang Long dulu sekolah agama." Muka Ipin makin kelat. "Kira biasa la baca panjang-panjang gini. Orang tak reti dowh."

"Ke situ pulak...." Azri tarik nafas panjang. Budak ni memang drama sungguh.

"No, really. Panjang sangat, okay? Tak larat." Ipin pulak yang tarik nafas panjang. "Tak larat dan tak sempat. Dari hari tu, ni dah masuk berapa minggu dah, memang tak sempat nak habis pun Kahfi tu everytime." Dia renung muka abang sulungnya yang tengah tercampak di Laut Utara Russia tu. "I. Give. Up."

Azri pandang balik muka si bongsu di balik sana dunia yang serabut tu. Dia capai mug kopi.

"Dah la dengan nak SPM bagai..." Tak habis lagi si Ipin mengomel. "Dengan hal duduk Malaysia ni pun dah gaya macam duduk Mexico segala...."

Hampir tersembur kopi ke skrin laptop di depannya. Azri tepuk dada. Kuat. Tersedak aku! "Kau pernah duduk Mexico ke?" Cakap ayat best suka hati dia.

"Dah tiap hari asyik keluar berita orang mati kena bunuh segala macam gaya..." Ipin menyela. "Yang kena tembak, yang kena tikam, yang kena jerut..." Dia sandar badan ke kerusi. "Ucu nak keluar bawak motor pergi sekolah tu pun cuak kot."

Azri letak mug di tangan ke meja. "Patut dengan berita ala Tijuana, plus dengan serabut kepala nak SPM tu la yang lagi memang kena habiskan baca Kahfi." Dia senyum segaris.

Ipin angkat kening sebelah. Kedua belah kaki dah dilunjur bawah meja.

"Verse 10."

"Mana hafal." Mata dihala ke siling. Aku ni ni nak habiskan baca pun tak pass-pass lagi. Inikan pulak nak ingat ayat dengan maksud segala. Ada masalah pemahaman abang aku ni. Ipin menggumam sendiri.

"Dah tu...bukak la terjemahannya, bijak." Sejuk sepoi Siberia ayat sarkastik Azri tu.

Badan ditegakkan. Ipin capai Quran terjemahan di atas CPU. Quran Bang Long pun. Dia rembat secara sukarela dan Bang Long lepaskan secara terpaksarela. Kisah apa. Bang Long ada duit boleh beli lain. Aku anak sekolah. Choi!

"Verse 10." Azri mengulang.

Mata berlari di atas naskhah di tangan yang dah terbuka. Jumpa. Ipin pandang Azri di skrin sekilas. ""Remember when the young men fled for refuge. They said; 'Our Lord, bestow on us mercy from Yourself, and facilitate for us our affair in the right way." Dia membaca. Berdetap hati.

"It is a du'a."

Allah Pelindung... dari bahaya.
Allah pelindung... dari bahana.
Allah pelindung... dari cacamerba.
Allah Pelindung... dari segala.
Baik pistol, baik pisau, baik Tijuana....

"Bukan Bang Long dah pesan ke dulu, baca sekali dengan maksud dia. Kalau dak memang lost la the meaning. Memang la rasa merampus nak habiskan."

Ipin angkat muka pandang skrin PC. Indeed. "Tapi memang panjang sangat, Bang Long. Baca macam tak habis-habis." Dia lepas nafas. "Nak baca maksud segala bagai lagi la tak sempat."

"Kau baca macam mana gaya?" Kening Azri pulak yang terangkat sebelah merenung adiknya tu.

"Baca sekali harung la lepas Subuh tu. Tapi tak pernah sempat nak habis pun. Bila dah pergi sekolah masa bilanya pun nak sambung baca? Petang dah kelas tambahan dengan gerak gempur segala. Sampai rumah dah nak Maghrib kot." Panjang Ipin bentang jadual.

Azri pejam mata, gosok dahi. "Bang Long pun tak sempat la kalau nak kejar habiskan senafas waktu lepas Subuh tu Ucu oi..." Tingkap masa punya la sempit sebelum nak kena berkejar masuk kerja. Dan waktu kerja tak ada celahnya nak dibaca tengah-tengah buat pipe fabrication tu.

"Dah tu...."

"Split 3." Azri capai Quran terjemahannya dari tepi laptop. "Ayat ada 110, kan." Dia buka naskhah di tangan.

Ipin buka ke halaman Kahfi terakhir. Aah. 110 ayat. Dia angguk mengiakan. "Split masa jadi tiga, waktu bila?"

"Kau balik rumah pun dah nak Maghrib, kan? Start lepas Maghrib, kau habiskan ayat 1 sampai Ayat 31. Sebab ayat 32 tu dah masuk cerita lain, nanti tak syok nak follow up baca terjemahan dia kalau tergantung." Dan pastinya cukup-cukup la waktu sebelum ibu jerit suruh isi rumah tu turun makan malam.

Ipin capai post-it note dengan pen.

"Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu. Lepas Isya' kau sambung ayat 32 sampai ayat 59. Kalau larat sambung lagi dari 60 sampai 82. Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir."

Ipin laju menulis atas post-it.

"Subuh Jumaat tu kau habiskan je ayat 83 sampai 110 tu. Tak ada la semput sangat. Ayat 83 tu start dengan kisah Zulkarnain."

Pen masih berlari atas post-it.

Azri pandang si Ipin yang tengah menulis di balik sana talian. "Capish?"

"See how it goes la." Ipin tarik helaian post-it yang bertulis tu. Pap! Dilekat di dinding CPU.

"Bila split bahagian macam tu tak ada la rasa terkejar sangat. Boleh la savour maksud ayat dengan baca terjemahan dia sekali untuk each bahagian tu." Azri letak Quran di tangan ke meja. "Tak berapa jadi makna la,kalau baca sampai mengah tapi tak dapat ibrah, tak ke?"

Heh. "Jangan bagi ayat berasid spesis lebur makan dalam, boleh dak?"

Haha.

 
gua Ashabul Kahfi yang diceritakan dalam surah Al-Kahfi..
boleh baca kisah lanjut di SINI..   



























p/s-benda yang baik lebih baik di kongsi..

16 comments:

  1. :) nice sharing. sangat bermanfaat sebab kadang2 saya sempat baca 10 ayat pertama je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. husna pon dapat dari page hlovate..:)
      dulu semput jugak lah nak habiskan..

      Delete
  2. thanks for sharing.. perkongsian yg sangat bermanfaat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kak.. husna sekadar berkongsi untuk memudahkan..

      Delete
  3. cerita yg menarik diantara upin n abg longnya..sambil sharing sambil beramal..byk kali gila hari tu dtg sini nk komen line semput..smp stress jadinya..sory ye husna!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..dah baca pon husna dah hargai lah kak murni..:)

      Delete
  4. Kalau sempat akk habiskan 110 ayat. Kalau tak akk baca 10 ayat pertama dan terakhir...

    ReplyDelete
  5. perkongsian yang menarik dan bermanfaat..insyaallah sy cuba amalkn :)

    ReplyDelete
  6. bagus juga cara tu sbb kena hbskan sblm masuk waktu zohorkan?

    p/s...itulah namanya ilmu yg dimanfaatkan...kita blh kongsinya dgn berbagai cara,akak sekarang byk berkongsi di group2 wasap je...tp pastikan sblm kita copy n paste,kita dh baca info tu terlebih dahulu sampai habis....insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu husna habiskan time maghrib jumaat tu..>_<

      inshaAllah apa yg kita dapat, bagi lah yang lain merasa..

      Delete
  7. menarik.tima kasih dik berkongsi

    pssttt:blom lg kot.masa cik abe ciksu ambik ada satu aje yg masuk.sampai nnti ciksu inform k :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama ciksue..:)

      husna risau plak..takut tak sampai.. sayang laa..:(

      Delete