Assalamualaikum w.b.t..
Membesar Di Merbok Dengan Nasi Hujan Panas Lembah Bujang | like seriously? Memang pon! Hahaha
rata-rata manusia kat Merbok, Kedah, pelajar atau bukan pelajar memang semua membesar
dengan nasi hujan panas kalau nak taw.. sampaikan ada yang jenis siang dan malam
wajib beli, husna pulak hanya setakat sebagai makan malam jelaa..
Husna mula kenal nasi hujan
panas sejak masuk belajar semula pada awal tahun 2015 dan sampai sekarang,
perasaan jemu tu tak jumpa lagi.. husna tak pasti apa laa yang berhantu sangat
Nasi Hujan Panas ni, kalau dalam
seminggu tak makan tidur tak lena dibuatnya.. ekekkeke.. 😆
Sedap ke Nasi Hujan Panas ni??
Mestilah sedap! Kalau tak, tak dak makna sampai termimpi-mimpi,
tersebut-sebut.. siap gigih tapaw bawak balik kat keluarga husna, sebabnya
penat dah asyik bawak balik cerita je.. komen diorang, abah macam biasa tak
suka pedas, mama pulak bagi thumbs up!
Husna suka sambal dya, pedas manis lain macam.. dan peliknya walaupun pedas tapi
tetap semorang mintak sambal lebih.. sesetengah pedas sambal kalau pedas
melampau tu kita dah tak boleh nak teruskan makan, tapi yang ini sambal banyak
macam mana pon husna tetap boleh teruskan.. durasi masa makan pon ambil masa
sikit laa sebab nak ambek nafas satu hal, nak nikmati satu hal, kemudian nak
kesat hingus lap ayaq mata lagi, selalunya husna makan sambil tengok cerita
pukul 7, hihihi baru layannn..
Berapa Harga Nasi Hujan Panas ni??
Harga mengikut saiz; S – RM2.00, M – RM3.00, L – RM4.00
dan Ayam Berempah – RM5.00..
Husna selalu beli S, M atau S
+ nasi lebih = RM2.50.. apa yang berbeza kat sini adalah berapa ketul ayam
dalam setiap saiz, nasi pulak jangan risau banyak macam biasa, cuma nya kalau
datang mood pelahapfobia husna tu terbeli laa nasi lebih.. ekekkeke..
Waktu Operasi Nasi Hujan Panas..
Nasi Hujan Panas ni dijual pada waktu pagi pada jam 7-11 pagi,
dan petang pada jam 4-10 malam.. tapi nya jangan harap pergi lewat-lewat
nak ada lagi, kekadang on the way nak
pergi kelas pukul 10 pagi tu pon dah tak nampak kelibat, punya awal tutup..
waktu malam lagi laa, kalau nak pergi beli, memang tak berani nak pergi lepas
maghrib, kang balik dengan tangan kosong, nangis tak berlagu..
Lokasi Nasi Hujan Panas, Lembah Bujang..
Kalau dulu diorang hanya bukak
gerai kecil tepi jalan je macam dalam gambar, tapi sekarang dah berubah
tempat.. Masih depan MRSM Merbok tapi dalam kiosk pondok perhentian bas bebetul
depan Restoran Shiema Corner..
Till then! See ya~❤