Assalamualaikum w.b.t
Kedah, 18
Jun 2020 –
Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia
telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif
pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti.
Di Kedah, Pusat Jagaan Insan Kesayanganku berganding bahu bersama Ayam
Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa
yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan
dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang
di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada
umum 24 jam.
Para petugas dan penduduk
setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan
komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah
menularkan inisiatif ini.
Para sukarelawan membalas jasa
baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan
produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala
dengan kari sardin dan salad buah makaroni!
Rozita
Binti Hasan turut
menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak itu sebagai sumbangan beliau kepada
pantri komuniti tersebut.
“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi
WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan
tersebut dan barangan yang diperlukan. Pusat
Jagaan Insan Kesayanganku telah banyak membantu penduduk di sini.
Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas saya.
Saya ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan Ayam Brand
menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Nasik Minyak, Gulai Daging Kentang dan Acar Timun Nanas,” jelas
Rozita.
“Saya berbangga dapat menyumbang
terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah
membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau.
Desas-desus mengenai pantri
komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pusat
Jagaan Insan Kesayanganku kepada lebih ramai penduduk di sekitar
daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri
makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.
“Komuniti kami berpakat untuk
menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu
yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib
baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga
yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Rozita menyediakan hidangan lazat
buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan
dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina
ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana
untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pusat Jagaan
Insan Kesayanganku, Puan Yusnita Mohd Yusuf.
Sehingga kini lebih 5,000 produk
Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan
barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu
mereka yang dalam kesusahan.
“Orang ramai memberi reaksi
berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam
kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan
ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada
juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang
lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi
gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan
minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya
yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.
Projek pantri komuniti
AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk
memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre,
Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.
“Respons terhadap pantri komuniti
ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini
dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih
ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’
ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah
menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta
momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre.
Menerusi program Tanggungjawab
Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah
menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan
makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO
amal sejak 13 tahun lalu.
Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima
dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah
senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:
Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu,
50100 Kuala Lumpur
๐PAHANG:
Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna,
Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan
๐TERENGGANU:
Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot
4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman
๐ KELANTAN:
Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf
Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu
๐ PERAK:
Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala
Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
๐ PENANG:
The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan
Scotland, 10450 Penang
๐ KEDAH:
Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman
Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
๐ PERLIS:
Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis
No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar
๐ NEGERI SEMBILAN:
Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa
Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450
Sungai Siput, Seremban
๐ JOHOR:
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15,
Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru
๐ SELANGOR:
Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1,
Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor
๐ SARAWAK:
Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No
22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
๐ SABAH:
Rumah Anak
Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100
Kota Kinabalu
Untuk maklumat lebih lanjut
mengenai inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou,
layari: https://www.ayambrand.com.my
alhamdullilah
ReplyDeleteInisiatif yang terbaik ๐
ReplyDeleteAntara initiatif yagn baik daripada Ayam Brand
ReplyDeletealhamdulillah.. usaha yg murni
ReplyDeletelama x update.. hehehe
ReplyDeletesekarang dah raya 2021 dah ni.. heheheh
ReplyDeleteCari baju renang untuk muslimah? Tekan link bawah ;)
ReplyDeleteSwimsuit Muslimah
Swimming Suit Muslimah
nice info!! can't wait to your next post!
ReplyDeletevisit mine: muhammad solehuddin https://uhamka.ac.id/
nice info!! can't wait to your next post!
ReplyDeletecomment by: muhammad solehuddin