Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Tuesday, September 20, 2016

5D Interactive World | Art, Creative, Education.


Assalamualaikum w.b.t..


5D Interactive World, Georgetown, Penang | selamat tengah hari! buat apa je semorang?? cuaca sekarang lembab je kepala pon asyik pikir nak lena.. huhuhu.. terpulang lah tengah buat apa, moga selamat semuanya..;)

husna nak sambung review hari tu! lepas selesai je kami team blogger utara habiskan sesi penjelajahan dalam Teddyville Museum, kami ke 5D Interactive World.. tapi sebelum tu jam di tangan sudah pon menunjukkan waktu tengah hari, perut masing-masing pon mengalahkan gitar buruk bunyinya maka kami singgah rehat, makan dan solat dulu, baru lepas tu ke acara seterusnya..

5D Interactive World, Penang

turun je dari kawasan Batu Feringghi kami terus menghala ke Georgetown.. Museum 5D nih dekat sangat dengan Penang Times Square, Gama dan Bangunan Komtar.. tapi kami guna Google Maps je senang dya tolong bagitaw jalan mana nak guna.. kalau Waze leceh sikit sebab dya main handuk je jalan one way yang no entry, nampak sangat sukati mak datuk dya.. ekekekke..




selalu sangat dah kan orang bercerita pasal muzium 3D, nah yang nih 5D terus! sebelum nak masuk muzium ni husna dah terbayang macam-macam, mana laa taw kan dah nama pon 5D.. agak teruja laa jugak sebenarnya.. 

bangunan bertingkat ini menempatkan pelbagai ruang untuk kita beraksi, pengunjung hanya perlu pandai menggayakan pose.. hihihi pandai posing cantik laa gambar.. kalau tak pandai, jadi macam husna effect muka tak real langsung.. akhir sekali guna model je senang.. ekekke..





dah nama pon 5D mestilah ada effect bunyi dan angin segala baru terasa impaknya.. dah masuk dalam ni ramai-ramai jenuh jugak laa tunggu giliran nak bergaya.. mujur waktu kami masuk nih tak ramai orang, muka-muka yang kami kenal jugak, jadinya tak dak laa segan sangat masing-masing nak strike a pose..


Bermain Sambil Belajar

 

bahagian ni bukan semata budak-budak je boleh mengasah bakat bermain tanah (clay), mak dan bapak budak pon boleh turut sama main hasilkan objek mengikut kreativiti masing-masing.. 

waktu ni semangat berkobar-kobar semua ahli BU menggentel, menonyoh dan menekan tanah (clay) untuk dapatkan hasil yang dibayangkan.. tengoklaa muka masing-masing, fokus sungguh! 




gambar bawah ni antara objek contoh yang ada.. husna agak mungkin hasil kreatif para pengunjung sebelum ni dan dijadikan sebagai rujukan.. 

cantik! ada yang terjangkau dek akal nak menghasilkan seketul benda alah tu.. nampak macam senang tapi cuba husna sekali buat, mungkin ada rupa tapi tak seteliti macam diorang buat.. 



yang ini hasil kerja cantum-cantum dari ahli BU.. sorang buat huruf, sorang buat bentuk love, sorang buat doraemon dan ada jugak yang tolong buat bunganya.. hihihi..

yeay, akhir sekali bergambar kenangan beramai-ramai satu kali! ini baru sebahagian dari ahli blogger utara, masih ada lagi yang tak dapat menghadirkan diri.. yang ini saja pon dah riuh satu penang, aicehh, iyaa lah tu kan hahaha..



inshaAllah moga bertemu lagi! dan jutaan terima kasih buat pihak 5D Interactive World kerana menerima baik kunjungan dari pihak kami.. jom laa luangkan masa berkualiti korang kat sini pulak.. ;)

5D Interactive World, Penang.

Lokasi: 29-F, Jalan Dato Keramat, Georgetown, 10150 George Town, Penang.
No. Telefon: 04-218 9676
Facebook: https://www.facebook.com/Ace5D/
Waktu Operasi: 9 pagi-6 petang, setiap hari KECUALI Isnin..




Till then! See ya~

Wednesday, September 14, 2016

Teddyville Museum, Penang | Kenali Penang Bersama Patung Beruang


Assalamualaikum w.b.t..


Teddyville Museum, Penang ; Kenali Penang Bersama Patung Beruang | sebelum terlambat, Selamat Hari Raya Aidiladha husna ucapkan.. semoga aidiladha pada tahun nih memberikan kalian pengertian sebenar pengorbanan.. 

pada tarikh kemerdekaan yang lalu husna dan beberapa orang sahabat #bloggerutara telah ke Teddyville Museum, Penang.. terima kasih yang tak terhingga kepada pihak muzium kerana menerima baik kunjungan dari pihak kami.. 


Teddy Bear di Anjung Gurney

ini pertama kali husna masuk ke dalam muzium yang husna sendiri belum puas teroka.. selalu kalau cakap pasal muzium je mesti pasal benda-benda sejarah yang bikin segelintir manusia menguap awal kan? ekekkke.. tapi Teddyville Museum ni lain dari kebiasaan.. 

Sejarah Bagaimana Teddy Bear Terhasil


sebelum masing-masing meneruskan sesi penjelajahan Penang ini bersama patung beruang, kami diberikan sedikit taklimat dan pengenalan disebalik penubuhan Teddyville Museum serta pengetahuan serba lengkap sejarah bagaimana seketul teddy bear terhasil.. sangat menarik perhatian husna, sehinggakan tak terjangkau dek akal apabila mengetahui sesetengah patung beruang yang original kat situ berharga puluh ribuan ringgit.. 

untuk mengetahui serba sedikit mengenai sejarah bagaimana teddy bear terhasil boleh layari Eintan Nurfuzie | Teddyville Perkenalkan Penang Melalui Patung Beruang..:)


kalau bercerita soal teddy bear nih siapa saja yang tak tahu kalau sejak dari kecil disogok dengan patung beruang kan.. sehinggakan anak patung yang bukan berupa beruang pon kita belasah panggil bear sebab dah terbiasa.. hihihi.. 

dan husna percaya sesetengah katil seorang perempuan, yang belum berkahwin terutamanya, tak lengkap kalau tak dak anak patung, ye dak? husna sendiri pon ada aih, tak boleh nak dalih lagi.. dua ketul orang bagi; Cik Ted dan Cik Moo.. yang sendiri beli dah selamat sumbat masuk lemari, kalau tidak, diri sendiri nak tido pon belum cukup ruang.. ekekke.. 


haa patung beruang yang dalam gambar kat atas nih dimaklumkan bahawa patung beruang yang paling kecil yang pernah ada.. tengok ke dya tu husna pon tak pasti apa sebab dya diwujudkan.. boleh buat hiasan jelaa kot.. huhuhu..

Kenali Penang Bersama Patung Beruang

miniature teddies
tiba masa untuk mulakan sesi penjelajahan.. sedikit gambaran semasa zaman Sir Francis Light jejakkan kaki di Georgetown, Penang..

alahai kecik gila depa nih.. rasa macam nak join main jual-jual macam kekecik dulu, mujurlah tertera "Do Not Touch".. :p



patung beruang sebesar manusia dewasa dalam persalinan Baba Nyonya.. hurmmm adik husna mintak tumpang riba kang baru taw! 

untuk pengetahuan semua, setiap satu teddy bear yang wujud di sini tak kira sama ada kecil atau besar telah dibuat dan ditempah khas untuk Teddyville Museum, Penang.. makna kata kalau nak pergi cari kat tempat lain yang macam nih memang tak dapat arr.. 

Teddy Bear di Perkampungan Melayu



Teddy Bear di Bukit Bendera.. comel sungguh lahai! >.<

Acik Bear tengah sibuk mencanting batik
yang kecil rasa nak picit, yang besar pulak rasa nak pelok.. kegilaan apakah ini?? 

sebenarnya banyak lagi gambar yang husna tak dapat nak kongsi sebab kalau kongsi semua kang tak nikmat dah laa bila hampa ke sana nanti.. tapi jujur cakap, husna nih dari awal sampai selesai sesi penjelajahan pon dok terpukau tak sudah.. sampai merah bateri phone asyik bergambar je.. hihihi..


Teddyville Museum, Penang
Alamat: Ground Floor, 54, Jalan Low Yat, 11100 Batu Ferringhi, Penang.
Hubungi: beary@teddyvillemuseum.com
No Tel: 016-550 5949
Harga Tiket: 






Till then! See ya~

Thursday, July 28, 2016

Phantamania, Penang : Trust No One, Just Have Fun!


Assalamualaikum w.b.t..


Phantamania, Penang : Trust No One, Just Have Fun! | Fuhhh! Lamanya tak bersiaran.. Apa khabar orang kampung? Alhamdulillah moga sihat semuanya..

minggu lepas Jumaat 22hb husna dan kengkawan ke Penang.. saja seronok nak jenjalan bercuti bersama sebelum masing-masing dah mula balik ke sarang.. ekekke.. paham jelaa kalau dah balik ke kampung sendiri memang susah laa sikit nak keluar berjalan mahupun bercuti, rumah kami pon bukannya dekat-dekat.. bila pulak nak jumpa, katanya tunggu salah sorang kenduri, ceit! hahahampeh..


kami pergi balik hari je jadi tak rancang nak pergi banyak tempat.. target kami cuma nak ke Phantamania lepas tu berbasikal sekitar Georgetown cari Street Art.. dan mestilah berharap cuaca pada hari tersebut tak hujan memandangkan sekarang asyik hujan je kan.. syukur sepanjang hari tak hujan dan tak jugak panas, elok dah petang nak hantar semula basikal sewa baru hujan rintik..

lebih kurang pukul 12 tengah hari kami sampai terminal feri Pangkalan Raja Tun Uda terus guna maps cari Phantamania.. pada mulanya kami sesat walaupun 5 minit je dari terminal feri  nak ke Phantamania nih sebab kami cari 163, Lebuh Victoria, padahal sebetulnya 193, Lebuh Victoria mana nak jumpa.. husna laa konfiden je suruh kawan waze 163, Lebuh Victoria.. blerghhh~😒

di laluan yang sama kami mintak tolong uncle sewa basikal yang ada kat kawasan tu tunjukkan.. dah jumpa tapi tu lah masalahnya kat Penang ni susah nak cari petak parking, lepas tu uncle tadi cadang guna kawasan parking berbayar sehari RM5.. dah alang-alang, kami sewa basikal terus je kat dya sebiji RM8, nasib itu paling murah yang husna pernah dengar.. kalau basikal pair plak, RM18..

PHANTAMANIA, PENANG..
Trust No One, Just Have Fun!

Bayaran masuk yang dikenakan untuk student hanya RM12.. Yuki, petugas di kaunter siap pesan kat kami nak berjalan masuk jangan guna muka, tapi guna tangan.. bunyi macam pelik dan suspend je kan.. hihihi.. rupanya jalan masuk penuh cermin weyh, memang kalau guna muka nih tak pasal je kemek hidung, benjol dahi.. ekekekke.. jadi untuk lebih berhati-hati kena laa teraba-raba sikit macam jalan dalam gelap tu..


Seronok! Masa kami masuk tu tak ramai sangat umat jadi husna biar je kengkawan masuk dulu baru kemudian husna menyusul.. sebab tak mencabar laa kalau ikut kawan.. boleh macam tu.. kihkihkih.. lepas tu boleh plak staff kat situ main acah suruh cepat..😑 dalam satu cermin tu memang laa kita akan nampak dya macam dah dekat, sebenarnya tak pon, berliku lagi nak sampai, dek kerana pantulan dari cermin tu kita je rasa dya dekat.. haa jadi jangan percaya dan jangan tertipu ye..


macam sesuatu je bila tengok gambar sendiri kat sini..😂

Lega bila dah selamat masuk kawasan Phantamania, lepas tu kenalaa cuba semua cabaran yang ada, bermain dengan ilusi gambar.. serius cakap staff kat sini semua peramah, nanti diorang yang akan tunjukkan macam mana nak bergambar menggunakan trick yang ada, walaupun di setiap point ada arahan bergambar macam mana nak beraksi.. kalau antara kengkawan korang semua pon nak masuk frame, boleh jugak mintak tolong staff ambekkan gambar.. hihihi..


planet mana laa yang diorang dah masuk..

bergaya gila bila dapat terapung macam nih.. nak taw macam mana caranya kena laa datang weyh! 😄


FREEZAMANIA


ini tempat paling best! sejukkkkk~ eh dah nama pon Freezamania mestilaa tempatnya pon sejuk.. sejuk lebih sikit dari suhu kat luar siapa tak nak.. lelagi kalau cuaca kat luar pon panas meletit-letit, lagi laa asyik nak duduk dalam ni je tak nak pergi mana kann.. tapi tak de laa sejuk sampai tak boleh tahan.. hihihi 

kat dalam ni ada igloo, orang salji, dan pelbagai lagi lah.. atau nak rasa sesuatu paling nikmat, hirup kopi yang disediakan.. hurmm memang layan..




dah cukuplah beratus-ratus keping bergambar dan selfie sampai lebam kat dalam tu, kami keluar nak habiskan aktiviti kat luar plak.. 


kau kunci cintaku di dalam hati mu.. 🎶
haa gituu, sebab tu sengih serupa kerang busuk je muahahaha..

ya Auloh! apa korang buat nih? dah tak sayang kawan ke? 😱

tadi di gari, ni dibiarkan tergantung laa pulak.. 😲

hambek kau semua dah macam orang labah-labah.. 😂
style kan gambar kami yang kat atas tu.. itu menggunakan khidmat staff yang available.. hihihi.. kalau tak taw cara memang tak menjadi jugak gambar nih.. nak jugak macam ni kena lah luangkan masa korang tu sikit.. sekali sekala melayan kepala best apa.. hihihi..



bersama Yuki, staff Phantamania, ramah gila dya nih lepas tu merendah diri sangat.. terima kasih buat semua staff Phantamania yang menjayakan kunjungan kami.. happening! tetiba rasa macam dah kenal lama sangat ngan semorang.. eh hahaha..

Phantamania, Penang.
Alamat: 193, Lebuh Victoria, 10300 Georgetown, Penang.
No. Telefon: 04-263 3193
Masa beroperasi: Setiap hari pada pukul 10 pagi hingga 7 malam.
Tiket masuk:
(Harga Promosi Pembukaan)
Dewasa - RM19
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua - RM12

(Harga Biasa)
Dewasa - RM28
Kanak-kanak/Pelajar/Warga Tua - RM18
Kanak-kanak bawah 100cm - Percuma



Till then! See ya~