Wednesday, September 14, 2016

Teddyville Museum, Penang | Kenali Penang Bersama Patung Beruang


Assalamualaikum w.b.t..


Teddyville Museum, Penang ; Kenali Penang Bersama Patung Beruang | sebelum terlambat, Selamat Hari Raya Aidiladha husna ucapkan.. semoga aidiladha pada tahun nih memberikan kalian pengertian sebenar pengorbanan.. 

pada tarikh kemerdekaan yang lalu husna dan beberapa orang sahabat #bloggerutara telah ke Teddyville Museum, Penang.. terima kasih yang tak terhingga kepada pihak muzium kerana menerima baik kunjungan dari pihak kami.. 


Teddy Bear di Anjung Gurney

ini pertama kali husna masuk ke dalam muzium yang husna sendiri belum puas teroka.. selalu kalau cakap pasal muzium je mesti pasal benda-benda sejarah yang bikin segelintir manusia menguap awal kan? ekekkke.. tapi Teddyville Museum ni lain dari kebiasaan.. 

Sejarah Bagaimana Teddy Bear Terhasil


sebelum masing-masing meneruskan sesi penjelajahan Penang ini bersama patung beruang, kami diberikan sedikit taklimat dan pengenalan disebalik penubuhan Teddyville Museum serta pengetahuan serba lengkap sejarah bagaimana seketul teddy bear terhasil.. sangat menarik perhatian husna, sehinggakan tak terjangkau dek akal apabila mengetahui sesetengah patung beruang yang original kat situ berharga puluh ribuan ringgit.. 

untuk mengetahui serba sedikit mengenai sejarah bagaimana teddy bear terhasil boleh layari Eintan Nurfuzie | Teddyville Perkenalkan Penang Melalui Patung Beruang..:)


kalau bercerita soal teddy bear nih siapa saja yang tak tahu kalau sejak dari kecil disogok dengan patung beruang kan.. sehinggakan anak patung yang bukan berupa beruang pon kita belasah panggil bear sebab dah terbiasa.. hihihi.. 

dan husna percaya sesetengah katil seorang perempuan, yang belum berkahwin terutamanya, tak lengkap kalau tak dak anak patung, ye dak? husna sendiri pon ada aih, tak boleh nak dalih lagi.. dua ketul orang bagi; Cik Ted dan Cik Moo.. yang sendiri beli dah selamat sumbat masuk lemari, kalau tidak, diri sendiri nak tido pon belum cukup ruang.. ekekke.. 


haa patung beruang yang dalam gambar kat atas nih dimaklumkan bahawa patung beruang yang paling kecil yang pernah ada.. tengok ke dya tu husna pon tak pasti apa sebab dya diwujudkan.. boleh buat hiasan jelaa kot.. huhuhu..

Kenali Penang Bersama Patung Beruang

miniature teddies
tiba masa untuk mulakan sesi penjelajahan.. sedikit gambaran semasa zaman Sir Francis Light jejakkan kaki di Georgetown, Penang..

alahai kecik gila depa nih.. rasa macam nak join main jual-jual macam kekecik dulu, mujurlah tertera "Do Not Touch".. :p



patung beruang sebesar manusia dewasa dalam persalinan Baba Nyonya.. hurmmm adik husna mintak tumpang riba kang baru taw! 

untuk pengetahuan semua, setiap satu teddy bear yang wujud di sini tak kira sama ada kecil atau besar telah dibuat dan ditempah khas untuk Teddyville Museum, Penang.. makna kata kalau nak pergi cari kat tempat lain yang macam nih memang tak dapat arr.. 

Teddy Bear di Perkampungan Melayu



Teddy Bear di Bukit Bendera.. comel sungguh lahai! >.<

Acik Bear tengah sibuk mencanting batik
yang kecil rasa nak picit, yang besar pulak rasa nak pelok.. kegilaan apakah ini?? 

sebenarnya banyak lagi gambar yang husna tak dapat nak kongsi sebab kalau kongsi semua kang tak nikmat dah laa bila hampa ke sana nanti.. tapi jujur cakap, husna nih dari awal sampai selesai sesi penjelajahan pon dok terpukau tak sudah.. sampai merah bateri phone asyik bergambar je.. hihihi..


Teddyville Museum, Penang
Alamat: Ground Floor, 54, Jalan Low Yat, 11100 Batu Ferringhi, Penang.
Hubungi: beary@teddyvillemuseum.com
No Tel: 016-550 5949
Harga Tiket: 






Till then! See ya~

18 comments:

  1. ishh byknye bear...
    jenuh peluk..eh boleh peluk x
    mesti bau masham je bear2 tu kan dah ramai yg peluk haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bear yg kat pintu depan tu husna dah selamat pelok dah kak el.. nasib laa depa kena semboq perfume bnyak2 lepas nih..

      Delete
  2. Comelnya bebear tu...
    Geram nya..
    Kalau p ngn ank ni mmg masalah jugak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. mesti merengek nk bawak balik teddy bear.. tapi x pe.. ada kedai suvenier kat situ jual teddy bear.. cuma prepare duit je.. hehehe

      Delete
    2. kat kedai souvenir tu pon bleh tahan gak laa harganyaa.. hahaha..

      Delete
  3. mmg mencerminkan org dan budaya di penang.. ce try pi bukiyt bndera... mak arab bercambah.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha patot laa depa buat bear berpurdah.. style lah! kali pertama naik masa darjah 6.. itupon hiking.. inshaAllah tgh plan nak naik lg tp bukan hiking laa.. kihkihkih..

      Delete
  4. senang cakap memang banyak teddy bear. rugi kalau tak pi...
    bak kata GM Teddyville sesuatu tempat yang menarik mesti boleh ambil banyak gambar....

    cuma larat dengan tak larat ambil gambar saja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itu satu hal! merah betri wooo masuk sini.. semua cara dan gaya nak di rakam.. tak puas rasa sebab tak brapa perfect gambaq yg terhasil..

      Delete
  5. Tempat ni org pmpuan p memamg teruja..entah bila en suami nk nawak jalan2 png ni..byl tempat nk p..tp beliau kata tak berani drive tak tau jalan.alasan tu yg buat segala plan terbatal.huhu..

    ReplyDelete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.