Assalamualaikum w.b.t..
Resepi Air Asam Berkerisik Sedap Dan Mudah | Salam Jumaat buat semua pembaca blog husna! tengah hari ni husna nak kongsi resepi lagi.. jangan risau resepi mudah je sebab tak perlu masak apa pon, nama pon air asam salah satu menu pelengkap selera, nak masak apa lagi kan.. kalau makan nasi berlaukkan ikan bakar mesti rasa tak sedap kan tak dak air asam..
ermmm tetiba rasa kecur air liur teringat kerang bakar cicah air asam.. dapnyaaaaa~ >_<
kebiasaannya resepi air asam yang selalu dibuat di rumah husna sama ada berkerisik atau tidak saja.. tapi selalunya memang wajib berkerisik sebabnya baru bertambah selera dengan pekat-pekat air asam.. Air Asam Berkerisik ni dibuat semasa Raya Haji yang disambut beberapa hari lepas sebagai pelengkap untuk Menu Nasi Daging husna.. baru berselera semua orang makan kann.. hihihi..
Resepi Air Asam Berkerisik
Bahan-bahannya:
- Tomato
- Bawang Besar
- Cabai Merah
- Cabai Melaka
- Kerisik
- Belacan
- Garam
1. Pertamanya potong bawang besar, tomato dan cabai merah halus-halus atau mengikut cara masing-masing.. Letak dalam bekas, masukkan kerisik dan ketepikan..
2. Semetara itu, tumbuk cabai melaka, belacan dan garam sehingga sedikit lumat.. Tak lumat cabai melaka tu pon tak paa asal sebati, baru nampak sedikit kewujudan si hijau-hijau cabai melaka.. ekekekke..
3. Dah selesai menumbuk, masukkan ke dalam bekas tomato dan bawang tadi.. Tambahkan sikit air lesung tu baru sedap berganda.. Lepas tu terpulang nak ramas dengan tangan sendiri atau guna sudu je.. tapi nak lebih kepuasan mestilah guna tangan sendiri, jangan lupa lapik dengan plastik plak, kang terbakaq tangan sebab panas cabai.. huhuhu.. kemudian rasa laa sikit kot terkurang garam ke kan..
Dah siap! macam ni jelaa cara air asam di buat di rumah husna.. cara di rumah orang lain husna tak tahu.. Selamat Mencuba! :D
Till then! See ya~❤
sy mmg suka sgt air asam mcm ni. hehe. terliur!
ReplyDeletekalau dapat yg pedas dan boleh terasa gigit cabai melaka lagi aumm kan.. :D
DeleteSedapnya
ReplyDeletehihihi cuba sendiri nanti baru boleh tahu sedap ke tak..:)
DeleteWow terbaiklah air asam merisik husna ni.kak muni pun tak pernah buat camni..malas nk beli kerisik temanya.nti boleh cuba.hehe..
ReplyDeletekerisik bahan wajib ada dalam peti ais rumah husna kak muni.. hihihi..
Deleteyesss buh kerisik lah paling sodap di dunia
ReplyDeletekannnn.. pekat berkrim disukai ramai.. hihihi..
Deletemana ada cream.. berminyak je...
Deletekalau letak kerisik memang sedap sgt tu
ReplyDeleteitu laaa kan..:)
Deletesedapnyaaa.. lama kak nina xmakan
ReplyDeletenanti rebus daging boleh laa cicah ayaq asam.. hihii..
Deletedh proses daging tu husna siap bt bihun sup.. nk try bakaq pulak. hehe
DeleteTenkiu Husna, nanti Zumal nak cuba resepi ni
ReplyDeletedok reply mcg semua nih tetiba rasa teringin plak.. hahahaha..
Deletewalaupun dulu family saya kerja buat kerisik, tapi saya x suka kerisik.. hehehe
ReplyDeletehahahaha ini pelik! kena bgtaw dlm group nih.. hari tu abg arz cari apa yg pha is tak makan kan.. hihiih..
Deleteshhhh.....
Deletesedapnyaaaaaa la haiiii
ReplyDelete