Assalamualaikum w.b.t..
Sambutan Hari Jadi Eera di
Rose Cherry Bakery Café | sambutan yang tak dirancang pon sebenarnya, hanya
bermain di dalam kepala husna nih je.. sebab selalunya kalau jenis rancang
kemain ada itu ini pung pang sana pung pang sini pada akhir nanti tak jadik pon,
buat letih pikir je.. meluat taw!
Jadi kita biar kita je yang
taw, lagipon jenis husna jugak, suka sesuatu yang surprise.. :D
dan Alhamdulillah plan menjadi..
dan Alhamdulillah plan menjadi..
Rabu, 27 hari bulan, minggu
lepas, husna bagitaw Ummi nak sambut birthday
Eera pada keesokan harinya, sebab esok tu hari jadi dya.. dan kebetulan Eera
tumpang Ummi balik Permatang Ara sekali, senang sangat laa.. kengkawan
yang lain pon husna dah inform, dan diorang setuju.. lama tak berkumpul
makan sekali walaupun satu kos satu uitm, kes nya sebab memasing kelas dah asing-asing.. huhuhu..
Khamis, 28 hari bulan, sebelum
kitaorang habis kelas Issue dengan Dr. J petang tu, Ummi dan Eera tak ambek
Issue jadi mintak tolong Ummi dan Jiha (housemate Ummi) jap pergi ambek belon Helium dari sorang kakak nih kat Sg.
Layar.. proses beli belon helium tu pon husna search insta pagi tu jugak.. muehihihi..
lepas habis kelas je sebelum
semuanya beransur pulang ke kampung memasing untuk bercuti, Nurul dan Chah
pergi ambek Eera kat rumah, Husna dan Azie gerak terus ke Rose Cherry Bakery Café,
Laguna Merbok.. memandangkan Eera nih tak pandai nak berprasangka dya cuma diberitahu
Ummi ada kerja dan nanti diorang akan berjumpa di Laguna, tu je.. hihihi..
bila dah sampai kafe baru taw.. hihihi :)
Happy 24th Birthday
Nazeerah Anuar!
Rose Cherry Bakery Cafe, Laguna Merbok.
dan mestilah dengan pertolongan dari kakitangan kafe tu jugak.. terima kasih banyak sebab ikut je kemahuan kitaorang dan tak usir kitaorang makan kat luar, dah tawu ramai nak jugak sesibuk gabung meja makan kat dalam.. erk air cond punya pasal weyh! :p
kat sini cakap sesiap pesen semua air kena letak gula sendiri.. kalau order air ber-susu pon kena jugak letak gula sebabnya air korang tu memang tawar walau warna dah mengancam habis.. hihihi jangan risau botol air gula memang datang sekali dengan air korang, rujuk gambar atas..
jom tengok apa yang kitaorang makan..:D
Nasi Putih with Mixed Vegetable Soup | RM5.90 |
Samosa | RM4.90 |
Meatball Spaghetti Bolognaise | RM11.90 |
Nasi Putih with Lemon Chicken | RM6.90 |
Kungfu Noodle | RM7.90 |
Creamy Chicken Carbonara | RM10.90 |
terima kasih semua! dan maaf tercuri masa hampa.. hehehe.. muah ciked! |
eh, rainbow cake korang serius sedap! ★★★★
Rose Cherry Bakery Cafe
Alamat: No. 20,, Lorong BLM 1/2, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah
No. Tel: 04-444 5443
Waktu Operasi: Isnin-Sabtu, 9.30 pagi - 11.00 malam (TUTUP: Ahad)
Rose Cherry Bakery Cafe
Alamat: No. 20,, Lorong BLM 1/2, Bandar Laguna Merbok, 08000 Sungai Petani, Kedah
No. Tel: 04-444 5443
Waktu Operasi: Isnin-Sabtu, 9.30 pagi - 11.00 malam (TUTUP: Ahad)
Till then! See ya~❤