Assalamualaikum w.b.t..
Hampir setiap wanita mahupun lelaki sangat suka memakai minyak wangi. Pemakaian minyak wangi sedikit sebanyak boleh meningkatkan keyakinan diri serta
menyerlahkan penampilan. Tapi, bagaimanakah caranya untuk membuat
bau minyak wangi bertahan lebih lama? Terdapat beberapa cara yang
boleh mengekalkan aroma indah tersebut:
Guna minyak wangi sebelum siap berpakaianAda beberapa sebab mengapa tips ini merupakan yang terbaik. Pertama, minyak wangi boleh mengotorkan pakaian. Kedua, jika kita menggunakan minyak wangi secara terus pada badan, ia akan diaktifkan oleh haba semulajadi badan kita. Oleh sebab itu, bauan wangi akan kekal lebih lama berbanding sebelumnya.
Sembur, bukannya menggosokSangat tak digalakkan untuk menggosok minyak wangi kerana perbuatan mengosok boleh menghancurkan molekul wangian tersebut, lantas menyebabkan bau menjadi berbeza. Sebaliknya, hanya semburkan minyak wangi, kira-kira 15-25 cm daripada kulit kita. Semburan ringan akan menyebarkan bau yang sama rata pada badan.
Di mana perlu menyembur minyak wangi?Tempat yang terbaik untuk menggunakan minyak wangi adalah pada titik nadi badan. kita disarankan untuk menyembur minyak wangi pada bahagian belakang telinga, pangkal tekak, pergelangan tangan, siku dan belakang lutut. Dengan cara ini, bauan minyak wangi anda akan bertahan lebih lama.
Lembapkan kulit sebelum menggunakan minyak wangiKajian saintifik menunjukkan bau minyak wangi kekal lebih lama pada kulit berminyak, berbanding kulit kering. Ramai orang melihat kulit berminyak sebagai satu masalah, tetapi sebenarnya ia mempunyai kelebihan di mana boleh mengekalkan bau minyak wangi lebih lama. Oleh itu, jika anda mempunyai kulit kering, lembapkan dahulu dengan menggunakan pelembap yang tidak mempunyai bau sebelum menyembur minyak wangi, ia akan membantu bau wangian tahan lama.
Simpan wangian di tempat yang betulLindungi minyak wangi daripada kelembapan, haba dan cahaya. Tempat yang seeloknya ialah kawasan yang sejuk dan kering dan jauh daripada cahaya matahari secara langsung. Selain itu, digalakkan untuk membeli minyak wangi dalam botol semburan kerana ia akan membantu untuk mengelakkan penyejatan aroma dan tindak balas kimia dengan udara.
Sumber : yahoo.com
harap berguna buat kalian.. =) sedikit sebanyak info ni telah ubah cara husna memakai perfume.. dari pemerhatian, sering kali ramai yang suka pakai perfume di luar baju.. gigih nak bagi wangi, dihabiskan sampai satu botol.. actually perempuan ni wangian tu berpada-pada je kalau nak pakai kan..
أيما
امرأ ة استعطرت ثم
خرجت فمرت على قوم
ليجد و ا ريحها
فهي زانية
“Siapa sahaja perempuan yang
memakai minyak wangi, kemudian dia keluar, lalu dia melewati satu kaum (orang
ramai) supaya mereka mendapati (mencium) baunya, maka dia itu adalah perempuan
zina.”
(Hasan riwayat Ahmad, Nasa’i,
Abu Dawud, Tirmidzi, Ibnu Hibban, Hakim, Ibnu Khuzaimah dan Thahawi dari jalan
Abu Musa).
Wallahualam..
Till then!! See ya.. ♥
p/s-keluar cari barang sekolah adik-adik hari ni.. =)
owh...bagusnya..tip yg berguna
ReplyDeletehusna cuma kongsikan je.. =)
Deletepki minyak wgi dkt pergelangan tgn je..x sembur..hahaha..:P
ReplyDeletesembur sikit kat leher je.. hehehe..
Deletetak boleh sembur minyak wangi kat badan sebab nanti akan rasa gatal2. huhu
ReplyDeleteowh.. kes allergic ye..
Deletewah.... baru tahu.... slalu pakai baru.. baru pakai minyak wangi... pasni kena tukar cara ....
ReplyDeleteMy recent post : Aku Barista, Peminat Tegar Kopi.
untuk lebih efisien.. hehehe..
Deletenice share.. jrg pkai minyak wangi..
ReplyDeletekenapa?? sapu sikit je tak pe..
Deleteyg number 4 tu baru tau. tq. :)
ReplyDeletehusna pon sama.. hehehe..
Deletelaa. . yg pertama dn kedua tu akak br tau. . tq husna
ReplyDeletehusna cuma berkongsi je kak.. =)
Deletethanks husna share tips ni.
ReplyDeletebetul tu
sama-sama ciksue.. =)
Deleteyeaahh, good sharingg.. best2.. jana singgah neh, jmput follow jana.. tQ..:)
ReplyDeletethanx jana!! =)
Deletenice tips.. rasa mcm pernah baca dulu.. slalunya kite sembur kat baju jer kan.. haha.. pas tu sapu2 sikit kat pergelangan nadi..
ReplyDeletehusna tak berapa suka sembur kat baju.. nanti baju jadi tak elok.. bertompok..
Deletewah baru tahu ni. nice sharing ! ley jimat
ReplyDeleteBaru Zumal tau macam mana nak kekalkan wangian minyak wangi. Thanks Husna ^-^
ReplyDeletesiqah hanya tahu sembur minyak wangi pada tapak nadi badan saja.. tips yang lain baru tahu hari ni. tq sharing :)
ReplyDeletesinggah dan follow sini husna #1396 :D
Terima kasih infonya gan.
ReplyDeleteLumayan buat nambah elmu.
Gema Parfum
Minyak Wangi Pria Terfavorit.
----------