Assalamualaikum w.b.t..
Selasa minggu yang ketiga
still tak dapat nak masuk kelas macam biasa, sebab clash dengan degree.. jadi
lecturer ubah pergi hari lain.. maknanya Selasa di isytihar cuti tanpa sebab..
macam minggu sebelumnya siap buat Nasi Tomato sebab bosan..
dan dua minggu lepas kami tempah
tiket wayang Ular.. dek kerana terpengaruh dengan iklan tv dengan radio, juga
semangat datang dari pelosok mana tah teringin sangat nak tengok wayang,
makanya malam tu is girls day out.. jarang dapat keluar sekali semua.. kalau
tak, ada saja yang kurang..
Filem Ular arahan Jason Chong,
telah mendapat tempat di hati peminat filem aksi.. terus terang husna cakap,
setakat nak masuk wayang tangkap leleh baik tak payah.. akan datang nanti
banyak tersiar di kaca tv.. Ular filem pertama melayu yang husna tengok kat
wayang.. lain semua English.. husna pasti ramai yang taw apa sebabnya.. eh!
Bukan sebab adegan 18SX ye.. selalu layan aksi je.. baru best!!
Cerita ni mengisahkan seorang wartawan yang terpaksa membuat liputan di Pulau Batik Panjang yang dibuka oleh seorang banduan di tempat terpencil.. umum percaya bahawa di pulau itu ada sesuatu yang luar biasa.. tak sangka memang betul.. beribu ular sawa batik hanya dikurung dengan pagar elektrik.. pengujung yang menang percutian ke pulau tersebut memang tak tahu langsung kewujudan ular-ular itu.. malangnya pada satu malam, seorang pengunjung telah mematikan suis pagar elektrik untuk cari privasi di tempat ular-ular itu.. dan malam tu jugak kesemua pengunjung termasuk wartawan dan photographer nya meninggal dek kena baham dengan beribu ular sawa batik.. tak siapa yang berjaya keluar dari pulau tersebut..
Pendapat husna, kurang setuju
bila semuanya mati.. sepatutnya wartawan, Lisa Surihani dan photographer nya,
Yursy Abdul Halim, patut keluar dari pulau itu dan bagi taw perkara sebenar
pasal pulau tu.. at least tak de la orang lain tertanya-tanya.. tak pun mereka
berdua hidup bahagia bersama mungkin??
Penuh debaran.. husna tengok
siap tutup muka macam tengok cerita hantu.. agaknya kalau tengok cerita hantu
macam mana la rupanya??
Till then!! See ya.. ♥
p/s- dalam cerita ni hampir semua
mati dalam keadaan yang hina.. Nauzubillah..
nak tengok jugak la..bagus la takde y selamat..leh wat part2..hihi
ReplyDeletehuhuhu.. kalau buat part 2 nanti mesti dah jadi tak best..
Deletebest ke..? pha ni kalau cerita melayu, rasa macam x berbaloi je tengok kat wayang.. heheh
ReplyDeletehehehe.. husna pon sama laa dgn pha is.. tapi ini cerita melayu yg husna sendiri ajak kengkawan tengok.. ceritanya not bad laa.. =)
Deletetak tgk pon lagi. hihi
ReplyDeletekalau semua apa cer.. mmmm
ciksu tinggal alamat kat sini la ye. lps husna amik, husna delete la ye... tenkiu
kalau mati semua, macam tak dak penyelesaian jugak lah cerita nih..
Deletetak de pon alamatnya ciksue.. =(
yup.. mati semua.. hehehe.. itu suprise!!
ReplyDeleteAA belanja?? =P
alamak tak lepas la tu. haishhh.
ReplyDeleteagaknya laa.. husna dah delete.. thanx ye.. =)
Deletemacam ngeri ye..huhu..brp star husna bagi ..cewaahh
ReplyDeletehahaha.. tak pandai nak bagi star lah akak.. main tengok je..
Deletepengarah tu tak jumpa ngan husna . kalau idak mesti jalan cerita nya jadi lain kan...
ReplyDeletetapi betul jugak kata husna tu. klau dah ending mati. rasa mcm tak tengok pun tak pe.kalau ikutkan, kekuatan sesebuah cerita tu bergantung kepada how they struggle to fight sehingga dapat atasi semua masalah tu. kalau dah mati..mcm tak best le ending nya.
silap betul husna tak jumpa jason chong ni.. kalau tak mesti box office dah.. hahaha..
Deletecerita ular ni ada sipi2 macam serita omputih apa tajuk ntah..laju je komen sbb dh baca.hakhak
ReplyDeleteada!! macam cerita Cobra kan kak??
Deletetapi yg omputih tu husna tak igt jalan cerita.. huhuhu.. xleh nak relate..
tak berkesempatan lagi nak tgk cerita ni..cambest je
ReplyDeleteboleh tahan best!! =D
Deleteboleh tahanlah cerita ini ..tapi bnyak yang perlu di baiki lagi
ReplyDeletepengarah baru.. hehehe..
Deletebeg channel tu ada kaitan ke husna. . ?
ReplyDeleteerk!! beg tu housemate husna punya..
Deletedan gambar tu pon dya yg ambil.. hehehe..