Wednesday, December 04, 2013

Resepi Nasi Tomato Derhaka


Assalamualaikum w.b.t..


Ini kisah pasal menu tengah hari semalam.. di sebabkan sehari kelas tak dak, pakat cancel habis, menu tengah hari kami mestilah nak yang special sikit.. muehehehe.. banyak masa jadi tangan gatal nak bertukang di dapur.. lagipon kebanyakan bahan dah ada, pergi kedai pon semata-mata nak beli tomato puree dengan cuka.. =)

First time buat nasi tomato.. resepi husna rujuk kat Tiffin Biru dengan Iris Kitchen.. bila dah google, memacam version nasi tomato keluar.. nak mudah punya pasal pastu pikir nak guna barang yang sedia ada kat rumah sewa jadi kita derhaka sekejap.. hehehe.. ubah-ubah apa yang patot.. =P


Bebahan :

5 cawan beras
1 tin kecil tomato puree
2 s/b sos tomato
2 s/b marjerin
1 biji bawang besar, hiris *
2 ulas bawang putih, hiris *
1 inci halia *
daun pandan
1 cawan susu sejat
Empat sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, biji pelaga) *
Garam
Air

Cecara :

1. Tumis bahan bertanda (*) dengan marjerin hingga naik bau.. kalau boleh sampai satu rumah hidung tersumbat dengan bau tumis tadi ye..
2. Basuh beras dan masukkan ke dalam kuali tumisan tadi.. kacau rata..
3. Masukkan tomato puree, dan sos tomato.. kacau kasi mesra supaya masuk dalam rice cooker nanti tak gaduh..
4. Dah mesra, masukkan beras tu dalam rice cooker, sekali dengan susu sejat, air dan garam secukupnya.. daun pandan jangan lupa, kasi wangi itu nasi.. =)


nasi tomato, ayam masak merah, acar timun


Nasi tomato makan dengan ayam masak merah, dan acar timun.. ish, lapar balik boleh?? 



Till then!! See ya.. 














p/s- malam ni jangan lupa layan Hindustan ye.. =D


38 comments:

  1. PERTAMA KALI KOMEN SINI : hamboi!! derhaka sangat ke nasi ni?? 1st time dengar.. nice entry..! thanks for sharing dear..~ :D tengok makanan ni rasa lapar lak tetiber --' !

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..kite yg buat dya la rasa derhaka.. sebab ubah resepi orang.. =P

      Delete
    2. haishhh patutlah !! kita betul2 ingatkan memang nama nasi tu macam tu !! :P eh ! kita letak awak dalam bloglist kita taww :D

      Delete
    3. hehehe..maaf lah ye..

      thanx!! nnti husna letak balik.. =)

      Delete
  2. sedapnya.lengkap satu set.boleh buat meniaga ni, kalau time ada event. menarik warna nasi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. tak de la sampai nak meniaga kot cik sue.. =P

      Delete
  3. wah menarik resepi ni nanti boleh la try..hehe

    ReplyDelete
  4. morning husna.apa salahnya.
    thanks gtau k. ciksu nmpk dah. giant tu selalu nmpk. hihi. sbb sp ciksu sllu pi. arwah adik beli rumah kat area situ.

    thnks :-)

    ReplyDelete
  5. Terkejut mak aii!! tomato derhaka!!! hahahahahaha... macam sedap jer..nak rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. pembuat dya rasa derhaka.. LOL~

      nak rasa kena la buat.. hahaha..

      Delete
  6. nasib baik baca lepas lunch..kalau sebelum lunch tadi mau meraung cari makanan gak nih..hahahaha

    Regards
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Adoiiii lapar la pulak hu..macam best je huhu

    ReplyDelete
  8. sian nasi tu. derhaka ko kasi nama. hakssss....

    sib baik bukan tanggang yang masak.

    ReplyDelete
  9. simple je..nampak sedap ni..nak sikit..lapar balik jugak ni :p

    ReplyDelete
  10. huish... mujur perot dah terisi.. kalo tak boleh menitik air liur tgk nih... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. adehh.. cover sikit kak.. nnti orang nampak..hahaa..

      Delete
  11. nama menu kan main lagi...hahaha

    husna klu mmasak mesti sedap kn... :)

    ReplyDelete
  12. waaaa...sedapnye...balas kunjungan n follow back...jemput ke blog saya :) http://nurnaa-irah.blogspot.com/2013/12/lifestylediary2.html

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum...husna,

    wahh.. nasik tomato pernah dengar derhaka tu baru pertama kali dengar...hehehe

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam..

      sekali sekala tukar nama resepi..=P

      Delete
  14. Salam husna

    kalau memasak jimat belanja berbanding belikan,itupun kalau mkn ramai2.....akak rasa makanan di keda harga sgt murah berbanding di tmpt akak ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam kak..

      betul tu.. kalau nak masak sikit je tak berbaloi rasanya.. =)

      Delete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.