Saturday, November 30, 2013

D’King Mee Udang Banjir, Sungai Petani


Assalamualaikum w.b.t..


Tengah membosan kat rumah sewa, tetiba teringat pengalaman satu family makan di D’King Mee Udang Banjir, Sungai Petani, Sabtu malam tempoh hari.. selalu hari Sabtu memang mood layan Hindustan jer tapi hari ni punya cerita tak best langsung.. jadi ada baiknya husna cerita pasal kejadian minggu lepas..

Maaf lah, kalau cerita yang di sampaikan dah tergolong dalam cerita basi.. actually banyak je cerita basi.. tapi tak kisah lah, husna nak cerita jugak.. muehehehe.. =P

Dua hari sebelum berhenti kerja, dah plan gaji yang husna bakal dapat tu nak belanja family makan makanan western.. tapi macam mana tah, plan tu tak jadi.. yelaa kita hanya mampu merancang Allah jua yang menentukan.. =)

Pastu teringat satu restoran ni kalau on the way nak balik jer mesti nampak sipi-sipi.. tak taw plak famous.. sebab kedainya macam tersorok sikit.. abah husna ni penggemar mee.. tak kisah lah mee masak apa pon.. mee kuah?? Mee kari?? Mee goreng?? Semua dya suka.. kami satu family pon tak dak yang tak makan mee.. so why not give them a try..

Sabtu lepas, on the way nak hantar husna balik merbok, kami singgah di D’King Mee Udang Banjir.. menu utama kat sini of course la mee udang.. kalau nak makan nasi pon boleh.. hasil laut semua fresh, siap boleh pilih nak yang macam mana dan masak apa.. pintu masuk pon menarik je.. restoran ni bertemakan warna oren.. lagi lah menarik.. =P

elok dah duduk pak cik yang ambil order sampai.. lepas dah order minum semua, kami pesan 6 mangkuk mee udang.. pak cik tu terkejut!! Dya cakap 2 mangkuk cukup kot.. kami makin pelik, banyak sangat ke kalau satu mangkuk tu?? Pak cik tu cakap, dya buat 2 mangkuk.. 1 mangkuk 2 orang makan.. kami yang first time nak try, hanya mampu cakap ok!! Hahaha..

D'King Mee Udang Banjir, Sungai Petani

bila order dah sampai, nah!! Semua terkejut.. siap cakap boleh habis ke kita nih.. hahaha.. nasib baik pak cik tu bijak nak explain dulu kat kami.. kalau tak memang muntah mee la lepas tu.. udang pon kemain besar.. rupanya konsep makan kat sini hidang bebanyak terus, lepas tu agih dalam pinggan lain ye.. =) baru tahu..

D'King Mee Udang Banjir


menu pilihan mee udang special.. udang laut.. RM12 untuk sorang makan.. nak makan udang bela pon boleh tapi time tu stok tak dak nak rasa udang bela..

Alhamdulillah, kenyang semua.. =) lepas ni kalau teringin mee udang besar nak mampos boleh lah singgah lagi.. =D


Till then!! See ya~ 














p/s- rasa kuahnya lebih kurang kuah char kuew teow.. =)


34 comments:

  1. pernah makan kat situ 2 kali .
    Makanan situ boleh tahan sedap :'D

    ReplyDelete
  2. dua tiga kali juga makan kat sini..makin hari makin tak sedap plak meenya...pasni takmo p dah..buat mee udang sendiri kt umah lagi sodap.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. adat kedai makan la kak..hehehe..

      yg buat sendiri kat rumah tu memang tak boleh lawan..=D

      Delete
  3. wah, macam best je. bole singgah kat situ nanti. mmg favourite mee udang ni, ;)

    ReplyDelete
  4. Mertua pcl org Sp..dah 2, 3 kali ke D'King. .Memang banjir habis haha. Sedap.

    ReplyDelete
  5. nama dah gempak dah.. nnti bila turun SP, nk kena pi cari ni.. hehehe

    ReplyDelete
  6. ya Allah, sedapnya :D
    selalu makan dekat pualu sayak :)

    ReplyDelete
  7. perghhh mmg puas hati la kalo dpt mkn udang besau2 punya... huhu.... citer hindustan apa yg x best tu?? kalo SRK yg berlakon kompem best kan... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas hati sangat kak deq..=)

      kalau SRK xpe, ni ntah pelakon mana tah.. huhhu..

      Delete
  8. Replies
    1. hehehe..maafla ye kalau buat anda berasa lapar..

      Delete
  9. Wah! Ni firdt time ni akak dengar restoran yang serve banyak2 dlm satu mangkuk macam ni.. Unik! Dah lama teringin nak makan mee udang.. Dapat plak udang yang besar gedang cani ka? Pergh! Syoknya..
    http://miezashaklee.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. husna pon sama kak..hehehe.. sebab tu terkejut..

      Delete
  10. Udang bela lebih murah dr udang laut...akak x makan udang bela sbb kat sini ada byk kolam udang bela,kalau lalu di tmpt pembiakan tu...rasa tk lalu bila nak makan,,,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu pon husna perasan kat dalam menu udang bela lebih murah..

      Delete
  11. hari tu singgah nak makan. fully seat. adei...

    ReplyDelete
  12. husna, tolong bagi adres kedai ni kat ciksu..bg kat komen blg ciksu ye.nk pi la

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayokkk.. ciksue dah teringin.. hahaha..

      ok2..nnti husna bagi ye..=)

      Delete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.