Saturday, May 03, 2014

Mee Kari Simple Tapi Sedap


Assalamualaikum w.b.t..


menu petang semalam.. memenuhi hajat abah husna yang dah lama sangat nak makan mee kari.. buat sesimple yang boleh je.. tak meriah sangat bahan-bahannya.. tapi simple pon seperiuk besar jugak lah.. sebab memasing kat rumah ni kalau mee kari setakat 2 3 mangkuk bukannya cukup.. jadi untuk elakkan dari ada yang bunyi tak cukup kita buat banyak terus sampaikan pagi tadi adik-adik bangun je cari mee kari dulu.. apalah korang nih.. -..-'

resepi mee kari kalau google je bercambah punya dok ada.. pilih ja nak yang mana.. tapi yang ni resepi mudah dari mama husna.. resepi turun-temurun orang kata.. hikhikhok.. >_< 

sukatannya pandai-pandailah bajet.. ada yang suka bahan-bahan banyak.. dan ada plak yang nak sikit je.. jadi tak kisah lah nak letak banyak mana, janji ada rasa mee kari.. kang tak pepasal rasa mee goreng lemak plak.. 


Resepi Mee Kari Simple Tapi Sedap

Bahan-bahannya:
bawang merah & bawang putih
halia
rempah kari daging
isi ayam
isi kerang
fishcake & fishball
sayur kacang panjang
lobak merah
tauhu *yang dah digoreng
santan
air secukupnya

Cara-caranya:
1. tumis hirisan bawang putih, bawang merah dan halia..
2. dah garing, masukkan bancuhan rempah kari daging.. biar kering..
3. masukkan perahan santan yang kedua, yang dah cair sikit tu.. sekali dengan isi ayam, kerang, fishcake, fishball, sayur kacang panjang, lobak merahdan tauhu.. kacau sikit dan biar sampai mendidih..
4. dah mendidih je, masukkan perahan santan yang pertama, atau pati santan.. 
5. akhir sekali jangan lupa sedapkan dengan sedikit garam dan gula.. 



Till then!! See ya~



















p/s-banyak hutang blogwalking untuk ga dan segmen.. 

14 comments:

  1. alamak.. perut dah berbunyi.. hahaha!

    ReplyDelete
  2. Sedapnya mee kari tu, minta sikit boleh?

    ReplyDelete
  3. kak muni tak berapa minat mee kari tp klu sesekali buat mmg nikmat makan..:)

    ReplyDelete
  4. mee kari versi utara :)
    ciksu minggu ni dua kali bantai buat mee kari dik.hihi.satu versi utara mcm ni, satu versi perak.cik abe nak yg style mak dia masak.hihi

    makan mee kari kena da kerang baru sedapkan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh perak pon ada style sendiri jugak rupanya..:)

      Delete
  5. wah pandainya husna masak..boleh order ni..nampak sedap tu

    ReplyDelete