Wednesday, May 07, 2014

Resepi Puding Roti Marble Coklat


Assalamualaikum w.b.t..


tak tercapai lagi dek niat yang nak buat puding roti bakar mandi sos kastard.. Ahad lepas keluar beli barang nak buat pudding roti je.. resepi husna godek dari blog hana memories.. hasil carian puding roti bakar.. terjengul plak puding roti marble..  resepi simple.. kebetulan waktu tu ada lebihan roti putih 4 keping yang bakal menemui tarikh luputnya, husna pon buat jelaa.. saja nak test.. lama dah tak buat pudding.. :p

Resepi Puding Roti Marble..

Bahan-bahannya:

Puding Roti Marble

-4 keping roti putih
-8g serbuk agar-agar
-1 cawan susu cair
-1/2 cawan susu pekat manis
-1/2 cawan gula
-2 biji telur
-2 c/b marjerin
-3 cawan air
-sedikit serbuk coklat Van Houten

Cara-caranya:

Puding Roti Marble

1.Didihkan 3 cawan air bersama setengah cawan gula dan 8g serbuk agar-agar..


Puding Roti Marble

2.Sementara menunggu, carik-carikkan roti putih, blend bersama 1/2 cawan susu pekat manis, 1 cawan susu cair, 2 biji telur, dan sedikit air kalau perlu.. Usai blend, masukkan ke dalam periuk tadi.. Kacau sebati.. Masukkan jugak marjerin..


Puding Roti Marble

3.Elok masak bahagikan adunan kepada 2 bahagian untuk kita marble.. Satu warna coklat dan satu lagi warna plain.. di ingatkan jika menggunakan serbuk coklat, pastikan larut dahulu bersama sedikit air supaya nanti coklat tak berketul.. selang-selikan adunan untuk membentuk marble.. Sejukkan dalam peti..


Puding Roti Marble

4.Dah sejuk boleh makan!! ^_^V



Selamat Mencuba!! 




















p/s-rasa macam nak buat lagi.. >_<

27 comments:

  1. fuh sedap ni....nak kene tunggu adik perempuan sy balik umah nnt suh dia buat...hahaha

    ReplyDelete
  2. sedaapppnyaaa husna. pandai buat :) sorry lama xdtg sini. tukar link habis hilang blog kwn2

    ReplyDelete
  3. Wahhh sedapnyaa.. buat wislist ni.. nak buat

    ReplyDelete
  4. wahh.. sedapnya ;) akak pun nak try juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah kak.. husna pon ambek resepi dari kak hana..:)

      Delete
  5. Haha.. Same la kite.. Asal ada balance roti nak expired.. Mula cari resepi berasaskan roti.. Nak ngabihkan cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..perbelanjaan yang bijak lah katakan..:p

      Delete
  6. Assalamuaalaikum.. saya ada tag husna dalam segmen The Liebster..harap dapat ler join sekali segmen ini ye..salam ukhwah, salam mesra.. Terima kasih.. ^_^
    http://www.mycherita.com/2014/05/the-liebster-award-by-khirkhalid.html

    ReplyDelete
  7. wahh macam kek marble tapi yg ini roti
    thanks husna :)

    ReplyDelete
  8. rajin die. Akak pernha buat gak puding roti marble ni..

    ReplyDelete
  9. try lah kak.. husna pon ambek resepi dari kak hana..:)

    ReplyDelete
  10. nak try la..mcm sedappp je ni..suka ! ^_^

    ReplyDelete
  11. Nanti Kak Lya nak buat jugak la ..
    lama dah tak buat cedok resipi Husna la ya hehhee

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kerana sudi share resepi...memndangkan hrni 1Ramadhan,sy Cuba resepi ini utk sntapan berbuka puasa ptg ini...Insyaallah

    ReplyDelete
  13. Suka makan puding tapi malas nak buat. Hehe ^-^

    ReplyDelete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.