Saturday, October 26, 2013

Perkara Pelik Dalam Diri


Assalamualaikum w.b.t..

nur dini natasya
Nur Dini Natasya
Pantang nampak mesti melulu je pergi.. orang kedah cakap pantang nampak, nak teqepa jaa.. hahaha.. bukan masalah si kecik yang dalam gambar tu tapi masalah husna sendiri.. rasanya orang sekeliling husna pun dah taw kot tabiat husna nih..

Bila nampak baby tak kisah la kat mana pon waktu tu, shopping complex?? rumah orang yang tak dikenali dimana time tu kebetulan pergi kenduri?? jenjalan cari pasal?? semua husna akan pergi kat budak tu then tegur.. hehehe.. acah-acah sembang ngan dya.. kalau budak tu stail maw kat orang, juga dengan izin mak bapak dya, husna akan dukung..

Pernah sekali tegur anak cina dalam stroller.. how cute she is.. >_< tak tahan taw dari menegur budak tuh.. hahaha.. dan last time tegur baby yang tak kenal ni time sambut birthday housemate husna.. waktu tu kami singgah surau kedai makan nak solat maghrib.. baby tu di dukung oleh neneknya sementara ibunya solat.. sempat la main 4 5 minit.. hahaha..

Dan kes kali ni, husna ambil anak jiran belakang rumah ajak main.. kalau dya spesies yang tak nangis tu senang cite.. kalau pegang sikit asyik nak bunyi kita pon tak nak..



This is how I am.. glad to be one.. =)


Till then.. See ya!!



p/s- auto-publish entry.. jenjalan di #Skudai..


Kemaskan Simpanan Plastik Anda


Assalamualaikum w.b.t..

Shopping adalah terapi stress untuk si perempuan.. dan mungkin juga untuk si lelaki.. tapi jarang la kalau dengar lelaki suka shopping kan.. almaklumlah, lelaki ni barang dya branded sikit.. sebab tu tak boleh selalu.. betul dak?? muehehe..

Tapi tu bukan motip sebenar entry ni..

Sebenarnya kan, bila dah habis shopping, balik rumah mesti semangat nak punggah barang kan.. then plastik yang digunakan untuk angkut semua barang shopping tu korang letak mana??

Buang?? Peronyok simpan?? Or lipat??

Bagi husna, husna suka lipat pastu simpan.. to be frank, tak tergamak kot nak buang tak pun peronyok masuk dalam beg lain.. sebab beg plastik yang kita dapat tu, masih baru.. line pon masih terpacak.. macam suite army yang baru lepas iron gittew.. nampak cantik lagi taw.. hahaha..

Itula sebab utama husna simpan.. hehehe.. selain tu, kita boleh guna di kemudian hari.. contoh macam adik nak bawak bekal ke sekolah.. bekas makanan tu nanti tak kan nak biar bogel je masuk dalam beg, mestila letak dalam plastik.. in case tertumpah, tak dak la kotor beg.. hehehe..

Lagipun plastik kan non-biodegradable.. payah nak lupus.. beribu tahun jugak la nak tengok dya lupus.. sekarang ni penggunaan plastik dah semakin meluas.. so why not kita kurangkan sikit dengan guna semula beg plastik tersebut.. alaaa tak rugi apa pon kalau guna balik..

kalau dulu kat kolej, husna akan lipat masuk dalam beg lain untuk guna semula kelak.. masih ingat lagi, hujung semester bila tak habis pakai, roommate husna akan bawak balik rumah bagi mak dya guna.. bila dah dilipat comel-comel centu, orang ambil guna rasa seronok.. dihargai tetiba.. herrrr.. =P

duduk rumah sewa hari tu je tersasar sikit.. banyak sangat tak sempat dehh nak lipat.. huhu.. jadi terbiar lah dya di hujung tingkap bergumpal-gumpal.. =D

kemaskan plastik


Husna percaya setiap rumah mesti ada satu plastik besar yang dipenuhi gumpalan-gumpalan beg plastik.. untuk tidak menyakitkan mata, apa kata lipat cecomel ceni.. hahaha.. boleh jimat space jugak nih.. dan tak la serabut sangat.. benda nih buat time free jela ye.. kalau dah tak taw nak buat apa tu, sila lah.. hehehe..

kemaskan plastik


Hehe.. entry mesra alam sikit hari ni.. harap tak berkempen salah waktu.. =)


Till then.. See ya!! ♥





p/s- entry auto-publish.. masih lagi di skudai.. =)


Friday, October 25, 2013

PROJEK 1 BLOG 100 PENULIS..BY TUN AIDIL



1 Blog 100 penulis

Asalamualaikum wahai sahabat blogger yang di hormati sekalian.Semoga Allah berkati anda semua.Dengan Lafaz Bimillah Saya Tunaidil ingin menyebarkan idea yang datang dalam diri ini dah lama sangat. Dengan semangat Tunaidil Ingin mencuba untuk membuat projek 1 blog 100 penulis. Apa pendapat anda?

Kenapa perlu ada 100 penulis, tak cukup ke dengan satu penulis. Jawapannya tidak Cukup!! Sekarang Tunaidil nak tanya kamu semua Korang ni berjaga selama 24 jam ke? Pasti kamu akan tidur, makan, berjalan, bergaduh,moody dan sebagaiya. Jadi dengan ada 100 penulis apa lagi nak risaukan. Semua mempunyai masa tertentu untuk menulis dan gaya tersendiri serta mempunyai minat tersendiri kita hanya kongsikan idea di sini.

Akan tetapi kepada yang akan menyertai “PROJEK 1 BLOG 100 PENULIS” ini, blog ini mestilah mempunyai kategori anda sendiri. Sebagai contoh, isu semasa, hobi, travel, tutorial, tip dan banyak lagi kategori yang ada..

Marilah kita meramaikan “PROJEK 1 BLOG 100 PENULIS” ini dengan jayanya oleh blogger`s malaysia yang ada.Dan kepada sesiapa yang menyertai Projek ini hendaklah sebarkan kepada bloggger kat luar sana yang masih belum tahu. Supaya projek ini berjalan lancar. Amin..

Kepada semua yang mahu menjadi penulis sila PM facebook Tunaidil : https://www.facebook.com/tunAidil




p/s- kena cepat siapkan auto-publish entry untuk 2 hari akan datang.. >_<

Wednesday, October 23, 2013

Sihat Bersama Marine Essence Beauty Bar


Assalamualaikum w.b.t..

Kulit bermasalah?? Stretch mark melampau?? Malu ketiak hitam??

Even semua perkara ni kita je yang tengok, bila dah sampai satu tahap yang tak boleh di bawa berbincang, mesti la nak cari something yang boleh kurangkan masalah tersebut kan.. jangan sampai dah terok nanti baru nak cari susah la pulak.. huhu..

marine essence beauty bar

Meh sini husna syorkan Marine Essence Beauty Bar untuk semua.. produk dari Hai-O Marketing.. bila dah ada produk yang sebegini efficient, baru la boleh duduk menyilang kaki sambil minum kopi..

Produk terlajak laris ni memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai masalah ketiak hitam, jerawat belakang badan, budak yang menghidap eczema, dan para ibu mengandung yang mempunyai kesan lipatan hitam.. Sabun ni bukan bererti tak boleh guna tempat lain, boleh je.. even pada muka untuk gantikan dengan pencuci muka pon boleh taw..

Testimoni berkesan dari pelanggan..

marine essence beauty bar

marine essence beauty bar

marine essence beauty bar



marine essence beauty bar

Untuk pengetahuan, bahan-bahan utama yang terdapat dalam Marine Essence Beauty Bar: 
Garam Buluh- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan. 
Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama. 
Ekstrak Liquorice- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.- Mencerahkan pigmentasi kulit. 
Minyak Tea Tree- Anti-bakteria, anti-kulat. 
Vitamin E- Antioksidan, anti-penuaan.- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan. 
Gliserin- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit- Merupakan pelembap kulit yang  terbaik. 
Aloe Vera- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.

Masing-masing pon taw kan, bahawa setiap inci bahan-bahan yang digunakan mempunyai khasiatnya tersendiri.. Marine Essence Beauty Bar ini dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit.


Cara Guna
Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih.

Penyimpanan
Simpan di tempat dingin dan kering. Letakkan di tempat yang kering selepas digunakan.

Perhatian
Elakkan daripada terkena mata. Jika terkena mata, bilas segera dengan air. Sekirannya ruam atau kegatalan berlaku, hentikan penggunaan.


Jadi tunggu lagi apa, rugi sangat kalau tak cuba ni.. bayangkan ketiak yang dulu hitam akan bertukar menjadi putih.. lepas tu boleh la angkat ketiak sesuka hati bila di rumah.. muehehehe.. almaklumlah, dah putih melepak ali baba.. wangi bau sabun ni.. =D


Dapatkannya di HZ’s Houseshop
Harga berpatutan.. =)

1 Bar hanya RM35 tidak termasuk postage fee.. (RM6.00 WM/ RM10.00 EM)
UPDATED!! untuk 1 kotak (3 bar) hanya RM110 include postage.. :)



Till then.. See ya!! 

Tuesday, October 22, 2013

7 Mitos Mengenai Rambut


Assalamualaikum w.b.t..

Kita sering tertanya betul atau tidak petua tradisional penjagaan rambut yang diwarisi daripada generasi lebih tua dari kita. Di sini, kami menyenaraikan 7 mitos popular tentang rambut yang dibuktikan tidak benar sama sekali.

# Mitos 1: Mencabut uban membuat ia tumbuh lebih banyak

Setiap folikel rambut yang dicabut akan menghasilkan satu rambut baru tak kira warna apa sekalipun. Mencabut uban juga tidaklah satu idea yang baik. Ya, kami faham perasaan anda apabila mempunyai uban lagi – lagi di kala usia muda, namun cuba fikirkan, terlalu banyak mencabut boleh menyebabkan botak.

# Mitos 2: Keluar rumah dengan rambut basah boleh membuatkan anda jatuh sakit

Mitos ini sering kali didengari daripada ibu atau nenek anda bukan? Selesema, demam atau penyakit lain berpunca daripada pathogen udara seperti virus dan bakteria. Keluar rumah dalam keadaan rambut basah tidak akan membuatkan anda jatuh sakit.

# Mitos 3: Bilas rambut dengan air sejuk untuk menutup kutikel rambut yang terbuka

Menurut ahli kimia kosmetik, Randy Schuller , terbuka dan tertutupnya kutikel rambut anda tidak ada kena mengena dengan suhu air. Air itu sendiri boleh menyebabkan rambut anda kelihatan tidak bermaya dan pengering rambut boleh membuatkan ia menjadi lebih teruk. Secara literal, banyak sebab yang membolehkan rambut rosak samada secara fizikal atau daripada bahan kimia. Perapi rambut mungkin dapat membantu tetapi bukan air sejuk. 

# Mitos 4: Anda tidak boleh mewarna rambut ketika hamil

Jangan panik semua, pakar perubatan Cynthia Gyamfi Bannerman daripada Hospital New York memberitahu bahawa pewarna rambut adalah selamat ketika mengandung. Tempoh organogenesis (pembentukan awal organ – organ bayi) biasanya mengambil masa kira – kira 10 minggu kehamilan dimana ia lebih baik tunggu selepas trimester pertama jika ingin mewarna rambut. Dengan cara ini, hanya sedikit sahaja bahan kimia yang diserap ke dalam salur darah. Pada ibu mengandung yang mewarnakan rambut sendiri di rumah, pastikan anda memakai sarung tangan dan duduk di kawasan yang mempunyai aliran udara yang baik.

# Mitos 5: Mencuci rambut dengan bir membuatkan rambut kuat

Kebijasanaan disini adalah bahawa yis dan protein daripada bir boleh membantu menguatkan rambut anda jika anda membilas rambut menggunakan bir. Namun, kebijaksaan kami pula mengatakan bahawa alkohol akan mengeringkan rambut anda lebih daripada membaiki. Berhati – hati dengan mitos ini. Dan, siapa yang mahu rambut berbau seperti bir?

# Mitos 6: Memotong rambut anda akan membuatkan ia tumbuh lebih tebal Memotong rambut anda tidak ada kena mengena dengan pertumbuhan rambut anda. Anda merasakan ia tebal kerana rambut kita memang semulajadi tebal di pangkalnya.

# Mitos 7: Memotong rambut anda membuatkan ia tumbuh lebih cepat

Cepat atau lambat pertumbuhan rambut anda bergantung pada kesihatan kulit kepala anda. Jadi ia tidak bersangkut paut dengan memotong rambut



Selepas dah baca mesti rasa macam tak berguna je bila ada sesetengah mitos yang masih kita amalkan sehingga hari ini.. jadi lepas ni tak payah lagi nak percaya ye.. buat je apa yang baik untuk kita.. contoh macam cabut uban tu.. hehehe..

Dan apa yang lebih menarik perhatian husna, tak dak satu pun yang husna pernah dengar.. hewhewhew..


Till then!! See ya~



Sumber: yahoo


Monday, October 21, 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 21 Oktober 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #5 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Sunday, October 20, 2013

Night Random Post!!


Assalamualaikum w.b.t..


Cuti semester yang kononnya nak keja la sangat kan, last2 terperap jugak kat umah.. hampeh sangat.. -..- tapi apa boleh buat cuti sebulan lebih je.. 23hb Nov dah nak kena balik Merbok.. nak keja pon macam tak berbaloi.. lagipun bontot ni tak senang duduk.. ada saja tempat yang dya nak pergi.. adoyy.. -.-' 25hb ni ke Skudai plak, sepupu konvo.. ikut jangan tak ikut.. muehehehe..



Di sebab kan tabiat nak mengekoq jaa, hari ni ikut konvoi sepupu sebelah mama kawen.. agak-agak ingat lagi tak anak saudara husna yang baru je lahir kehilangan ibu?? Budak kecik tu sekarang dah 1 tahun dan ayahnya dah dapat pengganti baru buat dya.. Alhamdulillah.. ibu baru nampaknya sangat penyayang.. tahniah buat mereka.. ;) semoga rumah tangga yang terbina dilimpahi rahmat Allah SWT.. Ameen..



Siang dah makan kenduri, malam hujung minggu ni meh kita makan mee kuah daging plak ye.. daging hasil korban tempoh hari.. tak banyak tapi boleh la nak buat makan.. abah jemput adik-beradik dya dan sekarang baru sudah melayan.. penat~~~ -.-'



Tapi boleh lagi menaip.. kepoh je minah ni.. blerghhh..


Till then.. see ya!!






p/s- cara nak 'sync' movie dengan mudah!! http://bit.ly/1fNmwFC


Wednesday, October 16, 2013

Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida


Assalamualaikum, peace upon you.





Dengan ini shida wakil dari www.reddelima.com menganjurkan Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida yang akan berjalan selama 2 minggu bermula hari ini 15.10.2013 bersamaan Hari Raya Aidiladha dan akan tamat pada 29.10.2013. Pengumuman pemenang akan diumumkan selepas Part 2 Giveaway dijalankan pada 30.10.2013 dan akan tamat 12.11.2013 (2 weeks). Shida berharap GA ini akan mendapat sambutan dan meriah seperti GA sebelum ni. Inshaa Allah. Kita tengok syarat-syarat wajib korang kena follow :





 syarat-syarat wajib : 


  1. Like dan Add Facebook Sponsors :  

  2. Like dan Follow Blog Shida :

  3. Buat satu entri bertajuk :  Reddelima Giveaway Part 1 by Dunia sebenar Shida

  4. Copy dan paste kod dalam entri korang

  5. Submit link entri dekat komen entri Giveaway ini











Tuesday, October 15, 2013

Resepi Agung Kuah Kacang Kak Pah


Assalamualaikum w.b.t..


Hye awak!! tak habis lagi ke membakar kek tu?? Kite baru habis bergomol dengan si kecik almond Malaysia.. ingat raya haji ni tak nak buat kuih tapi adik plak nak sangat buat kuih.. nasib baik dya pandai buat sengsorang, kite hanya tolong sesikit jelaa.. hehehe.. kasik kelainan sikit untuk raya haji kitaorang kali ni.. apa menu?? nanti husna cerita ye.. =)


Sebut pasal menu, yang satu ni kira benda wajib laa sebab mudah dan cepat kot.. hahaha.. yelaa cuma beli kat kedai je ketupat nasi tu, lepas tu balik rebus.. lain la kalau yang rajin lebih sikit tu nak pergi anyam daun kelapa buat ketupat nasi plak kan.. dan kawan si nasi impit ni mestila kuah kacang.. ada lagi ke benda lain?? 0.o? tak ada kot rasanya melainkan lontong.. *belah Kajang panggil ape tah, lupa plak..


Kali ni resepi kuah kacang lain sikit dari kebiasaan.. ambil dari housemate husna, si Arifah.. dari OpenHouse kitaorang yang lepas la kuah kacang kak pah terkenal.. seriously, sangat sedap ok.. tak tipu.. ramai kengkawan yang datang open house tu puji even lecturer sendiri taw.. lepas jamuan tu, kitaorang memang paksa dya untuk buat lagi.. bila makan jadi ketagih pulak tak boleh berhenti.. hewhewhew..

Husna dah mintak izin dya nak publish resepi agung kuah kacang dya ni.. husna share sini buat rujukan ye, mana taw ada yang nak rasa kelainan jugak.. hehehe..


Bebahan:

-1/2 kilo kacang tanah
- cili kering @ cili boh*
- bawang besar*
- bawang putih*
- serai*                                      (*) kisar halus
- lengkuas*
- udang kering*
- ikan bilis*
- minyak masak
- air asam jawa
-gula/garam



Cecaranya:

kacang tanah goreng, kuah kacang

1. goreng kacang bersama minyak hingga masak.. dan kisar halus ketepikan..


bahan kisar, kuah kacang

2. panaskan kuali/periuk, dan masukkan minyak.. tumis bebahan yang sudah di kisar tadi sehingga masak.. atau sehingga kering untuk elak kepedasan yang melampau..

3. sesudah itu, masukkan kacang yang telah dikisar dan sedikit air (kalau pekat).. masukkan juga gula, garam dan air asam jawa secukupnya.. kacau sebati dan tunggu sehingga masak..


kuah kacang

4. siap semua.. sedia untuk di makan.. =)



Even rasanya tak sama sangat macam kawan husna buat, (yelaa setiap orang air tangannya kan lelain) tapi sedapnya boleh tahan.. resepi agung la katakan.. hehehe.. sebelum sempat tutup api lagi dah ada yang curik makan.. nak rasa la konon.. walhal bertambah-tambah sebab memasing makan macam sup.. hahaha..


Cuba la kalau suka.. till then.. :*





p/s- ATTENTION to smart phone, tablet or any other gadgets users, there’s something worth for you!! http://bit.ly/1cderGm


Thursday, October 03, 2013

Isu Semasa


Assalamualaikum w.b.t..

Morning y’alls!! Pepagi ni mood nak menaip tetiba meredah masuk ke dalam jiwa dan sanubari.. jejari turut lincah menari di atas keyboard encik Toshiba.. tapi sayang, perut berkeroncong mengalahkan radio buruk.. #ImmaStarvingForRotiCanai

Cuma singgah nak maklum isu semasa je..hehe.. pasal laporan ketua audit Negara?? Banyak laa.. husna tak pandai nak bagi maklum balas pasal semua tu.. tahu jelaa ilmu di dada pon ciput nyawa-nyawa ikan..


Currently Mood : Final Exam..
Tomorrow will be the third paper for this sem.. #PrayForTheBest Wish us luck!! =)
 
 
Isnin lepas..
Selesai suntik 3 jarum untuk #VaksinHPV sampai terdampar demam sorang kawan husna ni.. sebut pasal vaksin mesti ada je yang tak percaya atau ragu-ragu dengan keberkesanan mana-mana vaksin kan?? Dulu husna pon ada laa rasa ragu-ragu bila banyak soseh-soseh cakap akan ada tindak balas negatif.. entahlaa sampai sekarang tiada jawapan.. for sure memang ada effect positive tu.. yelaa mencegah lebih baik dari merawat kan.. even #DrHalina dengan kak #Wardina pon ambil kisah pasal vaksin kat anak-anak mereka.. =)




Sabtu lalu..
Ke #TanjungDawai sambut birthday my housemate..  kasi surprise sikit sama dya.. konon kereta rosak laa.. nak rosak pon strategic sangat..bhahaha.. apa lagi dah selesai je posing maut la sikit sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.. Subhanallah, serius cantik sangat.. ^_^










Ps- Takziah buat keluarga mangsa keracunan makanan.. Al-Fatihah
pps- bajet dalam blog boleh trace hashtag agaknya.. nyampahhh~