Assalamualaikum w.b.t..
Kita sering tertanya betul
atau tidak petua tradisional penjagaan rambut yang diwarisi daripada generasi
lebih tua dari kita. Di sini, kami menyenaraikan 7 mitos popular tentang rambut
yang dibuktikan tidak benar sama sekali.
# Mitos 1: Mencabut uban membuat ia tumbuh lebih banyak
Setiap folikel rambut yang dicabut akan menghasilkan satu rambut baru tak kira warna apa sekalipun. Mencabut uban juga tidaklah satu idea yang baik. Ya, kami faham perasaan anda apabila mempunyai uban lagi – lagi di kala usia muda, namun cuba fikirkan, terlalu banyak mencabut boleh menyebabkan botak.
# Mitos 2: Keluar rumah dengan rambut basah boleh membuatkan anda jatuh sakit
Mitos ini sering kali didengari daripada ibu atau nenek anda bukan? Selesema, demam atau penyakit lain berpunca daripada pathogen udara seperti virus dan bakteria. Keluar rumah dalam keadaan rambut basah tidak akan membuatkan anda jatuh sakit.
# Mitos 3: Bilas rambut dengan air sejuk untuk menutup kutikel rambut yang terbuka
Menurut ahli kimia kosmetik, Randy Schuller , terbuka dan tertutupnya kutikel rambut anda tidak ada kena mengena dengan suhu air. Air itu sendiri boleh menyebabkan rambut anda kelihatan tidak bermaya dan pengering rambut boleh membuatkan ia menjadi lebih teruk. Secara literal, banyak sebab yang membolehkan rambut rosak samada secara fizikal atau daripada bahan kimia. Perapi rambut mungkin dapat membantu tetapi bukan air sejuk.
# Mitos 4: Anda tidak boleh mewarna rambut ketika hamil
Jangan panik semua, pakar perubatan Cynthia Gyamfi Bannerman daripada Hospital New York memberitahu bahawa pewarna rambut adalah selamat ketika mengandung. Tempoh organogenesis (pembentukan awal organ – organ bayi) biasanya mengambil masa kira – kira 10 minggu kehamilan dimana ia lebih baik tunggu selepas trimester pertama jika ingin mewarna rambut. Dengan cara ini, hanya sedikit sahaja bahan kimia yang diserap ke dalam salur darah. Pada ibu mengandung yang mewarnakan rambut sendiri di rumah, pastikan anda memakai sarung tangan dan duduk di kawasan yang mempunyai aliran udara yang baik.
# Mitos 5: Mencuci rambut dengan bir membuatkan rambut kuat
Kebijasanaan disini adalah bahawa yis dan protein daripada bir boleh membantu menguatkan rambut anda jika anda membilas rambut menggunakan bir. Namun, kebijaksaan kami pula mengatakan bahawa alkohol akan mengeringkan rambut anda lebih daripada membaiki. Berhati – hati dengan mitos ini. Dan, siapa yang mahu rambut berbau seperti bir?
# Mitos 6: Memotong rambut anda akan membuatkan ia tumbuh lebih tebal Memotong rambut anda tidak ada kena mengena dengan pertumbuhan rambut anda. Anda merasakan ia tebal kerana rambut kita memang semulajadi tebal di pangkalnya.
# Mitos 7: Memotong rambut anda membuatkan ia tumbuh lebih cepat
Cepat atau lambat pertumbuhan rambut anda bergantung pada kesihatan kulit kepala anda. Jadi ia tidak bersangkut paut dengan memotong rambut
Selepas dah baca mesti rasa
macam tak berguna je bila ada sesetengah mitos yang masih kita amalkan sehingga
hari ini.. jadi lepas ni tak payah lagi nak percaya ye.. buat je apa yang baik
untuk kita.. contoh macam cabut uban tu.. hehehe..
Dan apa yang lebih menarik
perhatian husna, tak dak satu pun yang husna pernah dengar.. hewhewhew..
Till then!! See ya~ ♥
Sumber: yahoo
saya pun. xtau la pulak ada mitos macam ni.
ReplyDeletehahaha.. mungkin kita jarang bersembang dgn orang tua kot..=P
DeleteSalam husna...
ReplyDeleteDari tujuh mitos tu,akak cuma dgr tentang cabut uban tu je...hehehe
hehehe.. ada la jugak pernah dengar..
Deletesatu pun tak pernah dengar...anyway, nice sharing...at least takde la kena tipu hidup-hidup ;)
ReplyDeletehehehe..samala kita..=P
DeleteJaga rambut dengan betul je sudah kan :)
ReplyDeleteyup!! jaga rambut biar sihat..
Deletelagi 1.. org kata kalau rambut kerinting, kalau cukur rambut terus, nnti rambut jadi lurus.. pha is dah try, x lurus mana pun.. hehehehe
ReplyDeleteeh.. husna macam pernah dgr la ni pha is..
Deletesebab yg kerinting tu hlg so assume rmbut yg akan dtg bleh jd lurus..hahaha..
pha is dah cukur 4-5 kali dah.. tapi okay la.. x de la kerinting mcm zaman skolah rendah dulu.. ada la juagk perbezaan.. hehe
Deletehehehe.. okla tu.. boleh terima pakai la jugak kan petua tu..
Deletemenarik ni :) baru tahu yang keluar rumah denganrambut basah , boleh jatuh sakit..
ReplyDeleteeh.. ini mitos la kak..=D
DeleteHai husna...saje jenguk husna...
ReplyDeletehye kak anne.. hehe lama tak singgah sini ye..
Deletesekali jenguk sini macam jenguk blog sendiri jek.. ok pasal rambut, pcl tak kesah sangat..cabut uban lg la pcl tak suka, biarlah dia nk tumbuh..kadang petua tu mitos ..ada kisah disebaliknya. fikir secara logik !
ReplyDeletehehe..kalau singgah blog PCL pon husna rasa bnda yg sama taw..=P
Deleteorg lelaki tak berambut pon tak pa.. segak dah..hehehe..
betul ayie.. even tak siapa tahu nasib rmbut kita tapi rmbut sendiri kan mestilah kena jaga.. bukti keperibadian seseorang..=)
ReplyDeleteTak pernah dengar pulakkkk mitos2 ni, kecuali yg cabut uban tu. Hahah. Ada jugak mitos gini rupanya..
ReplyDeletehehehe.. mungkin ada sebab kot terjadinya semua petua2 nih..=D
Deletemitos sahaja tidak pasti lagi kebenarannya, jika hendak ketahui cuba
ReplyDeletehehehe..ada yang dah buat secara tak sedar dah pun..=P
Deletemitos yg pelik2..nama pun mitos kan..aku tak percaya..hey..aku tak percaya..
ReplyDeletetetiba nyanyi..:)
hahaha.. sakan kak murni ni ye.. =P
Delete