Sunday, July 20, 2014

Tempahan Maruku Kuih Siput Di Buka


[ENTRY STICKY POST]
KLIK OLDER POST UTK ENTRY SETERUSNYA

Assalamualaikum w.b.t..


Dah masuk 18 Ramadhan, pasti ada yang dah berkira-kira mahupun merancang dengan perbelanjaan kuih raya untuk raya kali ni kan?? otak pon mula ligat berfikir nak buat kuih apa, berapa jenis kuih, nak buat bila, bila nak pergi beli barang dan memacam lagi lah.. bagi keluarga husna plak, setiap tahun mesti ada beberapa jenis kuih yang buat sendiri dan juga beli di kedai, main tunjuk-tunjuk orang cakap.. selalunya beli disebabkan teringin tapi tak pandai buat, atau hanya nak memeriahkan jenis kuih yang ada, so beli pon tak banyak..

pelengkap untuk encik-encik kuih nih mestilah kerepek atau maruku, kalau kat rumah husna setiap tahun memang wajib ada.. husna percaya yang lain pon macam tu kan, sebab kekadang tetamu nih datang bukan nak makan kuih sangat, yelaa dah banyak ziarah rumah, tak kan nak hadap kuih je semua, pasti ada yang nak kan kelainan.. husna pon tetamu jugak, so kalau perut dah sarat dengan makanan mestilah tolak semua makanan berat termasuk kuih.. then nak jaga hati tuan rumah, maruku atau kerepek ni laa akan jadi habuan.. pernah sekali mama cerita, masa menziarahi rumah kawan abah, satu bekas kerepek sekejap je kami adik-beradik licinkan, dasar perut tong muka tak malu.. -.-

berbalik pada cerita maruku tadi, mungkin anda boleh sajikan pada tetamu dengan maruku kuih siput.. bagi husna inilah maruku yang paling tak boleh blah *rasanya semua maruku centu kot* seantero dunia, sebab bila makan sekali je pasti tangan ni tak boleh berhenti dari mengambilnya dan terus masukkan ke dalam mulut, melainkan ada yang tutup bekas dan pergi simpan di tempat yang tinggi dan di luar penglihatan.. risau tak sempat raya, kuih siput dah habis satu bekas.. hahaha.. tapi manusia yang pergi simpan tu kena lah ingat kat mana dya simpan, kang terlupa jadi satu hal plak..



kat mana boleh dapat kuih siput nih?? 


boleh tempah dengan husna..:) bukan husna yang buat tapi mama husna, husna cuma tolong siapkan jadi kuih siput je.. inshaAllah di jamin mampu memberi kesedapan dan kepuasan kepada pembeli.. sebelum puasa pon dah ada yang tempah untuk makan sesaja means bukan nak jamu di hari raya lah, kalau untuk raya rasa macam awal sangat plak.. :p Alhamdulillah ada makcik tu siap repeat order dan siap cakap raya nih dya nak tambah.. terima kasih mak cik..

harga terbaik dari ladang!!

sekilo kuih siput hanya RM15 sahaja.. *tak termasuk postage* mama husna beri harga kasih sayang je, sebab kami pon faham dan boleh nilai jenis yang mahal melampau dan kaut untung berlipat kali ganda.. tak nak lah sampai macam tu, pastu ada yang bisik-bisik belakang, berniaga ni lebih baik besederhana je.. bukan nak sekali je datang lepas tu tak datang dah, orang lain yang berniaga pon mesti faham kan..

kalau ada penghantaran by pos, inshaAllah hari ni bank in, esok dah boleh pos..
COD area:
--Kulim--
--Padang Serai--
--Sungai Petani--


berminat?? kalau nak buat tempahan boleh private message husna di facebook husna sendiri.. klik saja banner atau KLIK SINI!! lepas tu boleh lah kita bincang dengan lebih lanjut..:) nak tanya apa-apa pon boleh pm je, husna tak makan orang..:p terima kasih..


Till then!! See ya~











19 comments:

  1. Assalamualaikum husna. lama tak buat kuih siput ni. heheh renyah sikit kan hihi singgah menabung lazada sini~~~

    ReplyDelete
  2. kuih siput steady jadi pilihan walaupun byk kuih2 moden..

    ReplyDelete
  3. Best nie... Memang feveret la kuih siput nie :))

    ReplyDelete
  4. sedap tu tapi kadang pedas..husna rasa macamana?

    ReplyDelete
  5. sedap ni kalau ratah kuih siput sambil blogwalking ni hehe :)

    ReplyDelete
  6. Kuih siput memang sedap untuk dijamu dan untuk dimakan ketika Hari Raya. Murah pulak tu

    ReplyDelete
  7. husna kak order satu ok nanti kak "private" tweet address :)

    ReplyDelete
  8. fiza suka makan pedas pedas n rangup..sedapnya.

    ReplyDelete
  9. kuih siput peberet ciksu..
    sedap ngunyah kan..

    ReplyDelete
  10. sedapnya kuih siput, lbih-2 lg klau pedas skit..hihi

    ReplyDelete
  11. akak masa kecik2 xsuka tau kuih siput.. dah besar ni baru makan n baru rasa sedap..haha...

    ReplyDelete
  12. Kak Lya dah lama tak amkan kuih siput ni Husna ..susah nak jumpa ..dulu2 arwah nenek akak yg buat ..

    ReplyDelete