Assalamualaikum w.b.t..
Hi, hari sabtu macam biasa tepat pukul
2 je, manusia paling awal akan ada depan tv ialah abah husna, dan diikuti
dengan husna.. dan mungkin adik-beradik yang lain dan jugak mama.. kalau
peminat setia mesti fahamkan apa yang husna maksudkan, apa lagi kalau bukan Hindustan
dalam segmen panggung sabtu.. abah memang dari dulu peminat setia hindustan,
dan agaknya husna ni turun dari dya lah
kot.. ngehngehngeh..
selalunya kami layan tv3 dan ntv7 je, tv2
jarang sikit sebab kekadang tu diorang siar cerita lama yang memang lama lah,
zaman yang mana husna pon belum wujud.. waktu tu Amitabh Bachan pon muda lagi,
hensem piang.. hahaha.. husna tak kisah pon pelakon tu terkenal ke tak, janji
filem zaman sekarang.. macam dua minggu lepas kalau tak silap, Band Baaja
Baaraat, tak kenal pon pelakonnya tapi permulaan cerita yang menarik, lagu pon best,
apa lagi sanggup tengok sampai habis.. eh kalau dah peminat setia Hindustan tu
mana boleh dya berganjak kan, nak memasak pon sanggup bawak bahan potong di
depan tv.. kihkihkih.. nak gerak pon time iklan, gigih betul..:p
Segmen Panggung Sabtu – Ankur Arora
Murder Case
sumber: google |
minggu nih kisah mengenai seorang
budak, Ankor Arora yang maut disebabkan kecuaian pihak hospital sendiri, atau
lebih tepat kecuaian doktor yang membedah dya, Dr. Asthana..
"Ankor didapati menghidap appendix dan
memerlukan rawatan pembedahan.. sejam sebelum pembedahan Ankor dilarang untuk
makan, tetapi disebabkan terlalu lapar, dya makan jugak beberapa keping biskut semasa
ketiadaan ibunya.. jururawat yang bertugas telah memaklumkan kepada Dr. Asthana
tentang hal itu, dan akan menggunakan tiub ryle untuk mengeluarkan sisa makan
tersebut.. tak sangka saat memulakan pembedahan Dr. Asthana terlupa dan disebabkan
kecuaiannya, Ankor koma.. hal ini dirahsiakan dari pengetahuan semua pihak
termasuk ibu Ankor.. Dr. Asthana percaya tiada siapa yang boleh menentangnya
dengan memberitahu perkara sebenar, kerana hospital tersebut merupakan
perkongsian miliknya dan sahabat..
Dr. Romesh, seorang doktor pelatih tidak
berpuas hati kerana pada saat Ankor koma, dya diberikan ubat yang berlainan,
dan terdapat kesan muntah pada rambut Ankor.. mencari kebenaran, Dr. Romesh bertanya kepada
kekasihnya, Dr. Riya yang merupakan salah seorang saksi kejadian, tapi demi kariernya
dya sanggup berbohong.. dua hari selepas itu, Ankor mati.. Dr. Romesh nekad
untuk memberitahu perkara sebenar kepada ibu Ankor walaupun dya tahu risikonya..
mereka menuntut keadilan dengan
memfailkan saman ke atas Dr. Asthana.. pelbagai tipu muslihat yang Dr. Asthana
cuba lakukan, menggunakan peguam yang boleh berkomplot dengannya, merasuah
saksi yang terlibat, mencuri ujian DNA muntah Ankor untuk lepaskan dirinya.. mulanya dya berjaya tetapi
disebabkan sifat sombong dan riaknya itu, dengan mengaku dya juga tuhan yang
mampu mengembalikan nyawa manusia, akhirnya dya tertangkap.. seketika dya
khusyuk mengaku yang kesalahannya itu cuma sedikit kalau nak dibandingkan
dengan tuhan, yang telah melahirkan manusia untuk seketika, lepas tu sakit,
kepada Dr. Asthana jugak mereka menuju.. dan dya tak sangka pengakuannya
tersebut telah dirakam oleh Dr. Riya.. dan akhirnya Dr. Asthana dijatuhkan
hukuman penjara 3 tahun dan denda 10 crore.."
kesimpulannya bak kata Abg Ben,
kejujuran lebih bernilai dari kekayaan.. sayangnya tak ramai manusia di dunia
ini yang sanggup berlaku jujur..:) terutamanya apabila melibatkan masa depan
memasing..
Till then!! See ya~ ♥
assalamualaikum husna...betul tu mama pun tengok cite ni tadi...mmg menarik...;)
ReplyDeletelama dh ciksu x melayan panggung sabtu.
ReplyDeleteselalunya tgk saluran zee
melepas pulak tengok cte ni huwaa
ReplyDeletetak tengok sampai habis pon cerita td..husband dok tukar chanel tu, chanel ni... huu
ReplyDeletebtw , aisyah follow sini #1313
penah tengok citer ni..tapi dah lupe dah..ehehe
ReplyDeleteanyway salam perkenalan =)
Peminat hindustan rupanyaaa. hehe. Scha layan je, tapi taklah hantu sgt.
ReplyDeleteEh, mcm best je cerita ni. Kena tngok balik ni.
ala best citer nih. xdpt tgk sbb ank ank sbuk nk tgk katun...
ReplyDeletemcm best je crta... hehe...
ReplyDeleteselalu lyn citer tamil tv2 jek haha
ReplyDeleteSalam Ramadhan Al-Mubarak 1435H
Jalan-jalan bw malam dari segmen blogwalking sis mia liana :)
Jom Terjah : Buffet Ramadhan Casa Ombak (ˆ⌣ˆԅ)
Blogwalking..datang dari Blog Mia..Senarai Blog saya number 80 dari bloglist yg dipostkan oleh MIa...selamat menyambut Ramadhan ;-)
ReplyDeleteruginya tak dapat tgk.
ReplyDeleteCikgu Faiz datang dari segmen mialiana :)
sha ada tgk cerita ni, tp dah dkt penghujung..best rugi x tgk dr awal..
ReplyDeletesinggah dr blog kak mia
www.opzzpinky.my
Macam best je jalan cter nii
ReplyDeleteTak sempat nak tgk huhuhuhu
ReplyDeleteSaya dah lama pencen tgk hindustan... dulu masa arwah mak ada... terpaksa layan... huhu
ReplyDeleteLama x tgk hindustan...
ReplyDeletePsst:Salam ziarah dari blog kak mialiana...
Selamat menunaikan ibadah puasa buat anda sekeluarga... Moga diberkati Allah selalu... (^_^)
Menarik jugak jalan cerita dia.. akak pn peminat Hindustan jugak.. cuma skrg nie tak la sefanatik dulu..skrg nie just dok layan drama bersiri depa ja ptg kt astro.. =D
ReplyDeletetak sempat nak tengok hari tu..tapi cerita ni memang menarik :) tengok tajuk pun dah tertarik
ReplyDeleteAssalammualaikum... husna,
ReplyDeletemselim3 pun pengemar hidustan.. hindustan agak popular suatu ketika dulu era 90-2000 lepas tu dah tak berapa nak minat.Hidustan nie yang menarik adalah babak2 yang penuh kasih sayang ibu kepada anak kemudian bertukar kepada percintaan. Sekarang tak berapa best sebab byk bab 'dedah'.. dan agak moden..
mselim3
assalamualaikum, irrayyan.com datang singgah dari segmen kak mia dan follow..selamat menyambut Ramadhan ;-)
ReplyDeleteDah lama tak berkesempatan tgk hindustan..
ReplyDeletealaa tak sempt tngok tv lg hari ni, dh terlpas plak.. emmm
ReplyDeletedtg singgah dari segmen kak mia..:)
mesti best :)
ReplyDeleteDah lama gila tak nengok hindustan... tak sanggup lama sgt citernya
ReplyDeleteamboi.. siap buat segmen.. ni mmg kaki hindustan la nih.. hahaha
ReplyDeleteDah lama tak tengok hindi movie..nway at one time kita pun addicted jugak ..he..he
ReplyDeletetak tengok pula cite nih..
ReplyDeletedah lama dah tak tengok panggung sabtu nie..biasa time2 macam nie baru nk bagun sebab malam sebelum tu dah balik lambat..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Zumal tengok gak citer nie... Hehe ;)
ReplyDeleteTak pernah layan lak citer ni.
ReplyDeletekaki hindustan rupanya...mesti husna romantik org..haha
ReplyDeletecerita hidustan lmbt nak abis tak larat nak layan..hehe