Assalamualaikum w.b.t..
Hi, dua hari lepas husna
mengidam terok kot, eh ini bukan disebabkan pembawakan budak tapi pembawakan
cacing dalam perot.. diorang meronta-ronta nak makan Roti John.. yelaa tetiba
teringat kenangan masa kat kolej dulu, ada masa pergi bazaar sebab nak beli
roti john.. masa berpuasa kat rumah sewa tak dak laa kempunan sangat mungkin
tak dak yang menjual setanding roti john abang kat kolej tu kot.. serius sedap
sangat sampai sanggup beli untuk sahur esok pagi.. lahhh rindunya Merbok,
rindunya kengkawan, rindunya suasana kat sana, rindunya nak buat bising tengah
padang, rindunyaa nak belagak senior.. ehem bukan rindu nak belajar pon
bhahaaaa..
ok sambung, ingat nak merempit
pergi beli kat kedai depan taman tu je pastu mama husna tak bagi.. dya suruh
husna buat sendiri je lagipon bahan-bahan semua dah ada.. nak makan plak ramai
mesti tak cukup kalau beli satu atau dua.. husna ni malasnya lahaii -..- tapi
sebab nak makan ku gagahkan jua.. pesan kat abah sebelum balik kerja singgah
kedai beli roti sosej dan mayonis.. jumaat malam sabtu siap belasah buat untuk
family, siapa yang follow twitter husna perasan laa tweet husna tu.. bheheee..
pre-sahur lah kengkononnya sebab waktu tu pukul 12 malam dah kot.. hentam..
sabtu petang buatkan lagi
untuk adik-adik bawak bekal nak balik asrama, sorang satu pakat angkut, sampai
meleleh-leleh diorang kerjakan.. lepas tu kasi ke anak jiran yang nak balik
asrama jugak.. ok meh husna kongsi resepi,
sebelum tu resepi asal di sini ye..
[Peringatan!! husna buat
adunan inti ni waktu buat kat adik-adik husna so husna decide nak buat terus untuk
balance 8 biji roti john, then adunan tu simpan dalam freezer, kalau nak buat
lagi just keluarkan dan panaskan kuali leper.. so kalau nak buat sikit pepandai
adjust taw.. adunan ni memang cukup untuk 8 biji roti, husna letak inti pon tak
kedekut ye.. daging jelas terasa..:)]
Bahan-bahan:
-8 biji roti sosej
-6 biji telur
-daun bawang daun sup
-kobis dan timun *hiasan*
-mayonis dan sos
Bahan-bahan inti:
-bawang putih bawang merah
-setengah peket kecil rempah kari
daging
-sepeket daging ayam kisar *seperti
dalam gambar*
-lada sulah
Cara-caranya:
1.Hiris bawang putih dan tumis,
dah garing masukkan rempah kari daging dan biar kering sedikit.. lepas tu
masukkan daging ayam kisar yang telah dibasuh, dan bawang merah yang telah
dipotong dadu.. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah.. Masak sehingga
daging benar-benar masak..
2.Pecahkan telur dalam satu
bekas, dan masukkan hirisan daun bawang daun sup.. Then masukkan bahan inti
tadi ke dalam bekas telur, kacau sebati.. Sekejap je bahan inti kita dah siap..
3.Panaskan kuali leper,
corakkan bahan inti tadi sesuai untuk sebiji roti sosej then tekapkan roti
tersebut.. Dah yakin telur tu masak elok, boleh lah diangkat.. sekejap je telur tu nak masak..
4.Hiaskan dengan kobis dan
timun.. Untuk yang suka sayur macam husna jangan lepaskan peluang untuk mampatkan
roti john anda.. dan banjirkan dengan sos dan mayonis.. sampai meleleh pon
takpaa sebab sendiri bikin sendiri yang nak makan.. dah siap jangan lupa
bismillah.. bheheee..
Till then!! See ya~♥
Mak aih Husna.. jahat sangat ghope roti john ni. Jangan bawak lalu depan muka waktu tengah hari dah r... mengundang.
ReplyDeleteKhamsi Abdullah
Ya ampun. Sedapnyaaa roti john nii! Aaaaaaa
ReplyDeletehuishhhh terbaiklahhh!!!! lama nau ena tak makan roti john... last masa zaman asasi 2 tahun yang lepas... sob!
ReplyDeleteini memang kasi leleh sungguh hahahaks..
ReplyDeleteMudah je plak kan nak membuatnya
ReplyDeletetu dia..roti john simple
ReplyDeletesedapnya husna, nampak mcm senang je nak buat..hihi boleh cuba ni..:)
ReplyDeleteAssalamualaikum husna. adooiiii sengaja tauu tunjuk resepi dengan gambar roti john yang meleleh tu. adehhh.. singgah menabung groupon sini~~~
ReplyDeletewow...sedap tu ! boleh buatkan utk syira...hehhee
ReplyDeletePerghh mmg nampak sedap husna.. buat akak terliur jer.. nk kena p beli bahan2nak buay jugak nie...=D
ReplyDeletegulp ! bestnyaaa
ReplyDeleteterimakasih bg resepi...sedapnya
ReplyDeleteBOLEH TIRU RESEPI NIH . HAHA
ReplyDeleteFeveret zumal nie... Tapi zumal beli aje :)
ReplyDeletesedapnya..:)
ReplyDeleteciksu punya checklist roti john hujung2 ramadan nanti
ciksu blajar tahun lps.maklum le berniaga sebelah org jual roti john hihihi
Mak aiii tertelan air liukkk camni Husna oiii ..Sodapnyerr anak dara ni masak hehehehe ..
ReplyDeletenanti leh la cuba2 buat Roti Johan ni ..Thanks sharing
memang meleleh habis ni husna..should try your recipe :)
ReplyDeletegulpppp.. sedapnyaa... nyum2
ReplyDeletetak susah .. boleh cuba buat
ReplyDeleteAwesomelah. Pandai masak rupanya Husna
ReplyDeletemudahnyer.... memang menu esok pagi la hehe...
ReplyDeletesy tiru ye...
www.mamaashraf.blogspot.com
Adoii.. Sedapnya..
ReplyDeleteSedap wow...
ReplyDeleteAdeh. Sedapnya. Meleleh air liur tengok.
ReplyDeleteSy ade jual roti john, Di pandamaran, meh la rase, ari2 ade. nasib kalaw baik...ade promosi lgi tu..hihiih
ReplyDeletecontact number 0192008030
ReplyDeletelama x mkn roti john
ReplyDeletelama x mkn roti john
ReplyDeletesedap roti john
ReplyDeleteheheh...pagi2 mencari resepi nak buat bekal anak.. plan nak buat roti john.mujurla ada bahan2nya.. heheh.. toce2 resepinya...
ReplyDeletesama2..;)
DeleteSedap resepi roti john ni. Mmg terbaik. Sy dh cuba buat dh
ReplyDeleteSedap resepi roti john akak. Mmg terbaik. Sy dh cuba buat
ReplyDeleteResepi ni sedap komen ahli keluarga dah test makan ...sedap good idea
ReplyDelete