Assalamualaikum w.b.t..
keywords nuffnang semalam |
Hi, tengah cuba mencari mood
nak update entry.. cerita ada je tapi mostly semua berkaitan makanan, kang
update di siang-siang hari ada pulak yang meleleh air liur, istighfar panjang
ngaku dya tengah pose.. bheheee.. mujur laa semalam cek keywords Nuffnang ada
jugak benda berkaitan nak update.. tak sangka ada yang mencari segmen panggung
sabtu husna.. hehehe.. husna ingat nak bebuat lupa je sebab sabtu lepas sibuk
bertukang, pasal tu malam kang husna cerita ea.. ahad plak awal pagi dah keluar
pergi shopping, settle satu hal berkaitan persiapan raya.. balik rumah je dah
tengah hari, faham jelaa orang lemah stamina nih, penat sikit pengsan..-.-'
We Are Family (Hindi Movie)
sumber: google |
Seorang ibu, Maya yang
mempunyai 3 orang anak, Aaliya, Ankush dan Anjali dilanda krisis rumah tangga
dengan suaminya, Aman, seorang photographer.. benda biasa, selalu jadi macam ni
99.99% disebabkan orang ketiga, well its true.. Di parti hari jadi Anjali, Aman
memperkenalkan Shreya Arora, seorang fashion designer yang berkaliber, kepada Maya..
reaksi terkejutnya disedari oleh anak-anaknya dan menyangka Shreya seorang yang
jahat..
Satu hari, Maya mendapati
bahawa dya menghidapi kanser serviks tahap kritikal dan hanya menghitung hari..
Dya memberitahu perkara sebenar kepada Aman dan Aman terpaksa tinggalkan Shreya
tanpa penjelasan kerana Maya ingin perkaranya dirahsiakan.. Maya cuba
menceriakan hari-harinya sampai satu masa untuk memberitahu perkara sebenar
kepada anak-anaknya, mereka kecewa dan menganggap Maya ingin meninggalkan
mereka.. Maya tak kuat dan memerlukan bantuan.. Dya pinta bantuan Shreya, sebab
dya fikir tak lama lagi, anak-anaknya juga memerlukan seorang ibu..
Shreya dibawa masuk ke dalam
keluarga tersebut, tapi tidak dipersetujui oleh Aaliya, namun setelah Shreya
cuba menjelaskan bahawa dya bukan ingin merampas ayah mereka, dan hanya ingin
membantu ibunya, Aaliya bersetuju untuk berdamai.. Maya hadir membantu apa yang
patut dari segi menguruskan anak-anak, bantu siapkan kerja sekolah, menyiapkan
bekal dan menguruskan emosi mereka.. Sampai satu ketika, Maya dan Shreya bergaduh,
yelaa cara Shreya menguruskan budak-budak tu tak sama dengan caranya.. Maya
menyentuh sensitivity Shreya dan menyebabkan Shreya mengambil keputusan untuk
tinggalkan rumah tersebut.. Aman memberitahu Maya caranya salah, dan tetiba
Maya jatuh pengsan dan terpaksa dikejarkan ke hospital..
Sewaktu Shreya membawa
budak-budak tersebut melawat Maya, Maya dan Shreya berbincang.. Shreya mengaku
bahawa budak-budak masih memerlukan Maya.. Maya mengaku silapnya dahulu yang
hampir membunuh Anjali, disebabkan kecuaian dya memberi Anjali makan mentega
kacang, kerana Anjali alah.. Shreya menenangkannya bahawa tak semua ibu
sempurna sebab tu dya kena terus mencuba.. Sebelum Maya meninggal dya pinta
kepada Aman ingin pulang ke rumah dan hidup bersama-sama mereka meraikan
perayaan Deepavali.. Semasa perayaan disambut, anak-anaknya mengadakan satu
majlis untuknya dan memutar kembali kenangan bersama mereka.. Tiba masa untuk
mengambil gambar, Maya mengajak Shreya untuk serta sekali sebab sekarang dya dah
pon menjadi sebahagian dari keluarga tersebut..
Aanchal Munjal sebagai Aaliya
Nominath Ginsburg sebagai Ankush
Till then!! See ya~♥
We are family. :) Macam best.
ReplyDeleteciter sama dgn citer stepmom lakonan julia roberts. cume ade beza sikit2 je...akak tgk gak aritu.
ReplyDeletesalam ramadhan yang ke 16 dah...Selamat berpuasa dan saja ja blogwalking ni..Tengok blog kawan2.Datang dari Blog MiaLiana.Seronok sebab Mia rajin kumpul Link semua blogger supaya memudahkan kita blogwalking antara satu sama lain. Selamat berbuka puasa ya ;-) (lagi 3 jam jaa) blog gua cerita pasai Tamil ada masa mai la lawat
ReplyDeletesalam ramadhan yang ke 16 dah...Selamat berpuasa dan saja ja blogwalking ni..Tengok blog kawan2.Datang dari Blog MiaLiana.Seronok sebab Mia rajin kumpul Link semua blogger supaya memudahkan kita blogwalking antara satu sama lain. Selamat berbuka puasa ya ;-) (lagi 3 jam jaa) blog gua cerita pasai Tamil ada masa mai la lawat
ReplyDeletesalam. macam best ja movie tu..
ReplyDeleterasa macam pernah tengok cerita ni
ReplyDeletetapi di mana
cerita ni dah lama kan husna
dtg singgah sini husna. we are family, mcm best. :)
ReplyDeleteNampak menarik je movie ni kan
ReplyDeletenampak macam best je :)
ReplyDeleteAla terlepas citer nie...
ReplyDeletetak pernah pon tgk
ReplyDeletetak pernah tengok lak panggung sabtu apatah lagi citer ni..huhu..weekend selalu busy :(
ReplyDeletecantik2 pelakon dia
ReplyDelete