Wednesday, April 30, 2014

Mental Age Test


Assalamualaikum w.b.t..


pernah ukur kematangan fikiran korang tak?? kan sesetengah orang umur muda tapi fikirannya amboihh kemain macam orang tua.. nak kata tua sangat tak jugak, tapi kira boleh bawa berbual lah.. begitulah sebaliknya, umur dah berusia tapi perangai comey macam budak-budak..>_<

tak sangka mental age test husna sampai macam ni sekali.. nangis!! T_T 


bagi husna, setiap orang memiliki pelbagai jenis personaliti.. cara macam mana korang nak settle bila berhdapan dengan seseorang yang bergelar manusia tu.. lagipun orang sekeliling sangat mempengaruhi.. yelaa, contoh kalau tengah sembang dengan budak-budak tak kan nak buat serius jee 24/7.. kesian budak tuh.. rasanya dya pon takut nak dekat.. 

cuba laa.. pastu share dgn husna.. :) --> Mental Age Test



















p/s-esok kena berhadapan seseorang yang bergelar alien.. 0.0

Tuesday, April 29, 2014

CPUV | Whisper Mesh & Cotton


Assalamualaikum w.b.t..


macam hari-hari biasa, kalau nak start online mesti akan check semua termasuk nuffnang.. lagipon ingat tadi nak update survey sikit.. dengan harapan sangkutlah cpuv seketul pon jadilaa.. hehehe.. tak sempat update lagi, dah pon melekat..

lekat semalam tapi hari ni baru perasan..:p

Whisper Mesh & Cotton.. syukur.. terima kasih Nuffnang.. (“\(^_^)/”)

produk terbaru dari whisper.. mesti ada 1001 kelebihan yang bakal ditonjolkan.. bolehlah mencuba lepas nih kalau nak tengok effect kan.. tapi untuk perempuan jelaa.. -..- tak perlu kot lelaki gigih nak taw effectnya..


dan apa yang pasti, whisper berhasrat mengajak kita yang perempuan ni untuk turut sertai kelas yoga bersama insan hebat terpilih.. salah sorangnya cik puan Yuyu Zulaikha.. si kupukupukecik tu laa.. hehehe.. kemain mommy to be tu berkelas yoga.. takpa, untuk kesihatan ibu dan baby jugak.. teheee~



















p/s-kalau nampak iklan nih jangan lupa godek taw..:p

Monday, April 28, 2014

Petua Kecantikan yang Unik


Assalamualaikum w.b.t..


seiring dengan pengenalan produk kecantikan yang sana sini heboh perkatakan, tak nafi mesti ada lagi yang mengekalkan petua kecantikan berasaskan bahan semula jadi.. selalunya biasa-biasa je tapi kali ni husna nak share sikit hasil pembacaan di laman sosial yang mana petuanya dianggap aneh oleh penulis sendiri..

1. Gunakan satu kiub ais sehari untuk menyingkirkan lemak, jerawat dan kedutan 
Tips ini kedengaran tak menarik kan?? Tapi manfaatnya sangat berguna.. Penggunaan tips ini akan mengawal sel-sel lemak, jerawat dan kedutan di bahagian muka.. Oleh itu, sebelum tidur, ambil satu kiub ais dan urut ke seluruh muka. Amalkan setiap hari untuk melihat perubahan selepas beberapa minggu.

2. Kurangkan bengkak pada bahagian mata dengan kentang mentah      
Menurut seorang pakar dermatologi, kita disyorkan menggunakan kepingan kentang mentah untuk melegakan mata. Ini kerana kentang mentang adalah 'astringen' yang bermakna ia membantu melembapkan bahagian sekeliling mata dan ia juga mengandungi enzim catalase yang membantu meringankan gelap di bawah bulatan mata. Tips ini sangat mudah dilakukan. Pertama, cuci dan kupas kentang. Kemudian, potong dua keping dan letakkan satu di setiap mata selama 10 minit. Baring dan rehatkan badan. Selepas itu, bilas kawasan mata perlahan-lahan dengan air suam apabila selesai.

curik google

3. Panaskan pelentik bulu mata anda 
Jika anda mempunyai bulu mata yang lurus, salah satu cara terbaik untuk melentikkannya adalah dengan memanaskan pelentik bulu mata anda dengan pengering rambut selama 8 hingga 10 saat. Apabila memanaskan pelentik tersebut, ia akan bertindak seperti besi pelentik, dan gunakan sekali maskara kalis air yang mana kering lebih cepat untuk bulu mata yang sempurna dan cantik.

4. Sejukkan celak mata anda 
Mempunyai masalah dengan celak hanya selepas kali pertama menggunakannya pada mata anda? Jika 'ya', tips ini sangat sesuai untuk anda. Lima belas minit sebelum mula bersolek, letakkan celak mata ke dalam peti sejuk. Apabila sudah masa untuk anda memakainya, ia lebih senang untuk digunakan pada mata berbanding sebelum ini.



sumber: yahoo.com




















p/s- blogwalking sambil kunyah kuih siput..:p

Sedikit Hadiah Buat Mereka


Assalamualaikum w.b.t..


mengharungi hari-hari tak produktif dengan jayanya.. selagi tak bekerja, rutin harian husna tersangatlah tak menarik dan membosankan untuk dicerita.. selagi tak sibuk, mari sama-sama melampiaskan nafsu dan masa yang ada dengan blog..  nanti dah tak dak masa dengan blog mula nak merungut.. -..-

well mukaddimah wajib lah seperenggan.. motif sebenar cuma nak cakap yang husna dah pos kelmarin hadiah tak seberapa buat 5 orang top commentators blog nih untuk bulan mac punya.. inshaAllah esok lusa sampai la tu.. tahniah sekali lagi.. :)

dan lagi 5 yang dalam carta husna baru nak review.. kejadah dah hujung bulan baru nak review.. dah nak muncul carta yang baru plak tuh.. =.= spesies ambek mood bercuti, kerja yang lain apa pon tak maw buat..  

kemain punya 'terbang mencari'..





















p/s-mohon ampun!! >.<

Sunday, April 27, 2014

Maruku Kuih Siput


Assalamualaikum w.b.t..


pernah makan kuih siput?? bukan sejenis kuih ye, tapi sejenis maruku.. rasanya sedikit pedas.. alaaa macam maruku lah.. rangup, pedas dan tentulah sedap..

husna baru je selesai menggentel petang tadi.. mama husna uli tepung, pastu pakat-pakat gentel.. guna acuannya.. tapi kalau tak guna acuan macam mana nak menjadi kuih siput.. -..- mama buat sekilo tepung, jenuh jugak laa nak menggentel.. lenguh habis badan-badan nih.. kalau buat reramai cepat lah habis.. ni tadi kami buat bertiga je dengan adik husna.. perit sikitlah..

perit pon digagahkan diri jugak sebab nanti hasilnya memang puas.. daripada membeli kuantitinya tak seberapa dan mahal pulak tuh.. kudapan macam nih kalau kat rumah husna kejap je nak habiskan.. lelagi time tengok tv.. kejap lagi boleh kot makan sambil hadap Bintang Mencari Bintang.. hehehe..

masih mentah.. belum digoreng.. 





















p/s-tak puas kalau sikit-sikit.. >_<

Saturday, April 26, 2014

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2


As-Salam


[ Tekan banner di atas kalau nak join ]


Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponsor oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)










Thursday, April 24, 2014

Malam Pra Graduan Fakulti Pengurusan Bisnes, UiTM Kedah


Assalamualaikum w.b.t..


hampir sebulan lebih majlis berlalu tapi setiap detik saat indah sepanjang majlis bergerak masih kekal di ingatan.. gituu.. ingat lagi tak sebelum nih husna pernah cerita yang kami satu rumah diarah untuk handle event malam pra graduan.. syukur Alhamdulillah, walaupun di mata kami masih ada cacat cela sepanjang program berlangsung, namun feedback yang kami dapat sangat menggembirakan.. 

habis je viva entrepreneurship pagi tu, balik rumah angkut apa yang perlu, segala doorgift, hamper, masuk dalam keta dan segera bergegas ke hotel.. kami buat kat Park Avenue Hotel, Sungai Petani, satu-satunya hotel yang berjaya muatkan 400++ orang pelajar.. masa memula nak pilih hotel dulu kemain serabut gara-gara kapasiti tak cukup.. dengan terpaksa ketepikan budget makanan, idam nak buat tepi kolam, mimpi je semua tu.. 

hotel park avenue, sungai petani
sempat captured patlimanam keping suasana ball room sebelum dihuni para pelajar..

hotel park avenue
pandangan stage dari pintu masuk..

hotel park avenue
pandangan bawah dari atas stage..

hotel park avenue
datang awal ape lagi, tangkap gambar sepuas hati lah.. hahaha..

not bad laa layanan yang diberi dari Park Avenue Hotel ni.. tak nafi setiap kehendak dan kemahuan kami cik manager tu layankan aje.. :p kami mohon makan malam tu serve, tak nak buffet.. yelaa dah pelajar ramai kang buat buffet ada jugak yang tak dapat makan.. dari segi hiasan stage, stage photobooth, pa system, haishh memang suka lah.. itu lah orang cakap, kalau nak mintak, mintak je elok-elok inshaAllah dapat.. :)

person in charge multimedia.. husna kat situ menyibuk je.. :p

hamper kami beli barang balut sendiri je nih.. hehehe.. cut the cost..

majlis mula pada pukul 8.30 malam, agak lewat dari perancangan asal sebab pelajar memasing kepenatan dengan viva.. vvip sendiri memahami hal itu.. vip dan vvip terdiri daripada para pensyarah, timbalan rektor dan rektor uitm kedah.. majlis di hiasi dengan persembahan daripada pelajar setiap kos; office, bisnes dan bank.. siap ada persembahan special daripada pihak hotel sendiri.. 

persembahan diselang-seli dengan acara cabutan bertuah, best student setiap kos dan jugak man and woman of the night.. alaaa yang macam prince and princess tu.. tapi ni tak nak lah panggil prince and princess sebab bukannya dinner ala-ala fairytale.. dinner tema masquerade je.. siapa yang berpakaian ikut tema menang lah.. kemain susah jugak nak cari pemenang tu pon.. jenuh member terjah setiap meja tengok outfit diorang.. :p

pakat nak masuk frame.. :p masuk jangan tak masuk..

outfit husna malam tu.. beg dengan kasut je hak milik sendiri.. shawl pinjam housemate.. black jacket, dan sleeveless dress tu pinjam, sewa.. murah je.. itulah kehebatan internet..:p
waktu nih topeng masquerade letak mana tah..

sayangnya kemeriahan suasana pada malam tu tak dapat nak digambar lelebih sebab tak de gambar untuk tatapan korang.. :( usai je makan pakat bangun habis sebab nak bergambar.. kenangan di akhir semester.. benda suweet macam ni haruslah dijadikan kenang-kenangan ye dakk.. nanti boleh jugak tunjuk kat cucu cicit betapa cantik dan voguenya nenek waktu muda-muda dulu.. :p 

sebahagian dari housemate husna.. inilah photobooth tu..
photo props buat sendiri.. stage siap dengan lampu pihak hotel sediakan..

another half.. :) baru perasan husna je nampak macam tak masuk.. tetiba oren..

habis semua ruang dalam hotel tu diguna sampaikan kat lobi hotel pon ada lagi yang bergambar.. -.-' kemain betul.. mungkin tak cukup kot photobooth yang kami bagi.. kahkah.. 

habis event naik bilik siap nak berdengkur.. dapat dua bilik free.. muehehehe..

owh not to forget, this is what we’ve given to the students.. and for sure we’ve got it too!! alolooo sayangnyaa nak guna.. >_< pelengkap kehadiran mug nih, didampingi bersama lapis cheesy.. check the link out kalau berminat.. sedap kengkawan husna cakap.. husna tak berapa minat because too much cheese..  

tak dak warna oren.. but then hijau is my sub favorite color.. 



Till then!! See ya~ 




















p/s-dah berkulat kot cerita nih..kahkah..

Wednesday, April 23, 2014

Jadilah #NextJutawan dengan Power Root



Assalamualaikum w.b.t..


ehem!! ehemm!!

berminat nak jadi jutawan tak?? siapa cakap jadi jutawan itu susah.. senang jelaa.. hanya perlu media sosial je.. lagi-lagi zaman moden yang berlandaskan teknologi serba meletop ni.. sana-sini dengan gadget, mestilah dah merata alam orang apply facebook, twitter dan instagram dalam kehidupan seharian kan.. kononnya kalau tak online sehari boleh mati kering.. -..-

jadi apa kata korang join #NextJutawan by Power Root nih.. hadiah jangan disebut lah.. kalau pertandingan menarik tak kan diorang nak letak hadiah yang tak menarik kan??


#NextJutawan, power root
tak berkedip mata tuu!!


bonus pada mereka yang rajin buat video!! kalau dah taw diri tu kreatif tahap seratusenam juta kali buat apa di biarkan je bersawang.. baik join contest awesome nih.. >_< inshaAllah kalau ada rezeki boleh menang RM5000.. tak dak siapa nak bagi gedebuk macam tu je melainkan kau ada usaha dan inisiatif nak menang.. hehehe..

kalau tak taw buat video, share je gambar korang dengan hashtag Next Jutawan.. lagi senang kan.. hehehe.. dan pastikan letak caption sekreatif yang mungkin.. baru ada potensi nak menang..





Sesiapa pon boleh jadi #NextJutawan



apa tunggu lagi cepat join http://bit.ly/NxJutawan
tertakluk pada terma dan syarat.. 
















Thursday, April 03, 2014

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Artikel Pilihan


Assalamualaikum w.b.t..


bercerita mengenai pengalaman, pada yang setahun jagung ni, pengalaman memberi seribu satu pengajaran.. dan inshaAllah pengalaman jugak telah mematangkan setahun jagung muda ni.. tak banyak, tapi cukup sekadar mengetahui.. kelak pengalaman ni akan di praktikkan agar tak terpelecok mahupon tersadung..




artikel pilihan husna, bukan lah cerita baru atau yang sebentar tadi tapi cerita yang sudah pon basi.. kisah berkaitan bulan ogos tahun lepas.. 

artikel pilihan: Open House 2013

giveaway akan tamat pada Sabtu, 5 April 2014, pada pukul 11.59 malam.. 











March 2014 Top Commentators Award


Assalamualaikum w.b.t..


menikmati petang yang sejuk.. selalunya waktu macam ni panas terik tapi kat rumah husna ni baru je hujan.. lebat plak tu.. terhapus segala kekotoran di jalan.. curi masa sikit nak update pasal pengomen tegar.. :)

dah hari ketiga baru kalut nak update.. kalau ada yang perasan, bulan lepas husna bukan update pon pasal pengomen tegar ni.. tak menang tangan, komitmen sebagai student menyebabkan diri ni dah tak boleh nak menyelit mencuri masa.. maafkan diri yang hina lagi kerdil ini..

untuk tak membuang masa, mari kita lihat siapa yang kena.. 


nama lebih kurang je dengan sebelum ni.. asyik memain turun naik tangga je.. hahaha.. buat penghargaan, inshaAllah akan ada something buat top 5.. husna tak janji bila, tapi husna akan usahakan secepat mungkin.. dan untuk selebihnya husna akan review.. itupon lepas settle final.. beri daku sedikit ruang ye.. :*

terima kasih untuk semua yang masih mengunjung blog naif husna ni.. termasuklah awak, silent readers or stalkers.. hehehe.. even dah sebulan dua tenggelam timbul pon, masih ada yang komen siap bertanya khabar.. 

jejak mereka untuk tambah kenalan.. 

2- Pha Is
3- Deqla Manjew (tutup blog buat sementara waktu)
5- Wirda Amir (blog not found) *mana plak kak wirda nih..
6- Wantie


Till then!! See ya~ 



















p/s- sabtu ni paper seterusnya.. wish me luck!! 

Tuesday, April 01, 2014

ENT300 | Bila Budak Bank Buat Bisnes


Assalamualaikum w.b.t..


dah menjadi kewajipan business students kat uitm ambil kos entrepreneur which is ENT300.. tak rasa nak jadi usahawan pon tak pe, boleh belajar.. and this final semester, hopefully, husna dan kengkawan dah settle pon buat projek untuk kos ni.. kalau nak taw, sesapa yang ambil kos ent ni, diorang kena buat bisnes.. tak kisah la bebetul ke, memain ke, janji business plan diorang berjalan dengan lancar..

madam kami dah tetap syarat kalau boleh tak nak bisnes berkaitan makanan, sebab dah selalu sangat orang buat.. mostly orang memang akan pilih nak jual makanan sebab senang, tak payah nak pikir bebanyak, plus tak perlu pon relevant ke tak..

setelah di bincang, dengan pertolongan madam, kata sepakat telah diputuskan untuk kami buat produk yang dapat membantu people yang always affected by natural disasters..  alaaa depa hat yang selalu kena banjir ni.. just sediakan produk yang boleh grab dengan cepat bila tetiba jaa banjir.. contoh macam barangan intimasi wanita, first aid kit, tuala, shower set, dan banyak lagi lah..

apa yang kami dah belajar sepanjang kos ent ni, itulah yang kami kena praktikkan.. dari admin, marketing, financial memang semuanya nampak betul.. tapi tak betul jugak bila untung setiap bulan cecah puluh ribu walhal bisnes baru nak up.. -..- salah ape ntah.. terpaksa double triple re-do sampai muntah..

Sabtu, 8 March yang lepas kami punya viva day.. dah berhari-hari bertungkus-lumus, tido macam tak tido, makan macam tak makan, eh! bohong sangat..

viva ent, banking part 6, uitm kedah
half of my housemates, haru biru nak jawab soalan..

viva ent, banking part 6, uitm kedah
kumpulan lelaki ; buat servis fitness.. apa laa yang keliru sangat tu??

dan tibalah hari penilaian..

memang ramai.. ada seratus lebih group yang terlibat.. dari khemah first sampai lah khemah last, penuh dengan makanan.. bila lewat khemah diorang je asyik suruh test.. wangi bau makanan mengaum.. dah la lapar, tak sempat breakfast ape pon.. risau..

viva ent, banking part 6, uitm kedah
mereka dah selesai.. 

viva ent, banking part 6, uitm kedah
bergambar dengan lecturer marketing masa kami part 3, kalau tak silap..
his wife yang evaluate diorang..

rasa nervous tunggu di nilai.. bukan Nilai, N9.. nervous nak kena evaluate.. muka memang dah tak boleh ketat lagi dah.. berharap semuanya akan berjalan dengan lancar.. dan tak sangka evaluater kami pertikai cara kami buat bisnes.. financial plan tak kena.. adehh.. kami buat apa yang madam ajaq jaa.. sedih betul hidup..

viva ent, banking part 6, uitm kedah
kami pon selesai.. muka malas nak pikir sebab nak cepat balik.. 
lepas tu lantaklah, kemas semua then balik.. tak mampu nak tunggu dan have fun lagi dah.. sebab malam punya event menanti..


Till then!! See ya~ 





















p/s-tinggal lagi 2 paper.. :)