Sunday, September 01, 2013

Kajian Menarik Tentang Senyuman


Assalamualaikum w.b.t..

Selamat pagi!! hehe.. awal sungguh pagi husna ye.. almaklumlah mata tak boleh nak pejam lagi.. cari idea la nak update entry seketol dua.. lagipon blog husna ni asyik tenggelam timbul je kan.. hari ni timbul esok tenggelam.. dah tu tenggelam bukannye sekejap.. kes selam tak nak timbul agaknya.. :P and I bet mesti ada lagi yang tak tidow kan.. semua mata memasing cerah terbeliak je lagi.. esok lusa ada eyebag kalah panda mula la nak cari Garnier eye roll-on.. untung Garnier.. muehehe..

Pagi ni nak share sikit info pasal senyuman.. kelmarin time nak log in akaun yahoo ternampak satu artikel pasal senyuman, kemain excited tak menahan apabila beta telah menyerah diri untuk membaca dan seterusnya bertambah lagi over-excited hinggakan sanggup taip dan edit artikel tersebut buat tatapan kalian wahai rakyat jelataku.. *lagi kes over terok*

Tersenyum mungkin kelihatan seperti tindak balas spontan terhadap sesuatu yang comel atau lucu, tetapi ia adalah lebih daripada itu. Kajian menunjukkan bahawa tersenyum secara rela atau terpaksa boleh memberi kesan yang positif kepada emosi anda, mengurangkan tahap tekanan, dan juga membuat semua orang di sekeliling anda berasa lebih baik.
 
Dengan hanya satu senyuman, ia memberi seribu makna pada seseorang. Senyuman juga memperlihatkan kecantikan semulajadi anda.
 
5 manfaat yang anda perolehi apabila anda tersenyum:-
 
1-Senyuman itu berjangkit
Akibat aktiviti otak yang kompleks yang berlaku apabila anda melihat seseorang tersenyum, senyuman itu boleh berjangkit. Kajian mendapati bahawa dengan melihat seseorang tersenyum akan mengaktifkan kawasan otak yang mengawal pergerakan muka sehingga membawa kepada senyuman.
 
2-Senyuman mengurangkan tekanan
Memang tidak mudah untuk tersenyum dalam keadaan tertekan, tetapi dengan tersenyum akan mengurangkan tekanan yang di hadapi. Caranya, apabila anda tertekan, cuba ambil masa 10 minit untuk melihat sesuatu yang membuatkan anda gembira. Mungkin gambar, video atau apa-apa sahaja. Pasti tekanan yang dirasai akan berkurangan.
 
3-Senyuman menguatkan sistem imun anda
Dengan tersenyum, sistem imun anda akan bertambah kuat dengan membuatkan badan anda menghasilkan sel -sel darah putih unutk mebantu anda melawan penyakit. Kajian menunjukkan seorang kanak – kanak yang kerap di kunjungi oleh pelawat yang membuatkan dia tersenyum mempunyai sel darah putih yang lebih tinggi daripada kanak – kanak yang tidak di lawati.
 
4-Solekan tampak indah
Senyuman merupakan solekan paling cantik. Cukup dengan bersolek nipis sahaja ke pejabat. Senyum lah dengan ikhlas anda pasti nampak lebih menarik.
 
5-Senyuman membahagiakan orang lain
Jika seseorang yang anda tidak kenali tersenyum kepada anda dan anda membalas kembali senyumannya, secara tidak langsung akan terbit rasa bahagia pada orang itu.


Alaaaa.. tak susah pon sebenarnya nak senyum nih.. duduk dengan tak buat apa-apa pon kita dah boleh tersenyum.. tapi jangan la terover senyum plak, kang tak pepasal kena cop gila.. hahaha..

See Ya!! ^_^V

"Wear a smile and have friends; wear a scowl and have wrinkles."





sumber : yahoo

34 comments:

  1. senyum tu berjangkit..betul kan,klu tgok gambar org senyum,mesti kita pun turut senyum

    semua senyum.manis2 anak dara ni semua.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh kak..kalau tengok org senyum sikit pon kita pon tetiba nak senyum balik..lagi2 kalau gelak..haha..=P

      hehe..semua manis kalau senyum kan kak..;)

      Delete
  2. Senyum selalu tapi jangan senyum sorang2 yek..hehehehe

    ReplyDelete
  3. senyum itu mampu merawat hati yang lara :) jom senyum bersama aku penghibur

    ReplyDelete
  4. dtg sini dgn muka ada sinyummm.. hihi.. senyum2 slalu..awet muda gitu.. =)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..husna :)

    nampak dah senyuman husna...mmg antara yg paling manis di dlm gambar tu...:)

    itulah kan..byk nya kelebihan murah senyuman ni..bukan nya rugi atau luak apa2 pun klu kita senyum kn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam ayie..
      hehe..kantoi pulak ye..=P
      org sekeliling pon jadi tenang kan ayie..=)

      Delete
  6. betul tu. senyuman penghilang duka. senyuman juga boleh dpt kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senyuman mampu buat org yg sedih menjadi gembira.. =)

      Delete
  7. Salam husna...

    Kerana itulah dlm islam senyum itu merupakan satu sedekah :)

    ReplyDelete
  8. ok... akak senyum kat Pc ni jelah. asyik senyum kat PC ni kot. that why PC ni je dok kawan ngan akak hari hari. ngeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha jgn macam tu je kak.. kang tak pepasal orang cakap tak betul plak..heheh..

      Delete
  9. Nice sharing dik! Senyumlah senyumlah ahai cik mek molek.. Ihik2! Tetiba mode nyanyi pulak.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  10. senyumla anda sebelum anda disenyumkan...(tetiba..haha)

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. hehehe dah senyum mana boleh berkata-kata la pha is..

      Delete
  12. salam husna..

    hihi.. tiap2 hari pun senyum..sampai sepet2 mata ni ha.. :)

    senyummmmmmmm (^____^)

    ReplyDelete
  13. hehehe.. senyum boleh meredakan kekusutan buat yang melihat.. =)

    ReplyDelete