Wednesday, November 30, 2016

Malam Terakhir Dengan Ex-Housemates Ke Restoran DQ, Sungai Petani


Assalamualaikum w.b.t..


Malam Terakhir Dengan Ex-Housemates Ke Restoran DQ, Sungai Petani | sebelum memulakan cerita, husna nak pesan sesiap, setiap cerita merupakan kisah mengenai pengalaman dan pendapat husna sendiri jadi sememangnya tak akan sama dengan orang lain! Sebabnya, setiap orang ada pendapat yang berbeza jadi jangan nak samakan cerita husna dengan memana cerita lain.. starlight dahi tu nanti!

Okay back to the story! 😄


cerita ni dah lama sebenarnya, serius! memang sangat sangat lama sampaikan tak sanggup nak bagitaw tarikh sebenar gambar diambil.. ekekkeke tak sengaja terperam dalam draf.. untuk mengelakkan gambar terbuang begitu saja, husna terbitkan jelaa ye..

seingat husna malam tu husna dan seisi rumah (8 orang) keluar ke Amanjaya Mall main bowling sebab nak luangkan masa yang masih berbaki sebelum semester tamat.. keesokkannya pulak kami berendam di The Carnival, Sungai Petani.. pasal tu nanti husna cerita taw! hihihi.. 😁

kengkawan rumah husna waktu ni semua kengkawan waktu diploma, satu kelas.. tiga daripadanya memang pernah satu rumah, sebab tu rasa macam sayu lain macam je nak tinggal memandangkan waktu ni semester terakhir diorang sebelum keluar ber-internship.. depa ni sampai dah paham pe'el perangai husna yang kekadang betul kekadang tak berapa betul.. ekekekke.. 😆

sepanjang satu rumah, sifat give and take tu terlalu banyak, ya allah, dah laa jenis tak berkira.. jujur cakap, kita kalau berkawan dengan orang yang jenis tak berkira ni, kita pon dengan secara automatik tak lah berkira sangat.. syukur Allah temukan husna dengan kawan-kawan yang baik.. 😍

selesai je melongkangkan semua bola bowling tu, kami buat pilihan untuk ke DQ Restaurant N’ Café je untuk makan malam..

ini antara apa yang kami pesan.. 
Kuew Teow Goreng  


 Chicken Chop Cheese + Extra Cheese | RM9.00 + RM1.00


Kuew Teow Tomyam | RM6.00 


Chicken Chop Spicy Cheese Burger | RM10.00


Nasi Goreng Seafood | RM5.50 


Mee Kari Ayam | RM5.50


hurm tengok gambar sendiri, sendiri yang teringin, sendiri yang rasa lapor.. T_T habis cuti mid sem ni boleh rancang lain.. eh, kisah kali pertama boleh baca di sini Another Best Spot For Foodies In Sungai Petani..



Till then! See ya~

14 comments:

  1. Replies
    1. husna pon!!!!! rasa macam nak buat pulak.. hari tu nak buat tp terbantut.. hahaha..

      Delete
  2. Btl tu husna..bukan senang nk dpt kwn2 mcm tu zaman skrg nie.. yg hipokrit berlambak la bole jumpa..hehehe..semoga ukhwah yg terjalin antara husna n kwn2 berkekalan yer..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaAllah kak.. jap nak terjah blog akak, tgh banyak masa ni kan.. rasa mcm lama pulak tak singgah..:)

      Delete
  3. betul2.. kalau orang tak berkira dengan kita, kita bertambah2 lah lagi...

    makanan tu sangat mengiurkan.. haih !

    ReplyDelete
  4. kan seronok and bersyukur dlm kwan yg pagai cam2..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. mestilah sedap kak zarul.. sebab tu husna suka pergi.. hihihi..

      Delete
  6. bila dh serasi ngan mmber satu runah tu..bila nk berpisah mmg sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa kak.. kalau dah berpisah mesti dah susah nak jumppa.. huhuhu..

      Delete
  7. Kuey teow tomyam nampak sedap! Aloh, nape tanye kawan sg petani die recommend restoran nasi kandar je. Nak try kedai ni bila g sg petani lagi

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. western dya sedap jgk! kuantiti banyak laa husna suka.. husna jarang pergi restoran nasi kandaq..:D

      Delete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.