Assalamualaikum w.b.t..
Tengok Supermoon 14 Nov Dari Restoran Warisan Utara Delight |
lumrah jiwa seorang perempuan, mungkin tidak pada semua tapi pasti ada antara
kita yang jenis nampak sesuatu yang lain sikit je semua pon nak di cuba.. Contohnya
ternampak sponsored post di facebook pasal restoran hipster yang
baru saja beroperasi, mula laa tergoda lepas tu nak main heret je kengkawan
sendiri yang tengah sengkek tu.. kahkahkah melampau sangat, sampai bila tah nak
macam nih.. paling koman kalau dah tak boleh pergi waktu tu jugak mesti akan
simpan dulu, kemudian kang rasa nak makan luar boleh laa dicadangkan! hihihi
Minggu lepas, husna dan
kengkawan rumah ke Tesco Sungai Petani yang dua tingkat tu nak beli
barang sikit.. usai je semua turun naik pusing habis tak dak kerja, dalam
perjalanan nak balik pikir tempat makan.. Allah biasa laa, itu kan soalan
paling susah zaman sekarang ni, berjanggut nak dapat jawapan.. sambil pikir,
sambil tengok bulan besar terang malam tu..
Teringat satu restoran yang
husna screenshot, cerita serba sikit
kat kawan suasana macam mana, lepas tu memang kami ke situ je laa sebab malas
banyak bunyi.. dalam facebook nama Restoran Utara Delight tapi nama di
kedai, Restoran Warisan Utara Delight..
misteri hilangnya perkataan warisan tu hanya pemilik restoran je yang tahu
hihihi..
Lokasi Restoran Utara Delight
lokasi restoran nih terletak dalam kawasan Bandar Amanjaya Sungai Petani berdekatan dengan
Kolej Komuniti dan Hospital Pantai..
masa mencari tu terpusing-pusing jugak laa sebab restoran ni kebelakang sangat.. kami sampai dalam jam 10 malam, duduk dan buat pesanan.. bila ditanya semua benda habis, mintak jus Apple jus Oren, buah Apple dan Oren habis.. pesan spaghetti meatballs dan carbonara pon habis, haishh radang pulak husna rasa.. mujur terkawal lagi!
Bihun Sup |
Nasi Goreng Warisan |
dua orang kawan rumah husna pesan Nasi Goreng Warisan.. nasi goreng ada sup kosong, telur dadar yang digoreng macam bersarang tu, kemudian daging masak merah ke daging paprik tah.. berapa harga husna tak ingat, yang itu pon adik yang ambek order tu cakap ayam dah habis, tinggal daging je.. huhuhu..
Fish & Chips Rice |
yang atas ni husna pesan, selera macam buaya punya besar, sesikit tak cukup hahaha.. dah habis pikir, mintak itu habis, mintak ini habis.. itu pon boleh tersilap sampai pesanan.. pesan Fish and Chips Rice tapi yang datang Fish and Chips je, nasi hilang huhuhu.. bila diberitahu, husna nampak akak kat dalam ambilkan pinggan dan tak sampai beberapa saat pembantu lain keluar dengan membawa sepinggan nasi goreng husna tu.. uishh cepatnya goreng nasi, hihihi.. jenis goreng bebanyak ke macam mana ni..
kekdahnya makan jelaa, perut dah lapar.. selesai semua sebelum naik kereta sempat lagi usha Supermoon malam tu..
14 Nov 2016 telah tercatat satu lagi peristiwa alam bila mana kedudukan bulan berada paling hampir dengan Bumi, yang dikenali sebagai Supermoon.. mashaAllah cantik sangattt! husna ni pantang nampak bulan penuh, asyik nak tenung je.. perasaan teruja tu lain maciam, paling best duduk tempat gelap kemudian diterangi cahaya bulan tu je semata.. rasa romantik sangat, awwww tetiba!
Till then! See ya~❤
sedapnya..
ReplyDeletekak aida boleh laa cuba nanti..:D
Deletelapaqq cek oii hihi
ReplyDeletehahaha meh sini husna nak suap kak el makan..
Deletehurm, cik timm bca teguran husna ni berlapik kot..
ReplyDeleteyg 'lain2' nk sentap sgt tu knpa, haih..
cik timm pun kje fnb, bnda cmni amik la positif..
itu laa kerja dalam bidang F&B nih mmg tak kan lari dari perkara mcm ni.. jadinya terima jelaa dan perbaiki dari masa ke semasa..
Delete