Assalamualaikum w.b.t..
Pau Cendawan Abah, Pau Cendawan Viral COD Area Penang | sebut saja pasal
pau cendawan, husna percaya hampir semua orang pon tau kan! demam pau cendawan ni
bermula semasa bulan puasa yang lepas, viral dalam media sosial kemudian semua orang asyik cakap pasal pau
cendawan je.. waktu tu husna pon hairan apa benda laa yang menarik sangat
dengan pau cendawan nih.. tanggapan husna mungkin pada inti dan bentuk rupanya
kot, memang bebetul macam cendawan lah.. menarik betul! siapa laa yang kreatif
sangat hasilkan idea pau cendawan ni..
Tapi waktu tu di kawasan utara
tiada terjual lagi, mungkin ada tapi tiada yang mendedahkan.. jadinya
terpendam dilubuk hati yang terdalam jelaa niat dan hasrat nak merasa seketul..
Lepas tu sekarang dapat tahu
Kak El Darwena, salah sorang blogger jugak, jual Pau Cendawan Abah.. hoihh!
terus cakap kat Kak El kalau turun Sungai Petani atau husna yang pergi pulau,
husna nak pesan sebekas.. tetiba Kak El cakap yang dya boleh bagi melalui
blogger Cikpinz yang duduk berdekatan dengan kawasan husna, kebetulan waktu tu Cikpinz dari
pulau.. apa lagi, memang husna pesan sebekas laa nak rasa punya pasal..
hihihi..
Rasa Pau Cendawan Viral
Pau cendawan ni berintikan
creamy carbonara + isi ayam cincang + ketulan cendawan shiitake.. lepas pau
cendawan dah beralih tangan ke husna, simpan dulu dalam peti ais tunggu hujung
minggu nak bawak balik kampung.. keesokkan harinya baru sempat kukus dan hidang
pada abah yang baru balik kerja.. roti pau tu lembut sangat, lepas tu ketulan isi
ayam dan cendawan memang jelas terasa.. rasanya pon boleh tahan sedap..
Harga Pau Cendawan Viral
Sebekas ada empat biji pau
cendawan bersaiz tapak tangan, dan harganya RM10 tidak termasuk caj
penghantaran.. sebarang pertanyaan atau tempahan boleh hubungi Kak El Darwena
menerusi nombor 017-486 5484 atau di laman facebook El Darwena..
Till then! See ya~❤
telan air liur baca entry ni. haha...
ReplyDeletemacam sedap je, tak pernah try lagi. Kat penang area mana tu? kenapa Mia tak jumpa pon kat penang ni. hihi...
cuba kak mia contact no kat atas tu, boleh delivery jugak kalau tak silap..:)
DeleteTengok jugak kak el dok promot..tapi kak farah xreti makan cendawan..hehehe
ReplyDeletehusna teringin sgt nak rasa sbb tu beli jugak.. hihihi..
Deleteterliur tgk
ReplyDeletehihihi order jgn tak order..
Deletesedapkan ! kak nina beli 2 kotak sbb xcukup kalau makan 1. hehe
ReplyDeletehahaha.. sampai mcm tu.. :p
Delete