Thursday, December 01, 2016

Splash Farewell Party @ The Carnivall Waterpark Sungai Petani


Assalamualaikum w.b.t..


Splash Farewell Party @ The Carnivall Waterpark Sungai Petani | kemain party, menipu sangat hahaha dah tu tetiba banyak pulak cerita husna yang berlaku di Sungai Petani.. asyik jadi tajuk utama setiap entry post husna je ekekekke..


Seperti yang husna sedia maklum dalam entry sebelum ni, pada hari berikutnya kami (husna dan housemates) akan ke The Carnivall Waterpark untuk luangkan masa pada hari yang terakhir.. Weeehooo! Pepagi lagi dah siap berkemas, sebelum sampai ke destinasi, sempat singgah makan dulu.. Isi perut penuh-penuh, nanti tengah hari kang tak payah nak kalut dah..

Sebenarnya majoriti housemates husna semua dah pernah pergi, diorang ni lebih kepada menurut kehendak husna je hahaha.. bertuah betul! Yelaa dari awal husna dapat taw diorang ni dah pernah pergi, husna asyik menyoal seronok ke tidak je.. Ada laa beberapa komen dari diorang tapi tak nak lah husna cerita kat sini, nanti kang jadi kontroversi pulak..

Bila dah dapat taw macam tu, husna pon tak mengharapkan diorang ni akan pergi sekali lagi, dan kalau husna teringin jugak, husna boleh pergi je dengan orang lain, memang ada dalam perancangan pon.. Alih-alih dalam minggu tu kot kalau tak silap diorang bagitaw nak pergi The Carnivall.. terharu gilsss! Nak nangis mak enon dapat kawan sejenis laguni..😂

Harga Tiket The Carnivall Waterpark Sungai Petani






Sehari suntuk kami dalam ni, main air sesaja, nak pulak waktu ni memang tak ramai orang, jadinya tak kacau sangat laa kalau berhabis masa lama lagi.. Suasana dan persekitaran kat dalam tu boleh tahan laa, gelongsor air yang husna nampak ada dua jenis je; yang menggunakan pelampung berdua dan yang tak menggunakan pelampung..

Untuk husna yang spesies takut air ni, memang cuba yang ada pelampung tu jelaa.. hihihi.. yang satu lagi tu risau kang tak sempat tahan nafas dah tenggelam dulu..😆

Apa yang husna nak katakan kat sini, pihak pengurusan sepatutnya menitikberatkan soal kebersihan dalam toilet.. kemudahan toilet dan bilik mandi memang banyak tapi sayang ada bilik mandi yang penuh dengan sarang burung bersepah di lantai.. huhuhu..

The Carnivall Waterpark, Sungai Petani
Alamat: Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah
No. Tel: 04-441 4666
Waktu Operasi: Isnin-Sabtu pada jam 9 pagi hingga 7 malam (Ahad-TUTUP)


Till then! See ya~

10 comments: