Assalamualaikum w.b.t..
Buat Pertama Kalinya, Terpaksa Jugak Berperang Dengan Tepung |
aktiviti husna masa cuti pertengahan semester bebaru ni, tak baru la jugak dah
nak dekat sebulan dah pon ekekekke..
Bila dah cuti panjang masa tu mula
laa mintak kat mama nak makan macam-macam, kononnya lama tak makan.. lagipon
kan tengah cuti sekolah, adik-adik pon semua ada kat rumah.. jadi lagi meriah
laa kalau makan reramai, buat banyak pon nanti tak membazir..
Sebelum ni kalau mintak, mesti
banyak akai tak nak buat sendiri hihihi.. tak
suka bab nak kena uli tepung, bab masak benda lain takpe.. eh baking pon kekadang fail jugak
sebenarnya, banyak kena try and error..
Kalau memasak ni lain, masak je walau tak cukup bahan, janji cukupkan dengan
rasa lepas tu dah siap, sedap serupa tu jugak.. muahahaha.. dasar!
Kekadang tu suka tengok resepi-resepi roti yang
bersepah kat timeline facebook,
tengok semorang buat macam mudah sangat, teringin jugak nak give it a try! tapi nya asyik bertangguh
situ laa, bertahun bookmark, save post
dok macam tu jugak..
Kurang berminat nak menguli sebab tak suka nak main dengan tepung, nanti
melekat kat celah-celah jari dan kuku pastu rasa sesuatu, rasa cecepat nak
basuh tangan.. mungkin bunyi macam melampau dan mengada tapi itu lah dya.. kalau
laa menguli ni boleh guna senduk, memang guna lama dah, nasib tak boleh je.. huhuhu..
Cuti pertengahan semester kali
ni terpaksa jugak buat, sebab memang dah
tak boleh bagi alasan dah.. kang tak dak pengalaman langsung jenuh laa
pulak kedepan-kedepan nanti.. paling seronok
uli tepung buat kuih banyak-banyak, goreng separuh masak dan lepas tu bekukan..
nak makan tinggal goreng je, tapi dah kalau itu pon malas jugak tak taw nak
cakap apa dah.. ekekkeke..
Dalam tak berapa suka pon sempat jugak laa buat pau inti kelapa dan
kacang hijau, donut dan mini burger Malaysia.. inshaAllah cuti study week yang terlebih-lebih ni boleh
laa kalau nak selit lagi aktiviti meroti.. kali pertama buat sendiri, perasaan
teruja dya tu lain macam lah sikit.. :p
Till then! See ya~❤
haish... rajin tul sis... harus ada semangat nak buat sis... selamat menguli tepung... :)
ReplyDeleteSalam singgah sini dik...wahh..rajinnya buat kuih...
ReplyDeleteya..boleh jadi chef makanan (^_^)
ReplyDeleteuntung la rajin..:)
ReplyDeletewahh gebus gebas dia punya roti haaa
ReplyDeleteseronoknya.. nak2 kalau jualan laris kan
ReplyDelete