Tuesday, July 15, 2014

Resepi Roti John Meleleh


Assalamualaikum w.b.t..


Hi, dua hari lepas husna mengidam terok kot, eh ini bukan disebabkan pembawakan budak tapi pembawakan cacing dalam perot.. diorang meronta-ronta nak makan Roti John.. yelaa tetiba teringat kenangan masa kat kolej dulu, ada masa pergi bazaar sebab nak beli roti john.. masa berpuasa kat rumah sewa tak dak laa kempunan sangat mungkin tak dak yang menjual setanding roti john abang kat kolej tu kot.. serius sedap sangat sampai sanggup beli untuk sahur esok pagi.. lahhh rindunya Merbok, rindunya kengkawan, rindunya suasana kat sana, rindunya nak buat bising tengah padang, rindunyaa nak belagak senior.. ehem bukan rindu nak belajar pon bhahaaaa..

ok sambung, ingat nak merempit pergi beli kat kedai depan taman tu je pastu mama husna tak bagi.. dya suruh husna buat sendiri je lagipon bahan-bahan semua dah ada.. nak makan plak ramai mesti tak cukup kalau beli satu atau dua.. husna ni malasnya lahaii -..- tapi sebab nak makan ku gagahkan jua.. pesan kat abah sebelum balik kerja singgah kedai beli roti sosej dan mayonis.. jumaat malam sabtu siap belasah buat untuk family, siapa yang follow twitter husna perasan laa tweet husna tu.. bheheee.. pre-sahur lah kengkononnya sebab waktu tu pukul 12 malam dah kot.. hentam..

sabtu petang buatkan lagi untuk adik-adik bawak bekal nak balik asrama, sorang satu pakat angkut, sampai meleleh-leleh diorang kerjakan.. lepas tu kasi ke anak jiran yang nak balik asrama jugak.. ok meh husna kongsi resepi, sebelum tu resepi asal di sini ye..

[Peringatan!! husna buat adunan inti ni waktu buat kat adik-adik husna so husna decide nak buat terus untuk balance 8 biji roti john, then adunan tu simpan dalam freezer, kalau nak buat lagi just keluarkan dan panaskan kuali leper.. so kalau nak buat sikit pepandai adjust taw.. adunan ni memang cukup untuk 8 biji roti, husna letak inti pon tak kedekut ye.. daging jelas terasa..:)]


Resepi Roti John Meleleh

bahan-bahan roti john
Bahan-bahan:
-8 biji roti sosej
-6 biji telur
-daun bawang daun sup
-kobis dan timun *hiasan*
-mayonis dan sos

Bahan-bahan inti:
-bawang putih bawang merah
-setengah peket kecil rempah kari daging
-sepeket daging ayam kisar *seperti dalam gambar*
-lada sulah


Cara-caranya:

1.Hiris bawang putih dan tumis, dah garing masukkan rempah kari daging dan biar kering sedikit.. lepas tu masukkan daging ayam kisar yang telah dibasuh, dan bawang merah yang telah dipotong dadu.. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah.. Masak sehingga daging benar-benar masak..

2.Pecahkan telur dalam satu bekas, dan masukkan hirisan daun bawang daun sup.. Then masukkan bahan inti tadi ke dalam bekas telur, kacau sebati.. Sekejap je bahan inti kita dah siap..

3.Panaskan kuali leper, corakkan bahan inti tadi sesuai untuk sebiji roti sosej then tekapkan roti tersebut.. Dah yakin telur tu masak elok, boleh lah diangkat.. sekejap je telur tu nak masak..

4.Hiaskan dengan kobis dan timun.. Untuk yang suka sayur macam husna jangan lepaskan peluang untuk mampatkan roti john anda.. dan banjirkan dengan sos dan mayonis.. sampai meleleh pon takpaa sebab sendiri bikin sendiri yang nak makan.. dah siap jangan lupa bismillah.. bheheee..


Till then!! See ya~











35 comments:

  1. Mak aih Husna.. jahat sangat ghope roti john ni. Jangan bawak lalu depan muka waktu tengah hari dah r... mengundang.

    Khamsi Abdullah

    ReplyDelete
  2. Ya ampun. Sedapnyaaa roti john nii! Aaaaaaa

    ReplyDelete
  3. huishhhh terbaiklahhh!!!! lama nau ena tak makan roti john... last masa zaman asasi 2 tahun yang lepas... sob!

    ReplyDelete
  4. ini memang kasi leleh sungguh hahahaks..

    ReplyDelete
  5. sedapnya husna, nampak mcm senang je nak buat..hihi boleh cuba ni..:)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum husna. adooiiii sengaja tauu tunjuk resepi dengan gambar roti john yang meleleh tu. adehhh.. singgah menabung groupon sini~~~

    ReplyDelete
  7. wow...sedap tu ! boleh buatkan utk syira...hehhee

    ReplyDelete
  8. Perghh mmg nampak sedap husna.. buat akak terliur jer.. nk kena p beli bahan2nak buay jugak nie...=D

    ReplyDelete
  9. haishhhh!!!!
    meleleh air liur ni di bulan puasa macam ni bila baca entry ni huhu...

    nak2...
    nice sharing hehe

    ReplyDelete
  10. Feveret zumal nie... Tapi zumal beli aje :)

    ReplyDelete
  11. sedapnya..:)
    ciksu punya checklist roti john hujung2 ramadan nanti
    ciksu blajar tahun lps.maklum le berniaga sebelah org jual roti john hihihi

    ReplyDelete
  12. Mak aiii tertelan air liukkk camni Husna oiii ..Sodapnyerr anak dara ni masak hehehehe ..
    nanti leh la cuba2 buat Roti Johan ni ..Thanks sharing

    ReplyDelete
  13. memang meleleh habis ni husna..should try your recipe :)

    ReplyDelete
  14. Awesomelah. Pandai masak rupanya Husna

    ReplyDelete
  15. mudahnyer.... memang menu esok pagi la hehe...

    sy tiru ye...

    www.mamaashraf.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Sy ade jual roti john, Di pandamaran, meh la rase, ari2 ade. nasib kalaw baik...ade promosi lgi tu..hihiih

    ReplyDelete
  17. heheh...pagi2 mencari resepi nak buat bekal anak.. plan nak buat roti john.mujurla ada bahan2nya.. heheh.. toce2 resepinya...

    ReplyDelete
  18. Sedap resepi roti john ni. Mmg terbaik. Sy dh cuba buat dh

    ReplyDelete
  19. Sedap resepi roti john akak. Mmg terbaik. Sy dh cuba buat

    ReplyDelete
  20. Resepi ni sedap komen ahli keluarga dah test makan ...sedap good idea

    ReplyDelete