Tuesday, July 01, 2014

Hari Pendaftaran Di UniKL RCMP, Ipoh


Assalamualaikum w.b.t..


Sambungan dari entry Bermalam di Homestay Azman, Bercham..

ini baru sebahagian manusia yang hadir.. memasing tengah menanti giliran..

keesokkan paginya hari Sabtu 21hb, dalam pukul 8 lebih kami sampai di UniKL RCMP untuk sesi pendaftaran, waktu ni orang dah mula ambek angka giliran, walaupun manusia yang datang tak de lah ramai mana tapi angka giliran yang adik husna dapat cecah 50 jugak lah.. kemain bersabar tunggu no giliran di panggil, dari kena berdiri lepas tu duduk, dah kematu punggung bangun pulak berjalan, sampai lah adik husna yang bongsu ni jadi macam kat bawah nih.. muka dya ya Allah, dah macam pasembor basi.. memang perangai dya sejak dari kecik, tak boleh duduk lelama, taw nak ajak balik je..-.-

dya ni kat memana pon mengantuk.. tido awal dari orang lain..-.-

tak macam husna dulu kat uitm, siap ada kaunter drive thru untuk ambek kunci bilik.. letak barang lepas tu terpulang nak pergi mana, waktu petang dah kena masuk.. hal-hal berkaitan pendaftaran kami sendiri yang kena lakukan keesokan hari.. tapi biasalaa tu lain tempat, lain caranya.. lagipon kalau kat uitm dulu diorang buat macam unikl jenuh jugak menunggu sebab kami ramai, setiap kos ada tak macam unikl yang ada hanya beberapa kos berkaitan je..

dah settle pendaftaran, kami diberi peta untuk ke hostel.. husna lupa apa nama hostel adik husna tuh.. yang pasti unikl ada banyak hostel dan berlainan tempat, dan husna percaya setiap hostel atau rumah sewa tak de yang dekat dengan kampus.. hostel adik husna ni pon ambek masa setengah jam jugak nak sampai kalau tak sesak.. kampus di Greentown, hostel di Kawasan Perindustrian Jelapang, jaraknya?? cepat pergi google maps.. sebab husna pon tak taw.. hahaha..

suasana dalam sebuah bilik.. muat 4 orang pelajar.. waktu nih baru 2 orang yang dah berjaya daftarkan diri untuk masuk bilik.. roomate dya yang baju kurung hitam tu, budak Sik..

kemas sesikit barang dya terus ajak balik homestay sebab dah hampir pukul 2 nak kena check out, lagipon perut belum di isi.. and guess what, hari kedua nasi bajet menjadi pilihan kami.. tanya perut memasing semua pakat nak nasi bajet cuma mama je teringin nak lauk lain, mujur sebelah gerai nasi bajet nih ada makcik yang menjual lauk-pauk, tapaw jugak untuk mama.. lepas makan siap mandi, kemas barang pukul 2 lebih kami check out.. selamat tinggal Bercham, ada jodoh jumpa lagi..:p

abah husna, nak sangat bergambar depan homestay sebelum bertolak balik.. hehehe..

jenguk buat kali terakhir sebelum pulang ke Kedah.. nanti dua budak kemetot antara abah dan mama tu akan balik asrama jugak, tinggal lah husna si anak tunggul, bukan tunggal ye..:p

terus meneruskan perjalanan ke hostel adik husna balik untuk hantar dya semula, means nak kena tinggal dya lah.. sorang lagi plak yang kena merantau, dya merantau pon tak jauh mana jauh sikit je dari husna.. hahaha.. peluk cium apa semua, dalam pukul 4 kami terus gerak balik.. kalau nak tunggu petang sikit risau traffic jam plak dengan manusia yang nak balik kerja..

selepas diorang balik asrama, husna jugak yang terpaksa habiskan..-..-

sebelum sampai rumah, sempat lagi kami pancing durian tepi jalan.. hehehe sebab memasing dah lama teringin.. keluar tol Bandar Baharu, sepanjang jalan Serdang tu banyak gila yang jual durian, mana hidung ni nak menahan mujur bukan bulan puasa taw.. :p pak cik tu kira timbang, 5 biji RM45.. buah besar, isi pon elok je.. jenis durian?? tak dapat dikenal pasti.. hahaha..


Till then!! See ya~











p.s-lepas nih singgah Ipoh lagi boleh laa jenjalan cari pasal..;p

16 comments:

  1. hehehe durian tu yang tak tahan tengok tu hehe :)

    ReplyDelete
  2. berjauh jalan tu. have a good rest husna! :)

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan ... durian klu bau time puasa , mmg menguji iman . done follow sini (1309)

    ReplyDelete
  4. hahaha.. durian.. tapi syg sy tak makan durian.. makan pun kalau yg dah buat bubur. yg fresh gitu takleh masuk. bau dia menusuk sgt.. boleh pengsan sehari tak bangun2 gara2 pening dgn bau durian. hikhik

    ReplyDelete
  5. Tahniah buat adik Husna yang dapat sambung study kat UniKL RCMP :))

    ReplyDelete
  6. selamat la buat adik Husna ye..hihihi...

    napa tak ajak kak sally habiskan durian tu -____-''

    ReplyDelete
  7. husna adik beradik perempuan semua ye.
    syiokk le kan.. leh gaduh gaduh ..hihi

    ReplyDelete
  8. hari pendaftaran yang semestinya memenatkan tapi berbaloi dapat sambung study..congrats untuk adik husna..

    ReplyDelete
  9. Untuk daftar or konvo, buat tempahan awal untuk homestay..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum.. 😂 akak.. Na tnya ni.. Setiap hari accommodation ke sana mcm mana? Ada bas ta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam.. ada jaa dik.. jgn risau.. memang adik akak ke kelas dgn bas yg disediakan..😊

      Delete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.