Friday, December 20, 2013

Sedikit Kata Buat Peringatan


Assalamualaikum w.b.t..


alam, suasana kampung
sumber: google


Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.

Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil.




Sumber : facebook.com















p/s- Astraghfirullah hal azim.. kurangnya diri ini bersyukur dengan apa yang diberi.. asyik nampak kelebihan orang lain dan merungut atas kekurangan tersebut.. walhal, setiap manusia telah Allah SWT kurniakan kelebihan dan kekurangan memasing.. 

19 comments:

  1. semoga kita dapat menjadi hamba yang bersyukur :)

    ReplyDelete
  2. betul sgt...kn bersyukur dgn nikmat Allah beri..:)

    ReplyDelete
  3. Yes..betul tu...kdg2 kita x sedar apa yg allah beri pd kita...
    Allah tak beri apa yg kita nak..tapi allah beri apa yg kita perlu..:)

    ReplyDelete
  4. nice share..
    betol tu.. kita tak tahu, kadang2 Allah bagi kita rezeki dari arah yg kita tak sangka..

    "................ dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
    Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
    (At-Talaaq 65:2-3) (ayat seribu dinar)

    ReplyDelete
  5. best la kata kata ni. tetiba muhasabah diri dik oi..

    ReplyDelete
  6. Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat hamba2nya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga kita hargai dan lebih rasa bersyukur atas nikmatNya..

      Delete
  7. setuju... redha dgn segala ketentuanNya.. krn pasti ada hikmah di sebaliknya..

    ReplyDelete
  8. peringatan yang bermotivasi :) setiap yang berlaku ada hikmahnya dan itu adalah rezeki masing²

    ReplyDelete

assalamualaikum dan hye..
tinggalkan jejak awak di sini..
terima kasih..♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Disclaimer

Blog ini merupakan blog peribadi perkongsian daripada penulis. Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pengalaman atau pendapat peribadi, dan tidak melibatkan mana mana pihak kecuali dinyatakan sumber atau nama pemiliknya.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal, dan mungkin berbeza dengan individu lain. Penulis sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen dan pendapat yang dilontarkan oleh para pembaca blog ini.

Terima Kasih.