Assalamualaikum w.b.t..
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki
mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari
mendapat anak
yang liar.
Jika tiada rezeki wang
ringgit,
mungkin diberikan rezeki
kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari
kerisauan menjaga
harta dunia.
Jika tiada rezeki kereta
mewah,
mungkin diberikan rezeki
kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari
membayar
kerosakan yang mahal.
Jika tiada rezeki rumah yang
besar,
mungkin diberikan rezeki
makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari
si gelandangan.
Jika tiada rezeki pasangan
yang cantik,
mungkin diberikan rezeki
pasangan yang baik
dan pandai menguruskan
rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana
hidup berteman
dan terjaga segala.
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur
ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat
berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
Jika tiada rezeki hari ini,
mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok
hari.
Maka kita lebih bahagia kerana
rezeki yang tidak
dijangka.
Bersabar. Bersyukur. Berusaha.
Berdoa. Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha
Adil.
Sumber : facebook.com
p/s- Astraghfirullah hal
azim.. kurangnya diri ini bersyukur dengan apa yang diberi.. asyik nampak kelebihan
orang lain dan merungut atas kekurangan tersebut.. walhal, setiap manusia telah
Allah SWT kurniakan kelebihan dan kekurangan memasing..
