Assalamualaikum w.b.t..
Sebulan yang lalu, 21 Januari,
bersamaan 19 Rabiulawal 1435H, telah berlangsungnya Majlis Ceramah Maulidur
Rasul di Dewan MRSM Merbok, Sungai Petani.. Penceramah jemputan pada malam tu
ialah Imam Muda Azhar.. atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Azhar Ghazali..
Majlis berlansung anjuran
Jawatankuasa Pelajar Non-Resident (JPNR), dan penasihat En. Norridzwan Abidin..
pada malam tu kami satu rumah hanya handle apa yang patut je.. susun kerusi,
sediakan tempat duduk pelajar mengikut sekolah, usai majlis edarkan makanan..
dan Alhamdulillah.. majlis berjalan dengan lancar..
Majlis bermula dengan qasidah
dari pelajar sekolah tahfiz.. dan seterusnya ceramah dari IM Azhar..
Sedikit intipati ceramah pada
malam tu..
kata beliau, dengan mengamal sunnah nabi, kita akan mendapat 100 pahala shahid.. wallahualam.. tak perlu berperang pon.. antaranya ialah, posisi ketika tidur iaitu tidur ke kanan, bahu kiri ke atas.. memakai pakaian putih dan berserban, seterusnya cara duduk semasa makan..
kata beliau lagi, zaman nabi dulu, semasa nabi cedera, para sahabat bersungguh-sungguh mahu membantu nabi.. sampaikan ada yang sanggup menjilat darah nabi.. jika menjilat darah nabi, dipercayai tidak akan di jilat api neraka.. wallahualam.. jika sekarang, kita hanya perlu patuh pada kedua ibu bapa kita.. nescaya syurga ganjarannya.. inshaAllah..
banyak lagi yang diceritakan,
hanya mampu berkongsi apa yang masih di ingatan.. :)
![]() |
| bersama Imam Muda Azhar |
p/s- kata IM Azhar, kalau
sayang nabi, sekurang-kurangnya mesti ada sebuah buku mengenai akhlak nabi..

