Tuesday, November 26, 2019

Singapura atau Australia - Rancang Perjalanan Anda


Assalamualaikum, hai hampa!


Semoga semuanya dalam keadaan sihat dan ceria seperti selalunya. 💕

Cuti sekolah dah pun bermula, husna percaya masa sekarang ni laa mak ayah sibuk nak pilih tarikh untuk bawak anak-anak keluar bercuti kan. Menurut sumber, bercuti mampu meningkatkan kesihatan fizikal anak-anak dan seterusnya membantu perkembangan minda mereka. Terpulang sama ada tempat yang dekat mahupun jauh, luar bandar atau dalam bandar sekalipun.

Dan kebanyakan mak ayah mesti dah rancang awal setiap tahun kan, lagi-lagi jika ianya melibatkan perjalanan yang jauh. Bagus sebenarnya kalau dapat rancang awal, sekurang-kurangnya kita dapat tentukan segala perkara asas yang melibatkan tempat tersebut. Pesyen husna kalau nak pergi tempat orang mesti nak kena ambil tahu serba sedikit mengenai tempat yang husna rancang nak pergi tu.

Biasanya husna suka survey dekat Traveloka. Mudah sebab dekat sini ada pelbagai jenis servis yang ditawarkan, bermula daripada flight, hotel, airport transfer dan pelbagai aktiviti pun turut tersedia. Kita cuma kena pandai pilih dan bandingkan saja.

Ada dua tempat menjadi pilihan husna, pergi bercuti ke Singapura menggunakan Singapore Airlines flight atau Australia menggunakan Jetstar flights. Nak bercuti ke negara yang nilai mata wang nya tinggi nih kita kena berangan je dulu sambil survey buat persiapan apa yang patut. Pemilihan tarikh yang sesuai juga memainkan peranan yang sangat penting, sebab tu kena rancang awal.

Singapore
Sumber: google.com
Singapura

Negara yang sangat terkenal dengan industri pelancongannya. Sekarang nih dah ada banyak cara nak ke Singapura selain flight, sama ada naik bas ataupun pandu sendiri. Semua kemudahan pun ada kelebihan dan kekurangannya, yang penting tertakluk kepada bajet masing-masing dan bagaimana cara kita merancang percutian tersebut. 

Buat mereka yang mempunyai bajet yang terhad, Singapura bukanlah semata-mata mengenai Universal Studio saja, ada beberapa tempat menarik dan jimat yang turut boleh dilewati ketika disana. Antaranya Marina Bay, Esplanade – Theatres on the Bay, Merlion Park – The Iconic Statue, Fountain of Wealth dan China Town untuk membeli-belah.

Fountain_of_Wealth
Sumber: google.com
Kebanyakan tempat di Singapura ini adalah sangat sesuai untuk bergambar dan bercuti secara santai. Walaupun husna rasa sedikit terganggu dengan nilai mata wangnya yang tinggi tapi kalau kita usaha dan bijak merancang mungkin kita boleh bercuti dengan tenang dan seronok. Malah boleh penuhkan galeri dengan gambar-gambar yang cantik.

Sydney_Opera_House
Sumber: google.com
Australia

Ini lagi satu negara tumpuan pelancong, tapi Australia ni semestinya lebih besar kalau nak dibandingkan dengan Singapura tadi. Penting untuk kita kenal pasti tempat yang kita nak tuju dan aktiviti apa yang kita nak buat sepanjang percutian. Hal ini kerana, setiap tempat seperti Perth, Sydney ataupun Melbourne mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Tetapi sebelum tu kenalah pastikan visa kita dah lulus terlebih dahulu. Bukan apa, husna rasa kesian dan naya kalau sesiapa yang dah beli tiket flight dan buat tempahan hotel tapi akhirnya visa tak diluluskan. Nangis tak berlagu tuu. Sebab tu pentingnya merancang dekat sini, terutama untuk negara-negara yang memerlukan visa macam Australia.

Blue_House_Boat
Sumber: google.com

Pesyen husna memang kena rancang dulu, tak dapat banyak, sikit pon cukup. Sebab husna tak suka bila percutian atau short escape tu jadi percutian yang sia-sia, tak dak arah nak dituju. Dan mungkin bagi sesetengah orang mereka lebih suka santai, lebih suka kejutan, redah je kat mana-mana selagi boleh. Biasalah setiap orang kan tak sama, memang laa rambut sama hitam tapi hatinya lain-lain tau.

Banyak lagi tempat yang menarik sebenarnya, tapi tak mampu husna nak senaraikan semuanya. Kalau google saja macam-macam tempat dan aktiviti yang keluar. Naik pening, dah laa kita nih cepat rasa teruja, sana nak pergi, itu nak buat, akhir sekali habuk pon tak ada. huhuhu. Jadi sebaiknya rancang perjalanan anda, macam pesanan PLUS Malaysia setiap kali nak balik bercuti kann. Apa pun semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Allahumma Ameen.



Sampai bertemu lagi!
husna zahidi

Saturday, November 16, 2019

KFC Sawadee Crunch - Thai Spicy


Assalamualaikum, hai hampa!

Salam hujung minggu, Alhamdulillah, salam ceria bersama keluarga tersayang. 💕

Isnin bebaru nih kan tengah hangat dengan #1111Madness nak dijadikan cerita tetiba husna dan suami dedua terdengar iklan pasal KFC Sawadee Crunch, terus husna ajak jom lepas balik kerja tu. padahal dah dengar iklan banyak kali dah pon, tapi dah suami bunyi, kita jom jeleee ehekk!

dan tetiba rasa macam tersalah masa pulak kami pergi dine in malam tu. dua kaunter beratur punya panjang, bila check website kfc, rupanya depa pon ada promosi sempena 11.11, KFC Snack Plate cuma berharga RM11 saja dari 10 pagi sampai 10 malam. padan laa ramai sangat. 


KFC Sawadee Crunch

Nak tak nak terpaksa jugak laa beratur, yelaa dah sampai kan. lagipon rasa macam lama pulak tak makan kfc, bila kali terakhir makan pon tak ingat dah, tuhhh begitu punya lama. Kah! 

kami pesan 2 set Sawadee Crunch Combo; 2 pieces Sawadee Crunch, whipped potato, coleslaw and drink (Apple Pear) dan husna punya add on 1 Butterscotch Bun. wajib! sebab bila makan kfc tak dak bun tu rasa tak lengkap. hahahha tiberrr~

kebiasaannya kalau ke kfc memang husna akan pesan menu yang sama jer, snack plate dengan ayam goreng spicy. tapi kali ni tak sengaja tercuba menu baru. rasanya tu not bad laa, sedap jugak. ada rasa masam masin. tapi diingatkan hampa kena makan ayam tu saja semata tanpa sos atau sewaktu dengannya sebab nanti kalau makan dengan sos tak rasa lah sawadee tu, hehehhe.


KFC Sawadee Crunch boleh didapatkan dengan harga serendah RM15.50 sahaja. 

Sejenis kfc ni lagi best kalau makan kat rumah je sebenarnya. ntah laa pesyen husna sama kot, nak makan kfc kena ambil masa. omputih kata feels the taste! seronok makan kat rumah, boleh lurut tulang temulang tu dedua tangan sampai licin sambil layan movie atau drama. ehekk

Suami husna tak habis-habis puji coleslaw kfc, dari sebelum kawen, sampailah sekarang. pencinta sayur memang begitu wak. bini dia kalau puji benda lain, masakan orang lain sikit mula laa nak semak perut, kalau puji perempuan lain lagi lah, rasa nak bakor hahahha



Sampai bertemu lagi!
husna zahidi 

Saturday, November 09, 2019

Review | 2 Layers Multi-Function Electric Cooker (1.7 Litre)


Assalamualaikum, hai hampa! 

Salam Maulidur Rasul 1441H, semoga sihat sejahtera semuanya. 💕

Kalau dah nama kaki shopping tu, duduk rumah ke, duduk luar ke sama jaa. tak keluar pon tetiba ada jaa barang nak dibeli. abang akak posmen pon sampai dah cam, asyik orang yang sama dia kena hantar barang. ehekkk.. 

nak shopping memang laa boleh, tak ada siapa sekat, tak ada siapa larang tapi biasanya husna akan bezakan dulu yang mana kehendak, yang mana keperluan. bukan apa, takut terlajak nanti, pepaham jelaa kann. ehekkk..

tapi disebabkan barang ni memang dah lama dalam wishlist husna dan dalam kategori keperluan, ada bajet je terus masukkan dalam shopping cart, laju betul buat kerja hehehhe. husna beli sebab nak letak electric heating pot ni kat pantry tempat kerja. senang nak panaskan lauk jenis berkuah. 

Alhamdulillah lepas dah kahwin pon masih lagi sibuk dengan bekal, tak pernah lagi keluar makan luar, sebab malas keluar sepasal. Zul pon jenis tak kisah kalau bawak bekal, katanya lagi dia suka. Cumanya kekadang kalau husna tak sempat masak tu, kami akan tapau sesiap on the way nak ke tempat kerja saja. 


periuk_kukus_elektrik

2 Layers Multi-Function Electric Cooker (1.7 Litre)

Kalau dulu orang tengah gilakan periuk doraemon, sekarang trending periuk pelbagai guna ni pulak kot. dekat media sosial pon dah banyak iklan pasal periuk kukus nih. tak tau laa hampa perasan atau tak. buat pelajar untunglaa kalau ada sebijik, senang nak masak makanan berkuah, kukus atau panaskan lauk. tapi kena tengok jugak kampus hampa tu lulus atau tak nak bawak barangan elektrik macam ni, satgi tak pasai kena rampas pulak, nayaa. 


periuk_kukusperiuk_kukus_murah


Satu set pembelian didatangkan dengan penutup kaca, dulang kukus, bekas telur, dan periuk. apa yang menariknya lagi, hampa dah tak perlu cari universal adapter, sebab dah lengkap dengan 3-pin plug. sebelum husna beli ni pon, husna dah survey 4-5 orang penjual, dan kebanyakan periuk ni datang dengan 2-pin plug. ada satu shopper nih, kalau nak mintak adapter boleh, tapi ada extra charge. eh macam tu pulak ye! cari-cari lagi nasib jumpa yang sesuai.

Saiz periuk ni hampa jangan ingat besar macam periuk nasi pulak. saiz dia comel je, 1.7 liter. cukup laa buat syarat untuk 2-3 orang makan. hehehhe.


masak_periuk_kukus

Bila badan rasa kurang sihat, dapat hirup sup panas, memang rasa nikmat dah. Yang ni bekal sebulan yang lalu kot, nampak tak punya lama simpan. ehekk. Bekal singgang ikan kembung, pesyen husna suka letak bawang putih bawang merah dan halia bebanyak. 

Masa ni kali pertama nak cuba periuk kukus pelbagai guna nih. Nampak tak pada gambar di atas, buih-buih putih tu maknanya dia sedang dalam proses nak mendidih. memang sangat cepat dia bertindak balas, sekejap saja dah mendidih menggelegak. 

Alhamdulillah berfungsi dengan jayanya, tapi sampai hari ni husna tak berani nak hentam dia kuat-kuat lagi, cukup lah sebagai alat pemanas. Harga nya pon berbaloi, cuma RM24.36 setelah ditolak diskaun penghantaran dan shopee coins. 




Sampai bertemu lagi!
husna zahidi 

Saturday, November 02, 2019

Cara Link Akaun Bank Dengan Akaun Tabung Haji


Assalamualaikum, hai hampa! 

Selamat berhujung minggu, dan Salam 2 November. 

Dua tiga hari lepas sebenarnya husna ada urusan dengan Tabung Haji (TH), macam urusan besar duit juta-juta pulak kan hehee tak dak lah, urusan biasa ja, keluar masuk duit je pon.

husna baru dapat tau yang sebenarnya kita dah tak payah susah-susah lagi nak ke kaunter untuk urusan keluar masuk duit TH. yelaa sebab dulu kan apa-apa urusan mesti melalui kaunter. lepas ni hanya perlu withdraw kat ATM yang berhampiran je, ikutlah memana akaun bank yang hampa ada. 


buku_tabung _haji

Urusan Tabung Haji (TH) dah Tak Guna Buku

Kata pegawai TH tu lagi, hampir 6 bulan dah kot, Buku Kuning TH tu dah tak diguna pakai. tapi boleh je kalau nak mohon untuk kemaskini akaun, manalah tau tetiba rasa macam tak pasti berapa baki jumlah dalam akaun. nanti pegawai TH tu akan cetak atas Slip Simpanan Wang (warna kuning) atau Slip Pengeluaran Wang (warna biru) bergantung kepada urusan kita selepas tu. 


link_akaun_TH

Cara-cara Nak Aktifkan Kad Bank CIMB dengan Akaun Tabung Haji (TH)

Lepas dapat taw cara nak link tu terus kami laki bini ke cawangan bank berhampiran. terpulang hampa nak link dengan bank apa, macam husna link dengan akaun bank CIMB. suami pulak, dia link dengan CIMB dan Maybank sekaligus.

1. Masukkan Kad ATM dan No Pin kita
2. Pilih Menu Lain-lain, untuk Pilihan Tabung Haji (TH)
3. Pilih Pendaftaran Akaun TH Sendiri; atau Pilih Link Akaun
4. Masukkan No Kad Pengenalan Pemilik Akaun
5. dan Masukkan No Akaun TH - boleh dapatkan di Buku TH
6. Resit penyata akan keluar memaklum kan bahawa pautan berjaya

Cara Mudah Transfer Duit Tabung Haji Tanpa Perlu Beratur di Kaunter


Hampir setengah tahun husna guna cara mudah ni untuk masukkan duit simpanan di TH. Cara mudah yang dikongsikan tanpa perlu beratur panjang menunggu giliran di kaunter. sekarang ni dah tak perlu risau kalau tak sempat nak curi masa setiap bulan ke TH berhampiran.

Untuk pengguna CIMBClicks. Log in saja dan buat urusan melalui "Pay Bills" CIMBClicks akan mengenakan caj sebanyak RM0.50 setiap transaksi. Bagi husna berbaloi sangat dari nak kena drive pergi pekan, bayar parking dan ambil nombor giliran. kalau nak asing setiap bulan, konon letak tepi nanti satu kali masuk rasa macam tak yakin dengan diri sendiri pulak hehehhe baik masukkan terus.

InshaAllah semoga sama-sama kita istiqamah menyimpan untuk masa hadapan. 


Sampai bertemu lagi!
husna zahidi