Wednesday, December 21, 2016

Kesan Seawal 7 Hari Dengan MNK Magique Skinz Booster Spray


Assalamualaikum w.b.t..


Kesan Seawal 7 Hari Dengan MNK Magique Skinz Booster Spray | perempuan atau lelaki pasti akan mempunyai masalah kulit, walau tak banyak mesti akan ada jugak lah.. tak perlu cakap orang lain, husna sendiri pon ada masalah macam tu.. 

kalau tak tempek bedak tebal-tebal memang tak sah, tapi kadang tu belasah je bare face, tak pun sapu je secalit bedak dan segaris lipbalm, dah siap! lagipon husna bukan reti sangat nak guna make up.. ekekekke.. ๐Ÿ˜

Kadang bila keluar bare face tu nasib lah kalau orang pandang kita atas bawah, atas bawah.. hahaha maaf laa tak sempat, nak cepat punya pasal.. cuma nya kalau husna ke kelas, tak leh laa nak buat perkara tak senonoh macam tu, nampak macam anak dara pemalas sangat.. ekekkeke melainkan kalau muka memang sejak azali flawless namati.. 


Tapi sekarang tak lagi, makin bertambah yakin dengan ada nya serum MNK Magique Skinz Booster Spray ni, nak keluar ke kedai dengan muka pucat lesi tak dak secoet bedak pon tak pa dah.. Paling husna suka pepagi sebelum siap nak ke kelas tu, sembur-sembur dulu muka dan leher lepas tu baru calit make up.. dengan cara ni make up akan tahan lebih lama.. ๐Ÿ˜

Untuk makluman semua, MNK Magique Skinz merupakan produk anti penuaan #1 keluaran Bumiputera yang setaraf produk antarabangsa dan diedar oleh Hasma Resources Sdn. Bhd. - 1174781 W.. Secara umumnya, serum ini membantu ramai wanita diperingkat umur 30 tahun ke atas.. 

Fun Facts About MNK Magique Skinz Booster Spray!
  • Di Formulasi Dari Korea
  • Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit; Lelaki & Wanita
  • Bebas Dari Unsur Dan Kajian Ke Atas Binatang
  • Tanpa Bahan Kimia Yang Memudaratkan
  • Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT 150902354 K)
  • Di Uji Secara Dermalogika
  • Keluaran Bumiputera/Islam


Kelebihan MNK Magique Skinz Booster Spray 
  • Membantu menegangkan dan menaikkan wajah
  • Menganjal & menghaluskan struktur kulit
  • Mengecilkan liang pori di wajah
  • Menghilangkan garis halus dan kedutan dengan ketara
  • Membekalkan kelembapan kulit sehingga 48 jam
  • Menghilang dan merawat pigmentasi secara kekal tanpa pengelupasan
  • Menjadikan mekap bertahan lebih lama di wajah (spray sebelum mekap)

Testimoni Selepas Seminggu Menggunakan MNK Magique Skinz 

Alhamdulillah lepas seminggu pagi petang siang malam gigih dok main sembur-sembur, tak sangka dah nampak dan rasa kesan minimanya.. kulit muka jadi lembap, parut jerawat pon pelan-pelan beransur mengundurkan diri.. yang tinggal parut demam campak je, tinggalan masa sekolah menengah dulu, sadis betul.. 

Selain itu, serum ni membantu menghilangkan lingkaran gelap bawah mata dan merawat mata sembap.. sebelum nak tidur, lepas cuci muka tu sembur dulu, urut-urut sikit dan dalam pada masa yang sama, ia membantu merawat mata penat kita yang seharian mengadap skrin laptop.. ๐Ÿ˜

Kalau nak taw serum ni bau wangi harum semerbak, waktu pertama kali guna hari tu, kawan bilik husna tegur apa benda yang wangi sangat ni, dengan yakin nya husna tunjuk booster spray ni lepas tu sempat laa promosi kejap.. ekekkeke.. ๐Ÿ˜

Cara Penggunaan MNK Booster Spray

SIANG & MALAM
1. Cuci muka sebersih-bersihnya.
2. Sembur satu muka – air yang masih ada di muka di dap-dap kan di sekitar mata, urut keatas disekitar kawasan pipi untuk proses lifting and firming, urut kebelakang di kawasan kedutan, dap-dap kan di dagu untuk kurangkan double chin dan biarkan keseluruhan air di muka meresap dengan sendirinya.
3. Kemudian pakai Sunblock.

NOTE: Jika inginkan make up tahan lebih lama, boleh sembur sekali lagi selepas make up!

Untuk pengetahuan, MNK MAGIQUE SKINZ juga berfungsi sebagai night cream, tetapi jika masih ada lagi night cream boleh digunakan selepas sembur cuma pastikan krim tersebut tiada bahan kimia berbahaya..


Terlalu banyak kebaikan dan kelebihan daripada booster spray ni yang tak dapat dinafikan.. Hanya perlu sembur je, tak payah dah nak calit-calit bagai.. Bukan apa segelintir orang tak konsisten jaga muka sebab tak berapa rajin nak calit macam-macam jenis produk.. 

Jadi apa tunggu lagi dapatkan MNK Magique Skinz Booster Spray ini segera dengan harga promosi sementara stok promosi masih ada.. ๐Ÿ˜„

HARGA PASARAN:
SM: RM 187
SS: RM 197
Postage RM7.00


HARGA PROMOSI(terhad sementara stok promosi masih ada)
SM: RM160
SS: RM170
NOTE: Kalau beli sekarang boleh dapat harga stok diskaun + FREE POSTAGE

Pembelian online melalui ejen-ejen:
+6017 3611 350 (HQ MNK MAGIQUE SKINZ)
+6019 370 0488 ( Kak Jie Stokist)
+6011 3549 7769 Fiza
+6019 251 6682 Fariza



Till then! See ya~

Buat Pertama Kalinya, Terpaksa Jugak Berperang Dengan Tepung


Assalamualaikum w.b.t..


Buat Pertama Kalinya, Terpaksa Jugak Berperang Dengan Tepung | aktiviti husna masa cuti pertengahan semester bebaru ni, tak baru la jugak dah nak dekat sebulan dah pon ekekekke..

Bila dah cuti panjang masa tu mula laa mintak kat mama nak makan macam-macam, kononnya lama tak makan.. lagipon kan tengah cuti sekolah, adik-adik pon semua ada kat rumah.. jadi lagi meriah laa kalau makan reramai, buat banyak pon nanti tak membazir..

Sebelum ni kalau mintak, mesti banyak akai tak nak buat sendiri hihihi.. tak suka bab nak kena uli tepung, bab masak benda lain takpe.. eh baking pon kekadang fail jugak sebenarnya, banyak kena try and error..

Kalau memasak ni lain, masak je walau tak cukup bahan, janji cukupkan dengan rasa lepas tu dah siap, sedap serupa tu jugak.. muahahaha.. dasar!

kuih pau inti kacang hijau

Kekadang tu suka tengok resepi-resepi roti yang bersepah kat timeline facebook, tengok semorang buat macam mudah sangat, teringin jugak nak give it a try! tapi nya asyik bertangguh situ laa, bertahun bookmark, save post dok macam tu jugak.. 

Kurang berminat nak menguli sebab tak suka nak main dengan tepung, nanti melekat kat celah-celah jari dan kuku pastu rasa sesuatu, rasa cecepat nak basuh tangan.. mungkin bunyi macam melampau dan mengada tapi itu lah dya.. kalau laa menguli ni boleh guna senduk, memang guna lama dah, nasib tak boleh je.. huhuhu..

aktiviti meroti

Cuti pertengahan semester kali ni terpaksa jugak buat, sebab memang dah tak boleh bagi alasan dah.. kang tak dak pengalaman langsung jenuh laa pulak kedepan-kedepan nanti.. paling seronok uli tepung buat kuih banyak-banyak, goreng separuh masak dan lepas tu bekukan.. nak makan tinggal goreng je, tapi dah kalau itu pon malas jugak tak taw nak cakap apa dah.. ekekkeke..

kuih mini burger Malaysia

Dalam tak berapa suka pon sempat jugak laa buat pau inti kelapa dan kacang hijau, donut dan mini burger Malaysia.. inshaAllah cuti study week yang terlebih-lebih ni boleh laa kalau nak selit lagi aktiviti meroti.. kali pertama buat sendiri, perasaan teruja dya tu lain macam lah sikit.. :p



Till then! See ya~

Saturday, December 17, 2016

Syahirah Vitalis Eau De Cologne: Serlahkan Pesonamu, Raih Bintangmu!


Assalamualaikum w.b.t..


Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Syahirah Vitalis Eau De Cologne: Serlahkan Pesonamu, Raih Bintangmu | Baru-baru ini, Syahirah telah melancarkan koleksi wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.

Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne mempunyai aroma tersendiri yang akan merangsang aura positif diri anda seperti esen sitrus, ia akan memberi kesegaran dan kecergasan agar anda sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti-aktiviti harian.

Syahirah Vitalis Eau De Cologne

Syahirah Vitalis Eau De Cologne juga diperakui Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk “Serlahkan Pesonamu, Raih Bintangmu”.

Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:

Syahirah Vitalis Eau De Cologne
1. Haute Couture
Kombinasi haruman bunga-bungaan, kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan dalam hidup..

Syahirah Vitalis Eau De Cologne 
2. Femme Chic
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan nektar, mangga dan strawberi serta adunan kesturi vanila yang sensual melambangkan nilai elegan, malah turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda..

Syahirah Vitalis Eau De Cologne
3. Celebrite
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda menjadi tumpuan orang di sekeliling.. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada dunia..

Syahirah Vitalis Eau De Cologne
4. Glam Star
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar, ,malah akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di mana-mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian..

Untuk pengetahuan, Syahirah Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar, pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “Serlahkan Pesonamu, Raih Bintangmu”.



Till then! See ya~

Monday, December 12, 2016

Membesar Di Merbok Dengan Nasi Hujan Panas Lembah Bujang


Assalamualaikum w.b.t..


Membesar Di Merbok Dengan Nasi Hujan Panas Lembah Bujang | like seriously? Memang pon! Hahaha rata-rata manusia kat Merbok, Kedah, pelajar atau bukan pelajar memang semua membesar dengan nasi hujan panas kalau nak taw.. sampaikan ada yang jenis siang dan malam wajib beli, husna pulak hanya setakat sebagai makan malam jelaa..

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Husna mula kenal nasi hujan panas sejak masuk belajar semula pada awal tahun 2015 dan sampai sekarang, perasaan jemu tu tak jumpa lagi.. husna tak pasti apa laa yang berhantu sangat Nasi Hujan Panas ni, kalau dalam seminggu tak makan tidur tak lena dibuatnya.. ekekkeke.. ๐Ÿ˜†

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Sedap ke Nasi Hujan Panas ni??

Mestilah sedap! Kalau tak, tak dak makna sampai termimpi-mimpi, tersebut-sebut.. siap gigih tapaw bawak balik kat keluarga husna, sebabnya penat dah asyik bawak balik cerita je.. komen diorang, abah macam biasa tak suka pedas, mama pulak bagi thumbs up!

Husna suka sambal dya, pedas manis lain macam.. dan peliknya walaupun pedas tapi tetap semorang mintak sambal lebih.. sesetengah pedas sambal kalau pedas melampau tu kita dah tak boleh nak teruskan makan, tapi yang ini sambal banyak macam mana pon husna tetap boleh teruskan.. durasi masa makan pon ambil masa sikit laa sebab nak ambek nafas satu hal, nak nikmati satu hal, kemudian nak kesat hingus lap ayaq mata lagi, selalunya husna makan sambil tengok cerita pukul 7, hihihi baru layannn..


Berapa Harga Nasi Hujan Panas ni??

Harga mengikut saiz; S – RM2.00, M – RM3.00, L – RM4.00 dan Ayam Berempah – RM5.00..

Husna selalu beli S, M atau S + nasi lebih = RM2.50.. apa yang berbeza kat sini adalah berapa ketul ayam dalam setiap saiz, nasi pulak jangan risau banyak macam biasa, cuma nya kalau datang mood pelahapfobia husna tu terbeli laa nasi lebih.. ekekkeke..

Nasi Hujan Panas Lembah Bujang

Waktu Operasi Nasi Hujan Panas..

Nasi Hujan Panas ni dijual pada waktu pagi pada jam 7-11 pagi, dan petang pada jam 4-10 malam.. tapi nya jangan harap pergi lewat-lewat nak ada lagi, kekadang on the way nak pergi kelas pukul 10 pagi tu pon dah tak nampak kelibat, punya awal tutup.. waktu malam lagi laa, kalau nak pergi beli, memang tak berani nak pergi lepas maghrib, kang balik dengan tangan kosong, nangis tak berlagu..


Lokasi Nasi Hujan Panas, Lembah Bujang..

Kalau dulu diorang hanya bukak gerai kecil tepi jalan je macam dalam gambar, tapi sekarang dah berubah tempat.. Masih depan MRSM Merbok tapi dalam kiosk pondok perhentian bas bebetul depan Restoran Shiema Corner..


Till then! See ya~

Wednesday, December 07, 2016

#MyTravelokaEscapade | 5 Tempat Menarik Di Langkawi Yang Husna Teringin Pergi Bersama Keluarga Jika Menang Percutian PERCUMA Dari Traveloka

Assalamualaikum w.b.t..


#MyTravelokaEscapade : 5 Tempat Menarik Di Langkawi Yang Husna Teringin Pergi Bersama Keluarga Jika Menang Percutian PERCUMA Dari Traveloka | kali pertama jejak Langkawi waktu umur husna 12 tahun, ikut lawatan sekolah ada program apabenda ntah lupa dah, pergi menginap di MRSM Langkawi.. kenangan waktu ni habuk pon husna tak ingat, yang tahu kami memang tak sempat singgah ke mana-mana tempat menarik, yelaa nama pon lawatan bersama sekolah, masa tu terhad lah sikit..

Kemudian habis SPM, tahun 2011 dapat tawaran masuk belajar di UiTM Merbok, husna ditakdirkan duduk sebilik dengan budak Langkawi, namanya Zuliatul Fatihah, kecik comel rendang je orang nya.. husna dapat taw je dya duduk Langkawi, semua benda pasal Langkawi husna soal ke dya, dah gaya macam polis pencen ekekkeke..๐Ÿ˜†

Paling seronok tak hingga waktu ni, dya ajak balik Langkawi, balik bercuti di rumah dya.. berjumpa dengan keluarga Zue yang sangatlah baik dan peramah, siap bawak pergi jenjalan, bajet pelancong sangat, satu benda paling husna ingat nasi lemak mak dya, sedapnyaaa.. kali pertama belajar makan ikan bilis jenis besar-besar tu, rangup gila tapir, ya Allah sampai sekarang masih teringat..๐Ÿ˜‹

pesyen bercerita kalau tak buat diri sendiri rasa kebulur memang tak sah.. sengal!

Masuk semester 5, husna sekali lagi jejak Tanah Mahsuri, tapi kali ni atas sebab group assignment.. jenis melampau sangat nak buat assignment nun jauh sampai sana, macam dah tak dak tempat yang dekat agaknya.. kami berlima pergi balik hari je, itupon menyempat lagi nak shopping ekekekke.. yang hazabedahnya sepanjang hari terpaksa berjalan kaki, punya kedekut haji bakhil nak keluarkan duit sewa teksi, padahal diri tu ntah kat mana-mana, zaman fon tak berapa nak canggih lagi..

Sepanjang 3 jenis percutian singkat tu, husna cuma pernah ke Kampung Padang Mat Sirat, Makam Mahsuri, Pekan Kuah dan Oriental Village.. inshaAllah kalau ada rezeki menang percutian percuma dari Traveloka, husna nak heret mama, abah dan adik-adik husna pulak, tak syok laa kan asyik bawak balik cerita dan Kisses je kat diorang.. 

“Travel is better when you’re happy together” – Traveloka

5 Tempat Menarik di Langkawi Yang Bakal Menjadi Sasaran Husna Sekeluarga:

1. Oriental Village (SKYCAB, SKYBRIDGE, & SKYDOME)
Pergi Langkawi memang tak sah kalau tak naik SkyCab @ Cable Car, dengar cerita pulak sekarang dah ada pelbagai jenis tarikan di Oriental Village nih, antaranya SkyBridge, SkyDome dan Langkawi Art In Paradise.. hurm lagi laa rasa membuak-buak nak pergi bercuti di Langkawi.. lepak-lepak atas Gunung Mat Cincang menyaksikan keindahan alam kebesaran Ilahi dengan menaiki Crystal Glass Bottom Gondola, lepas tu jenjalan di SkyBridge menikmati angin sejuk gunung.. brrr!

2. Skytrex Langkawi Adventure Park
Ini lagi satu tarikan terbaru yang ada di Langkawi, kalau tak silap tempat ni mula beroperasi pada hujung tahun 2014, tak sangka Langkawi pon dah ada tempat extreme macam ni.. kalau dulu excited nak cuba ESCAPE Adventureplay, Penang telah pon tertunai jadi mana taw rezeki akan datang husna nak heret adik-adik husna pulak cuba Skytrex Langkawi.. diorang ni nampak je macam tak berdaya saing tapi naik Atan’s Leap kat ESCAPE tu dah berapa kali ulang, akaknya jugak yang lembut lutut..๐Ÿ˜”

3. Kilim Geoforest Park
Kalau tanya pergi sini nak buat apa, mesti ingat pasal nak bagi makan Helang je kan, memang pon! Selain itu, Kilim mempunyai landskap yang unik dan mempunyai ciri-ciri yang luar biasa seperti gua batu kapur, hutan paya bakau dan landskap kars yang mengujakan.. Pasti suasana seperti ini akan memberikan pengalaman baru kepada husna sekeluarga sepanjang menelusuri sungai tersebut.. Yang paling penting nak bergambar kenangan dengan ikon Kilim Geoforest Park..

4. Laksa Kaw Ikan Sekoq
Dah nama pon pencinta makanan, kalau pergi tempat orang tak merasa makanan sedap kat sana, alamatnya tak lengkap lah percutian korang tu.. Nak pulak sejenis keluarga hantu laksa, rugi gila kalau tak sempat masukkan dalam senarai tempat menarik untuk disinggah sepanjang berada di Langkawi.. komen orang ramai, kuah laksanya yang pekat dan sedap, ikan sekoq, telur rebus sebijik ditambah dengan hirisan cabai melaka, makan tepi pantai, hurmm pengsan!

5. Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2017
Setiap 2 tahun sekali, pasti akan diadakan Pameran LIMA (LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME & AEROSPACE) mempamerkan aksi-aksi kehebatan jet-jet pejuang dari pelbagai negara.. Tahun 2017 merupakan tahun seterusnya dan bakal berlangsung selama 5 hari bermula pada 21 hingga 25 Mac.. Andai ada rezeki husna dan keluarga menang percutian percuma dari Traveloka, pasti beruntung kalau dapat ke Pameran LIMA '17 ini..

traveloka


Traveloka merupakan salah satu platform penerbangan dan tempahan hotel terkemuka di Asia Tenggara, menyediakan lebih daripada 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik..

Terkini, www.traveloka.com.my sedang melancarkan kempen kesedaran jenama dengan mengadakan pertandingan dalam talian menerusi blog dan facebook.. Syarat-syarat yang dikenakan sangat lah mudah..

Untuk makluman lanjut boleh ke https://blog.traveloka.com/en/online-contest/ 


Till then! See ya~

Friday, December 02, 2016

Tabiat Dari Kecil Makan Nasi Lemak Dengan Kicap


Assalamualaikum w.b.t..


Tabiat Dari Kecil Makan Nasi Lemak Dengan Kicap | sejak kebelakangan nih asyik hujan je, kalau tak lebat, mesti renyai tanpa henti.. untuk yang keluar pergi bekerja dengan motosikal tu terasa sikit laa kesannya, jangan lupa sediakan baju hujan dan berhati-hati di jalan raya..


Baru-baru ni husna tersedar, husna ada satu tabiat dari kecik kalau makan nasi lemak yang bikin sendiri  di rumah mesti akan makan dengan kicap manis.. tak taw lah kenapa, kalau makan tak dak kicap nanti mesti rasa lain macam.. tapi kalau makan nasi lemak beli di kedai bungkus siap yang kecik-kecik singgit tu atau bungkus banyak siap tambah lauk bawak balik rumah, tak pulak husna cari kicap.. ekekkeke..


Adik-adik dan abah husna pon macam tu taw, husna perati je.. kalau nak dibandingkan cara masak nasi lemak di rumah dengan di kedai sudah semestinya berbeza.. campuran santan pekat dan santan cair yang diguna mesti sama banyak dengan beras, baru sedap! hihihi lepas tu paras kolestrol pon makin lama makin bertambah, adehh, mujur laa jarang masak nasi lemak..


Bahan-bahan Buat Nasi Lemak Sedap Di Rumah:

Beras 3 cawan, Perahan Santan Pekat + Cair 3 ½ cawan, Bawang merah, 
Halia, Bunga Lawang, Kayu Manis, Serai @ Daun Pandan dan sedikit garam..

Jenis husna pulak, husna memang suka letak bawang merah dan halia banyak-banyak.. sebab nanti husna yang akan kutip semua halia tu, kalau tak masuk pinggan husna, adik-adik akan pass.. ๐Ÿ˜

Khasiat Halia
1. Membantu memecahkan lemak dan menurunkan berat badan secara semulajadi.

2. Membantu untuk memperbaiki aliran darah, mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
Sumber: Khasiat Halia



Till then! See ya~

Thursday, December 01, 2016

Splash Farewell Party @ The Carnivall Waterpark Sungai Petani


Assalamualaikum w.b.t..


Splash Farewell Party @ The Carnivall Waterpark Sungai Petani | kemain party, menipu sangat hahaha dah tu tetiba banyak pulak cerita husna yang berlaku di Sungai Petani.. asyik jadi tajuk utama setiap entry post husna je ekekekke..


Seperti yang husna sedia maklum dalam entry sebelum ni, pada hari berikutnya kami (husna dan housemates) akan ke The Carnivall Waterpark untuk luangkan masa pada hari yang terakhir.. Weeehooo! Pepagi lagi dah siap berkemas, sebelum sampai ke destinasi, sempat singgah makan dulu.. Isi perut penuh-penuh, nanti tengah hari kang tak payah nak kalut dah..

Sebenarnya majoriti housemates husna semua dah pernah pergi, diorang ni lebih kepada menurut kehendak husna je hahaha.. bertuah betul! Yelaa dari awal husna dapat taw diorang ni dah pernah pergi, husna asyik menyoal seronok ke tidak je.. Ada laa beberapa komen dari diorang tapi tak nak lah husna cerita kat sini, nanti kang jadi kontroversi pulak..

Bila dah dapat taw macam tu, husna pon tak mengharapkan diorang ni akan pergi sekali lagi, dan kalau husna teringin jugak, husna boleh pergi je dengan orang lain, memang ada dalam perancangan pon.. Alih-alih dalam minggu tu kot kalau tak silap diorang bagitaw nak pergi The Carnivall.. terharu gilsss! Nak nangis mak enon dapat kawan sejenis laguni..๐Ÿ˜‚

Harga Tiket The Carnivall Waterpark Sungai Petani






Sehari suntuk kami dalam ni, main air sesaja, nak pulak waktu ni memang tak ramai orang, jadinya tak kacau sangat laa kalau berhabis masa lama lagi.. Suasana dan persekitaran kat dalam tu boleh tahan laa, gelongsor air yang husna nampak ada dua jenis je; yang menggunakan pelampung berdua dan yang tak menggunakan pelampung..

Untuk husna yang spesies takut air ni, memang cuba yang ada pelampung tu jelaa.. hihihi.. yang satu lagi tu risau kang tak sempat tahan nafas dah tenggelam dulu..๐Ÿ˜†

Apa yang husna nak katakan kat sini, pihak pengurusan sepatutnya menitikberatkan soal kebersihan dalam toilet.. kemudahan toilet dan bilik mandi memang banyak tapi sayang ada bilik mandi yang penuh dengan sarang burung bersepah di lantai.. huhuhu..

The Carnivall Waterpark, Sungai Petani
Alamat: Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah
No. Tel: 04-441 4666
Waktu Operasi: Isnin-Sabtu pada jam 9 pagi hingga 7 malam (Ahad-TUTUP)


Till then! See ya~