Wednesday, August 24, 2016

Aktiviti Hujung Minggu Berbasikal Sekitar Georgetown


Assalamualaikum w.b.t..


Aktiviti Hujung Minggu Berbasikal Sekitar Georgetown | selamat petang! tetiba ada mood nak sambung semula cerita husna dan kengkawan pergi Penang hari tu.. 

al kisah nak sangat bercuti sebelum memasing terpisah antara jasad dan pandangan kan, diorang rancang nak pergi Langkawi, tapi husna ni kalau tak rancang awal, bab bajet memang macam buih-buih putih di lautan laa.. hahaha.. jadi untuk cut the cost kawan cadang pergi Penang je, semua pon setuju!

awal pagi lagi husna dah siap, sapa yang tak semangat kan kalau bab-bab macam ni.. hihihi.. dalam pukul 9 husna bertolak ke rumah kawan husna si Chah di Simpang Ampat, sementara menunggu Nurul dari Taiping ambek kami untuk ke Terminal Feri Butterworth.. Ummi, Jiha, Eera dan Azie, diorang gerak terus je ke sana sebab Azie dan Jiha tido rumah Ummi.. Eera plak, rumah dya dekat je dengan rumah Ummi.. lebih kurang pukul 11 pagi kami naik feri, mujur tak kena tunggu lama, kalau tak mesti bosan dalam kereta.. 


dah naik feri tu apa lagi, saat untuk bersuka ria laa.. hihihi tak sempat pintu gate feri tutup kitaorang dah keluar kereta ke bahagian hadapan feri.. selalu asyik tengok orang lain je berhuha-huha dengan kengkawan diorang, selfie sana, selfie sini kan.. kali nih giliran husna plak dengan kengkawan muahahaha.. kalau dulu sorang dua rasa segan, ni dah ramai kira segan pon hilang terbang habis.. ekekkeke.. 


sampai je jeti terus waze cari Phantamania, Penang.. satu lagi terikan yang terbaru terdapat di Penang.. tak jauh pon dari Terminal Feri, cuma kitaorang je salah masuk jalan lepas tu nak kena pusing balik, pepaham jelaa, segelintir orang malas masuk Penang sebab masalah macam ni lah.. :D

seperti yang husna ceritakan sebelum nih, lepas dah sesat sekejap, kami dicadangkan untuk guna kawasan parking berbayar, sehari RM5.. lepas tu terus terus sewa basikal dengan uncle yang sama jugak.. 

dengan uncle tu, sewa sebiji basikal hanya RM8 sahaja.. kalau yang basikal duet/pair tu, sebiji RM18, kira sorang jatuh RM9 laa.. mulanya macam nak sewa basikal duet/pair tu tapi bila uncle tu cerita serba sikit macam mana nak guna, terus rasa macam susah laa pulak memandangkan jalan kat situ bukan semedang lurus je.. jadi husna dan empat lagi kawan sewa basikal biasa, Ummi dan Jiha sewa basikal pair tu sebab Jiha dah lama tak berbasikal, jadi dya sedikit kekok.. hihiihi..


waktu ni uncle tengah ajar Ummi dan Jiha cara nak guna basikal pair.. nak seimbang dan kayuh sesama tu je masalahnya.. diorang nih nampak je macam kekok, tapi dah di jalan lepas tu bukan main laju.. kudrat dua ketul manusia lah katakan.. sakan betei! =.=

uncle jadi mangsa untuk ambekkan gambar kami.. hihihi..
destinasi kami yang pertama, mesti lah Phantamania.. yang mana tak baca lagi cerita husna hari tu boleh rujuk entry Phantamania Penang : Trust No One, Just Have Fun!

lebih kurang sejam lebih kami kat dalam dengan pelbagai aksi yang berjaya dirakamkan sehinggakan betri fon memasing merah sakan.. hahaha.. keluar je terus cari Masjid Kapitan Keling.. dalam perjalanan sempat lah jumpa beberapa ketul lukisan Street Art.. 


kami tak jumpa banyak pon, yang mana sempat kami nampak, situ jelaa kami berenti.. 


agaknya diorang nih nak pergi mana lah ye.. tak perasan kot ada sekoq kat belakang tuh.. hahaha..

lepas solat kat Masjid Kapitan Keling, terus memburu untuk makan pulak.. perut memasing dah bergendang tahap dewa, mana tak nya dah pukul 3 lebih kot tak makan lagi.. hahahaha.. lepas dibincang-bincang, kami makan KFC je kat Komtar.. gigih kayuh sampai ke sana.. 

ye kami pergi Penang makan KFC okay!

hahaha.. orang lain sibuk nak mai Penang sebab nak makan nasi kandar, kami plak sibuk nak makan KFC.. jujur husna cakap, memang fokus husna mai Penang nanti pekena nasik kandaq tak kisah lah yang mana pon tapi disebabkan salah sorang kawan husna, identiti dirahsiakan, tak maw makan nasi kandar terpaksa lah kami akur.. hahahahah.. itu lah namanya bukan rezeki.. alasan untuk datang Penang lagi mungkin! ekekekke..



Till then! See ya~

46 comments:

  1. tuddiaa.. x sempat gate tutup dah keluar selfie.. dahsyat.. hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. maw dok taw laa.. hahaha.. elok parking terus member matikan enjin kereta, apa lagi kami, terus kluar laa..:P

      Delete
    2. bahaya tu.. len kali tunggu pintu tutup dulu.. hehehe..

      Delete
    3. bahaya tak tutup gate terus selfie...takut masuk dalam laut hehe

      Delete
  2. tudia, gamabr nek beskat tu macam cik rosmah dalam cerita bujang lapuk baru balik kerja pastu kena sakat dengan sarip dol ketua gangster kampung pinang sebatang. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tapi masalahnya xdak laa pulak kami jumpa kelibat sarip dol kt sana..

      Delete
    2. tak maw lah ceq jd cik rosmah, cik husna maw laa.. hahahhaa..

      Delete
  3. len kali nk mai penang habaq mai, meh nk bawak pi tempat sempoi punya.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi hari tu pon jadual padat, tak dan nak roger geng2 sana dah.. huhuhu..
      takpaa inshaAllah lain kali plak..

      Delete
  4. lama betul tak pergi penang ni.. ooo ada tmpt baru eh.. menarik2..

    ReplyDelete
  5. wah bestnya berbasikal. busyra mmg minat sngt. dlu kt uitm slalu jgk sewa basikal . hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronoknyaa.. dok kat uitm tak pernah pon sewa basikal huhuhu..

      Delete
  6. Replies
    1. mmg syok kak zaf.. kalau dua tiga org rasa biasa jaa.. hihihi

      Delete
  7. best ramai2 naik beskal
    lgpun area2 situ byk 3d street art
    boleh wefie byok2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha mmg best! bila nak melintas kat jln sibuk semua pakat tgk sebab hari jumaat pastu tetiba dtg segerombolan dgn basikal.. hahaha lawak laa..

      Delete
  8. wah..syok ramai-ramai berbasikal...hilang penat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jgk kak.. balik tu terima la azab lama tak kayuh.. kihkihkih

      Delete
    2. hahaha.. kan cycle selau la.. praktis sblum mai penang lagi.. hahaha

      Delete
    3. masalahnya basikal kat rumah pon xde, asik rembat moto je nak cepat.. hihihi..

      Delete
  9. kami dpt bskl sebiji RM10, puas round kwsn cr 3D street art kat penang tu. sikit lg tlajak nak p kwsn bandar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan rezeki kami kot jumpa RM8.. bestnya bila dpt round habis cari street art yg tersembunyi kan..:)

      Delete
  10. Wah bestnya ..lama x pusing pulau. Sat pcl terjah apa nama tempat tadi tu.. phantamania. Thnks info.

    ReplyDelete
  11. wah bestnya..
    xlenguh2 ka lepas naik basikal tu..
    kak dulu dh lma xberbasikal..sekali naik..esok bgn pagi..kaki rasa lenguh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi gila tak lenguh, waktu seronok memang laa tak igt dunia, tapi balik malam tu dah start mengurut hahahaha.. spoil!

      Delete